Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
Keutamaan
- Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
- Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
- Calaon yang mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
- Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
- Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
- Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
- Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
Bidang Pengkhususan
Bidang pengajian yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini adalah seperti berikut:
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)
Cara Memohon
- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Januari 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di portal Permohonan Dalam Talian KPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2012.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman web KPM bagi menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Ujian MTeSt
- Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
- Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah)
- Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
Temuduga
- Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang permohonan.
- Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.
- Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
- Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
Tarikh-Tarikh Penting
-
26 September 2011 – Permohonan dibuka 9 Oktober – Permohonan ditutup 25 Oktober – Semakan ujian MTeST 29 Oktober – Ujian MTeST 4 Disember – Semakan temu duga 12 – 16 Disember – Temu duga 17 Januari 2012 – Keputusan Permohonan 30 Januari 2012 – Pendaftaran - Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KLPI SR Januari 2012.
Pendaftaran
- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
- Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
- Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
Ikatan Perjanjian
- Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Maklumat
- Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2012 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLI SR ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1259/ 1280/ 1256 - URUS SETIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon : 088 236804 - URUS SETIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
bagaimana pula dengan kpli sr ?
mungkin intake kali ini untuk j-qaf je
kesian kat kita,, thn ni last utk apply kpli… frust menunggeng……
betol ke tahun ni last untukl apply kpli?maknenye if kte nak apply lagi lmbt lg ke?
apasal ni…penting sgt ke pengajian arab tu?? tnggu dn tnggu…huh.
saya pun dah lama menunggu , agaknya KPLI -SR , takde this year
penting la….bahasa dlm kubur bahasa arab…al-quran pun bahasa arab…dlm syurga bahasa arab
penting…kalau kamu org islam.. bole jwb soalan kt dlm kubur nnti..
akidah lg penting dr bahasa..akidah xbetol hapal jwpn pn xbole jwb gak dlm kubur nnt huhu
bilakah bidang pengajian lain ditawarkan???
macam takde je
saya bukan pemegang ijazah yang berkaitan tetapi selepas konvokesyen, saya menyambung pengajian agama di sekolah pondok sbb minat dan kecenderungan amat tinggi untuk mendalami ilmu agama. Saya telah memohon kpli j-qaf ini, apakah peluang untuk saya?
InsyaAllah ada peluang… bergantung kepada pertimbangan pihak kementerian
kpli untuk sekolah rendah blum ada ka?
setakat ni nampaknya hanya ada sekolah rendah utk j-qaf
kpli sr akan ditawarkan utk intak 2012, kena sabar sebab kem ada buat perubahan , mulai intake 2012 kpli bukan lagi setahun tetapi setahun setengah.. just wait for the advertisement 🙂
Ini maklumat utk yg tertanya tentang kpli sr
terima kasih utk info ini
agk2 bln brape erk
kpli sr akan ditawarkan..cuma xtaw bila..dulu 1thn training..pasni 1 thn setengah da…
macam mana yea nk bg lulus mtest?saya dh lbh 10 kali amik mtest tp xpenah dapat…
saya ingin bertanya, bilakah tarikh keputusan utk kpli sr jqaf 2012? terima kasih..
sila rujuk tarikh2 penting di atas
u means…keputusan mtest ka..or senarai layak mtest….klu keputusan..ikut takwimnya 4 dis 2011
INTAKE NIKAN UNTUK SUBJEK 'MASALAH PEMBELAJARAN -J-QAF-PENDIDIKAN KHAS'…PERLUKAH MESTI ADA IJAZAH BERKAITAN AGAMA SAHAJA???
saya nk tanye…bru2 ni sy menduduiki ujian mtest…tp sy sebenarnye mempunyai ijazah sarjana muda sastera yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sejarah dan pengajian islam semasa di universiti. Soalan saya, adakah saya layak utk jawatan ini dsebabkan sya sememangnya tidak mempunyai pengetahuan dlm bahasa arab n tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bhasa arab???
saya nk tanye…bru2 ni sy menduduiki ujian mtest…tp sy sebenarnye mempunyai ijazah sarjana muda sastera yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sejarah dan pengajian islam di universiti adakah saya layak utk jawatan ini dsebabkan sya sememangnya tidak mempunyai pengetahuan dlm bahasa arab n tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bhasa arab???
Nisa, untuk pengetahuan awk, awk turut tersenarai dlm calon layak menduduki MTest sbb awk mempunyai kelayakan asas (iaitu pengajian islam peringkat SPM, dan juga pengajian islam di university).
Justeru, seandainya awk Berjaya dipanggil temuduga, itu merupakan satu peluang utk awk cuba yakinkan kepd pihak penemuduga bhw awk adalah layak utk diberi peluang menjadi guru j-qaf.
thaks Syud atas nasihat awak….saya diterima untuk panggilan temuduga J-qaf…tapi saya sdang nervous laa….huhuhh
penantian yg menguji kesabaran…. 4 disember ……… 🙂 semoga kita terpilih… insyaAllah 😀
sabar…..
aminnn ya rabb
seandainye kite dah dpt tapi lepas tu nk tukar opsyen leh x?ade sape leh bantu
macam tidak boleh je…..
laa ye ker..huhu…tersilap pilih..pendidikan khas..xpela redha je la…
4 dis bukan hari ahad ke? ntah2 kuar 5dis tak?
Esok try buka jea lah…tapi asanya line xbpara elok klau first2 nh..
x dpt temuduga.camna nk wat rayuan???
Boleh ke buat rayuan? saya nak merayu, macamana ye….
nape intan xboleh..dl amik kos xberkaitan dengan agama ker?kl nak wat rayuan lebih baik kol pihak kpli sekarang..tnya leh wat rayuan tau x,mcmne cranyer..mane tahu nt lewat2 xleh plak..
Pengambilan di jangka ramai, sama2 la kita ikhtiar,saya dapat info kat http://panduantemudugajqaf.blogspot.com/
Salam Sejahtera; bila tarikh pendaftaran KPLI tahun 2013 diwarkan. Mark
salam…. tak tahu lagi…. kena tanya dgn KPM
sy minat jga,,nk aply untk msuk 2013..mcm mna ni
saya pun tengah tunggu…. bila la depa nak bukak??
sian adik saya,otak kimia, ada degree kimia tp hati nk belajar ilmu akhirat, pergi belajar kat sekolah pondok sampai bertahun2….hinggakan terrer lah bhs arab dia. minta kpli j-qaf ni malangnya x dpt temuduga. apa nak buat saya suh dia bersabar jelah sementara menunggu KPLI lain keluar. Mungkin rezeki dia mengajar di sekolah pondok je
empati nk suh adik wat rayuan…tp dia cuma dpt mtest je,temuduga x dpt. blh ke wat rayuan?mcm mana caranya? dulu ad try call putrajaya tp dpt ckp ngan operator je sp kredit abis…fade-up.
agaknya KPLI SR ada lagi tak ? bila pula dpli nak keluar ?
salam
sedey nyer tak dpt ambilan 2012.. mase interview da wat abes baik dah.. redha.. mayb bkn rezki sy.. tp sy nk tahu bgmn nk wat rayuan.. adekah kpt nati wat aplikasi e-rayuan? atau kne anta surat?
bila tarikh untuk membuat pemohonan KPLI 2012
Bila KPLI-SR? lama menuggu…:(
as salam..utk lepasan diploma boleh ke wat KPLI?
lepasan ijazah shja..
Hi, Bila ada pengambilan untuk subject lain ya?..Thanks..
tgu la hujung tahun depan
bila iklan untuk kpli sekolah rendah akan keluar bagi tahun 2012
taun nie ader ag ke kpli jqaf ambilan 2013…..??!
rasanya ade..bulan 9 nt rasanye..dgr2 khabar la..
Jangan mengharap sangat pada KPLI. Rezeki itu luas. Cari dulu pengalaman kerja sebelum minta kalau ada peluang pada masa depan.
betul tu… tak tahu entah ada atau tidak pengambilan
dia kpli intake january je ke?
kpli da intake january je ke?
bg la info kpli sr ambilan 2013..
prmohonan kpli-sr & kpli-jqaf ambilan 2013..mungkin akn d buka pd hujung tahun ni.. dengar kwn2 ckp yg keje kt kpm…….. walahualammm… tggu dan lihat.
Ujiee: Thanks bg info, at least dpt prepare awal2 🙂
saya mau tanya, bila lagi ambilan kpli 2012 akan dibuka…penuh harapan…
Salam. saya nak tanya, btul ke KPLI dh di beku? tp dlm komen atas2 ni, kata KPLI ada lg hujung thn 2012 ni? ye ke? so, mcm mana nk tahu if ada or x? web KPM ke?
saya nk aply..mcm mna ni
dua kali apply kpli jqaf..1st dapat panggilan temuduga tapi time tu tak konvo lagi, mungkin sbb tu tak dapat..2nd tak dapat panggilan temuduga pn..mtest tak lepas..frust! tapi takkan berputus asa tuk apply lagi..skrg keje je jadi guru ganti, admint office & insyaAllah nak mintak guru kafa gk ni, cari pengalaman..sama2 kita doa next time dapat jadi guru jqaf..aamiin..klu ada info KPLI JQAF-SR/DPLI 2013 admint inform la kami ye..
masih menunggu tuk KPLI 2013.. Hope masih ada ag.. dgr2 bulan 9 ni buke.. tunggu dan lihat.. insyaAllah..
Jugak masih menanti kpli………..
hrmm bile nk kuar kpli taun ni erkk
yeah .. hopefully dis year ada KPLI-SR.. amin…
cita-citaku… harap sesiapa yang berjaya nanti mengajarlah dengan penuh dedikasi…. aku cuba rezeki lain… huhuhuh…
[…] Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari 2012. […]
klu rezeki x kan ke mana. usaha dan terus usaha frnd…
bila keputusan temuduga jqaf nak kuar ni?
salam..just nk share..kalau ad yang xdpt leh wt ryuan..tp kn g sdr kt ptrajaya..member yang gtaw..die pos je xdpt,member die pg sdr dpt..try la..mane taw yg xdpt 2 ad rezeki..
btul k?? sedih sgt ble xdpt..
selamat petang,
boleh saya tahu adakah pengambilan KPLI pada tahu ini (2013) sudah ditutup?? Permohonan pada tahun 2014 akan dibuka bila??
terima kasih
hii,,,
bila lg dpli n kpli akan d buka utk thn ni? dah nk habis dah thn 2013…
Hi sir… Nk tye… Untk pengmbilan kpli 2017 mash ad lg ke?? Mksd nye kpli untk pengmbilan thun 2017 msh wujud?