Permohonan Kemasukan MTD 2014

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013.

Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Permohonan MTD Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM.

Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR 2013 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Temuduga MTD.

Temuduga MTD

  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Temuduga MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Tapisan permohonan akan dibuat selepas keputusan peperiksaan PMR 2013 diperolehi.

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2014 ditutup pada 30 September 2013.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.

Permohonan Lain

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja dan iklan kemasukan MTD untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Lt. Kol Mohamad Noor Bin Hassan, Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

19 thoughts on “Permohonan Kemasukan MTD 2014

  1. SEMPAT LG TAK UNYUK KEMASUKAN MTD BUAT MSA INI????

  2. Abg Kyiesh says:

    bole tanya? ukuran dada saya agak besar iaitu kira-kira 82cm. Adakah permohonan saya akan terbatal?

  3. Asalamualaikum wbt,sy nk tnya boleh ke sy hantar melalui email kpd pihak tuan

  4. azfar syarifuddin says:

    Saya ingin berbakti kepada negara

  5. […] Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 […]

  6. […] Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 […]

  7. saya ingin bertanya saya sorang yg tinggi tetapi saya kurus tetapi bukannye kurus sgt boleh ke saya diterima ke mtd

  8. Ex-MTD 05/08 says:

    good luck new boy!

  9. Setia Putera says:

    danial Abg Kyiesh : Mncuba dhulu .. ukuran badan x sbrapa pnting .. yg pnting 'fit' .. doa bnyk2 PMR dmurahkn rezeki .. dpt msuk MTD .. confirm badan tu transform jd brketul2 ..:)

  10. blh lagi ke nk mendaftar??baru tau

  11. brapakah bayar masuk ke MTD

  12. brapa bayar masuk ke MTD

  13. kalau saya nak mohon MTD waktu nie bole lagi x ? please .. adik saya berminat sangat nak masuk .. sekarang dia tingkatan 3 ,tengah tunggu result PMR .

  14. assalammualaikum….
    masih ada lagi peluang untuk menjadi tentera tak ? keputusan result pmr 2013 ok semua lulus. tubuh badan sihat dan tidak rabun, ketinggian pun ok. perumahan saya dekat dgn. kem bt. 10 kuantan.
    hubungi saya 013-9188206.saya tak tahu macam mana nak mohon.

  15. assalammualaikum….
    masih ada lagi peluang untuk menjadi tentera tak ? keputusan result pmr 2013 ok semua lulus. tubuh badan sihat dan tidak rabun, ketinggian pun ok .. saya sangat lah berminat untuk masuk ke mtd .. tapi saya tidak tahu untuk memohon kemasukan mtd ..
    hubungi saya 01124295026

  16. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masih sempatkah untuk saya membuat permohonan atau rayuan ke mtd? Saya harap masih sempat untuk saya membuat rayuan. Saya harap pihak yang berkenaan akan hubungi 0137244691 jika masih sempat untuk membuat rayuan kerana saya ingin belajar mendisiplinkan diri dan berdikari.

  17. Bagaimana pula dengan kemasukan tahun 2015 bila boleh memohon

  18. bagaimana untuk kemasukan pelajar tingkatan 4 tahun 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>