Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2010.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan tiga aliran Sekolah Menengah Teknik iatu Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional terdapat dua aliran iatu Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga).
Aliran teknikal menyediakan 7 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan Pertanian.
Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan sains.
Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan 18 kursus iaitu Pengaturcaran Komputer, Automotif, Elektrik & Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Penyejukan & Penyamanan Udara,Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan & Perkembangan kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan & Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.
Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan 19 kursus dalam 5 bidang yang berbeza iaitu Mekanikal – Pemesin Am, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pelukis Pelan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik, Awam – Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurukerja Paip dan Pelukis Pelan Senibina, Elektrik – Juruteknik Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan dan Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video, ERT – Pembantu Penyedia Makanan, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut Muda dan Jurukecantikan, Pertanian – Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja Ladang Pertanian.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009.
- Dilahirkan dalam tahun 1994 atau selepasnya.
- Kesihatan
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Di samping memenuhi syarat-syarat umum di atas, pemohon perlu juga memenuhi syarat-syarat khusus pencapaian minimum PMR bagi aliran dan kursus yang dipohon.
- Sila rujuk Kelayakan Akademik Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran atau terus ke pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Syarat Khusus pencapaian minimum kelayakan akademik PMR yang diperlukan dan panduan mengisi borang sebelum membuat permohonan.
- Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari 2010. Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Senarai Sekolah Teknik untuk mengetahui sekolah, aliran dan kursus yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 akan ditutup pada 4 Januari 2010.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional pengambilan 2011 telah dibuka
Related posts:







law nk ms0k teknik keputusan nk kene dpt ap ek???
law ggl leh ms0k x?
anak saya berusia 13 tahun.
permohonan memasuki sekolah vokasional & Teknik pada tahun 2013,bolehkah permohanan di buat lebih awal dan apakah syarat-syarat yang perlu di patuhi
mcm mne nk msuk teknik ek??
Adik boleh membuat permohonan secara online apabila tawaran permohonan dibuka dalam bulan Oktober nanti.
cmner nk amik borang kemasukan teknik????
cmner nk amik borang kemasukan ke teknik??????
maksudnye sekarang x boleh nk apply teknik lg?
macam itu ke?
macam mne nak mohon skuwl teknik bg 2011 pny ?plizz jwp ,
mcm mana nak tau bidang ape yang sesuai ngan kita??
Anda boleh berbincang dengan guru kaunselor untuk mengenal pasti minat anda.
saya berminat untuk memasuki teknik ini…macam mane sy nk mohon???
sekolah teknik memang kena aliran di atas saje ke..??
saya nk masuk sekolah teknik..tapi saya nk ambik aliran akuan..
bleh tak??
Anda boleh mohon jurusan perdagangan di Sekolah Teknik jika minat akaun.
bila borang sekolah teknik untuk sesi 2011 nak keluar?
salam.saya berusia 15 thn.br lps ambil trial pmr.bgaimana nak mohon masuk skolah teknik? berapa A baru blh msk sklh teknik aliran teknikal?
salam .. bgaimana sya dpt lhat snarai khursus yg dtwrkan di skolah2 teknik dan vokasional d sluruh malaysia ..
Salam… senarai tersebut akan disediakan apabila permohonan dibuka nanti.
hope aq dpt la SBP
bile borang permohonan ke sekolah menengah teknik bagi tingkatan 4 2011 nk keluar?
bpew A arh leyh msok teknik,.???
BILA PEMOHONAN UNTUK TAHUN 2011 BUKA YE
pemoihonan bila keluar, bila boleh mohon ye
saya nak masuk aliran vokasional elektrik dan elektronik. perlu mendapat berapa A dalam PMR?
SAYA NAK MEMOHON SMK TEKNIK TAIPING TAPI TAK TAHU CARA MACAM MANA NAK ONLINE
huuhu…maaf sya nak thu bla permohonan untuk tahun 2011 akan dibuka….
prmohonan untuk 2011 bila akn dbuka??
tarikh prmohonan untuk taun 2011 bila akn dbuka???
boleh sye tau mcm mne nk mohon teknik..?? da bnyk kali saye cri cara pemohonan ke skolh mngah teknk tp ta dpt2 lg..
mcm mane nak buat prmhonan??
cya igin mendapt an borang pendftarn tknik,,
tpy dmne??
bila tarikh pemohonan sekolah teknik untuk 2011??
saye nk amik bidang fesyen…ade ke??saye mnat sangat….
Kalau tidak silap saya di Vokasional ada yang menawarkan bidang yang berkaitan.
nak tanye percubaan saye dapat 3B1C3D1E boleh ke saye masuk teknik vokesional
saye nak tanye percubaan saye dapat 3B1C3D1E boleh masuk teknik vokesional ke?????????
Secara amnya boleh, sila rujuk syarat kelayakan apabila permohonan dibuka nanti.
2011 punye borang ade x?
salam..TOLONG SAYA…
sy mminati TENTERA..?? krana itu mnat sy apakah
aliran sy perlu sy ambil erk…….
saya ingin memasuki sekolah menengah teknik
SAYE NK MOHON SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL PADA TAHUN HADAPAN BILE BOLEH ISI BORANG PERMOHONAN???
cik budak form 1 blh masok x?sklh ni nmpk menarik & tertarik…
bile borang permohonan ke sekola teknik tahun 2011 nk kluar..??
saya na masok skolah teknik. . tapi ta geti na wat secara online , na wat mcm ne?ada dea pnye email ke?
ble permohonan sekolah teknik untuk tahun 2011….???????
mcm mana nak mohon sek. teknik??
help me…
saya ambk pmr taon 2010…..cam ne nk mohon untk seklah teknk tuk 2011…..saya nk mntk dkt sklh teknik slim river…ade jurusan katering x….
mne brang untk cye isi….
aku nk mcok teknik..bila nk kna isi nie??
borang permohoman untuk pelajar PMR 2010 nie kluar bile ye..?
ko x tgk atas kee.?!
er
salam,bgaimna nk mndftr kmasukn skolah tknik???
ble bleh mohon msuk sklh teknik????
aku cari borang xdapat nak bt camna nie aku xtau
Sbb blm dibuka lagi…
assalamualaikum…. saye nak apply teknik untok tahun dpan….. 2011…. saye just nak tahu ape result yg perlu saye ade untuk apply teknik???
lagi 1 saye nk msok bidang bisnes n komputer… rse2nye ade tak???
macam mane na pohon ni ?
macam mane na pohon haa ?
Permohonan blm dibuka lagi…
mcm mne nk msuk sklah tknik dgn mudah erk?klau bek ati tlg r………….hehe3
Blh mohon secara online @ dtg sendiri ke sklh teknik tu…
macam mane nk mohon utk masok ke teknik ..??
buley bg tahu iesya tak ??
Permohonan blm dibuka lagi la iesya, mungkin dlm minggu ini atau minggu depan…
okk.
t.q
sya nk msok teknik,,tpy tak dapat nk buat
pendaftaran,,bagaimana cara lain??
please tell me
Permohonan utk tingkatan 4 2011 blm dibuka lagi
Kt mne nk mohon secara online?bile tekan link yg diberi SEvER NOT FOUND…Harap sesape bole tolong sya…
Sbb permohonan utk 2011 blm dibuka lagi…
bila bleh buat permohonan?
sy nk minta email permohonan vokasional
mcm mana nak mohon kemasukan skull teknik 2010….????
-atiah
Kena tunggu permohonan utk 2011 dibuka…
entah lh..sye pown nk wt jgk tp tak jmpe pown kt ne…hmmmm
mc mna niehh..
pnat cri x dpat2 pown….
ssahny nk cri….
dah bnyak kli dh cri…
mc mna nk wt permohonan huuh???
Permohonan utk 2011 blm dibuka lagi…
why its not work???
it says server error???
what to do?? what to do??
Sebab permohonan untuk 2011 belum dibuka lagi…
Rasanya blm sbb saya check laman web KPM tidak ada apa2 maklumat pun kata dah dibuka.