TERKINI : Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010
Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi sesi pengambilan Januari 2010.
Syarat Memohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Terbuka kepada semua pemegang sijil SPM/SPM(V)/SPVM dengan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon.
- Tiada had umur
Senarai Program Sijil
- Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
- Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
- Sijil Automotif
- Sijil Pelukis Pelan Senibina
- Sijil Penyenggaraan Bangunan
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Fesyen dan Pakaian
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Teknologi Pembinaan
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Perakaunan Perniagaan
- Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
- Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Rekabentuk Dalaman
- Sijil Landskap dan Pengurusan Nurseri
- Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut
- Sijil Bakeri dan Konfeksionari
- Sijil Industri Seramik
- Sijil Teknologi Pembuatan Perabot
- Sijil Agro Industri
Program Pengajian
- Program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kolej.
- Pengajian dilaksanakan secara modular.
- Pengajian lebih kepada Hands-on iaitu Amali 75% dan Teori 25%.
- Penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian dan peperiksaan di akhir setiap semester.
- Tempoh minima pengajian adalah dua tahun (4 semester) dan tempoh maksima adalah lima tahun (10 semester).
Pembiayaan Pengajian
- Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
- Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
- Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 250.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK), KPT.
- Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT.
- Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.
Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
- Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara sahaja.
- Secara Dalam Talian (Online)
- Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
- Pemohon perlu membeli nombor pin dengan bayaran RM 6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi e-Borang.
- Secara Manual (Borang)
- Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00.
- Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti bagi Sesi Januari 2010 ditutup pada 13 November 2009.
- Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 13 November 2009.
Semakan Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT dijangka boleh disemak mulai 23 November 2009.
Surat Tawaran Dan Pendaftaran
- Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) boleh dicetak melalui laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
- Surat tawaran asal akan diposkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti kepada calon yang berjaya.
- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Januari 2010 dijangka perlu mendaftar pada 11 atau 12 Januari 2010.
Rayuan
- Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 23 November 2009 hingga 30 November 2009 bagi proses rayuan pertama.
- Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
- Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Isnin mulai 7 Disember 2009 sehingga 12 Januari 2010.
Pertanyaan dan Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.
- Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai pengambilan Kolej Komuniti di talian 03 – 8939 4114 / 4164 / 4166 / 4365 / 4143 / 4161 atau talian bebas tol 1 800 88 7755.
[…] This post was mentioned on Twitter by Azsnets. Azsnets said: RT @eputra Permohonan Kemasukan Program Sijil Kolej Komuniti Januari 2010 | ePutra http://bit.ly/oN53 […]
sy pljar ting 5 tp sy tak ambil spm tahun ni, mungkin 2 tahun lgi. sy dr sek men teknik sg petani 2, ambil jurusan katering. mcm mna sy nk mohon tok msuk komuniti atau ikbn? sy diterima ke tak? atau sy perlu ambil spm dulu?
Nydanis,
Kelayakan minimumnya adalah sekurang-kurangnya telah mempunyai sijil SPM/SPMV/SPM(V). Oleh itu anda perlu menduduki SPM dahulu.
saya nak tanya,ada tak pengajian awam atau swasta(yang diiktiraf) menawarkan program diploma dalam kejuruteraan sambil belajar.Boleh x saya dapatkan list2 institut ini..terima kasih
SAYA BERMINAT UNTUK MEMASUKI KOLEJ INI,BOLEHKAH LAGI JIKA MEMBUAT RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ KOMUNITI INI….UNTUK TAHUN 2010.
saya nadiah umur 19 thun nie..saya nak memohon masuk ke ikbn pada tahun 2010 sesi 2….jadi bila yer saya perlu daftar untuk sesi ke 2?harap maklum balas
saya mizie,saya tertarik dengan program sijil yang ditawarkan olehh pihak kolej komuniti.
bolehkan pihak kolej memberi saya satu oeluang lg untuk membuat permohonan kemasukan ke kolej komuniti.
Lin,
Jika anda maksudkan program belajar sambil bekerja mungkin agak terhad untuk bidang kejuruteraan. Saya sendiri tidak mempunyai maklumat mengenainya. Walaupun begitu anda boleh semak dengan IPTA dan IPTS yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat.
Jessica, Nadiah dan Mizie,
Pengambilan untuk sesi Januari 2010 telah ditutup. Anda perlu memohon untuk pengambilan untuk sesi yang berikutnya yang dijangka akan dibuka pada bulan Mac nanti.
sy pljar lpasan SPM,berminat sgt nk ikuti kursus dandanan rambut,tp tak tahu cara untuk mndapatkan borang kmasukan mane2 institut kmahiran yg ade…tolang sy.hubungi sy 0134557821,tolng ye
saya nak tanya pasal bantuan kewangan, mcm mana nak mohon??
saya di tawarkan sijil di politeknik.. adakah permohonan tersebut boleh di buat secara online atau manual? ada website tak??
BOLEHKAH SAYA NAK AMBIL PEPERIKSAAN SAHAJA UNTUK KURSUS AUTOMOTIF TANPA MENGHADIRI KELAS UNTUK SIJIL AUTOMOTIF
Ada tak jurusan kesenian untuk menjadi pelukis komik.?????
Luqman,
Hampir semua permohonan sekarang boleh dibuat secara online. Anda hanya perlu cari laman web institusi yang berkenaan dan dapatkan maklumat bila permohonan akan dibuat.
Lala,
Anda boleh berhubung dengan pihak Politeknik untuk mengetahui bantuan kewangan yang disediakan untuk pelajarnya. Jika saya tidak silap Kementerian Pengajian Tinggi ada menawarkan bantuan untuk pelajar Politeknik tetapi saya tidak dapat menyemaknya kerana laman web mereka sedang dikemaskini.
Vicky,
Setahu saya tidak boleh tetapi cuba hubungi pihak kolej untuk kepastian.
Tsubasa,
Saya tidak pasti tetapi cuba hubungi pihak kolej untuk kepastian.
Dimanakah IPT yang menawarkan program Diploma atau seumpamanya bagi pelajar perinkat sijil Rekabentuk Dalaman.