Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012 Semenanjung Malaysia

Permohonan MRSM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2011 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2011 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2012. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2012 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 dan 2011 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.
  4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

200 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2012

  1. […] Permohonan MRSM 2012 akan dibuka tidak lama lagi dan permohonan MRSM 2012 ini boleh dilakukan secara online. Permohonan MRSM 2012 adalah untuk pelajar-pelajar yang akan naik ke Tingkatan 4 sahaja. […]

  2. salam. kalo trial dpt 7A 2B. m3 n sn A tp A JPN je lahh.. ada harapan tak?

    • Salam… peluang memang ada..
      Cuba dapat semua A dalam peperiksaan sebenar & markah tinggi dlm UKKM

      • salam. nak tya lagi.
        nk dptkan no pin tu kena bwa skali dgn result trial pmr kan
        maknanya salinan result yg kna bwa tu kna sahkan oleh skolah ke?
        kita kena dptkan salian tu dr pihak skolah lah kiranya?
        maaflah byk sgt tya. :))

        • betul… buat salinan & minta sekolah cop sahkannya. salinan tu kita boleh photostat sendiri sblm dapatkan pengesahan sekolah

          • salam. emm

            alhamdulillah semua permohonan on9 da selesai. trima ksih kpd yg membantu. sy nk tya lg. kalau kita sertakan sijil2 kita sekali dgn sijil2 dr sklh lama boleh tak? sebab saya pindah ke sklh baru semasa di tingkatan 2. jadi, sijil2 di tingkatan 1 dr sklh lama bole hntr skali tak dgn sijil2 yg kt sklh baru?

    • apa maksud A JPN? sorry soalan agak pelik but is it 75 A?

  3. salam .. kalau trial dpt 6A 2B, blh mohon ke?

  4. minta maaf, saya musykil la sebab kenapa x boleh guna result pertengahan punya ye sebab masa kakak saya nak mohon mrsm dulu dia gunakan result pertengahan punya n alhamdulillah dia dapat masok. and saya dengar kalau salah seorang drpd keluarga kita dah dapat masuk mrsm, berkemungkinan adik beradik yang lain dah x boleh masuk, betul ke?
    ~ maaf, kerana terlalu banyak pertanyaan ~

    • Eh tak setuju dgn diatas… anak saya yg sulung bersekolah di MRSM Serting…kemudian anak ke 2 saya di MRSM Muar..Insyaallah anak ke 3 saya tahun depan kalau ada rezeki nak juga mohon ke sekolah MRSM. Apa2 hal kita kena cuba dulu jgn cepat mengalah…

    • ms saya mohon tahun 2003 mmg da guna result trial…sy rs sbb trial adalah result tkini b4 pmr…yela…xkan nak tgu result pmr kuar br nak hegeh2 isi borang kan…lgpun selalunya soalan trial diorg buat lebih though dr pmr..so possibility result yg serupa tu ada la…yg pasal keluarga len xdpt msk tu…salah sama sekali…adik saya dapat result sama mcm saya but dia pun msk mrsm.in fact dia dpt better mrsm yg lebih top…so psoalan dpt xdpt xde kena mgena ngn ahli fmly yg lain.

  5. jenvien dasz says:

    kenapa semenanjung malaysia sahaja..sabah & sarawak takde ke??

  6. tmpang tnye. kalo trial lulus ngam2 boleh mohon ke?

  7. hai , kalau nak isi borang guna permohonan omr boleh kn?

  8. erm..

    denga kate num. pin tu bkn free…

    agak2 baper erk harganyer???

  9. erm…
    denga kate num pin tu bkn free..
    skirenye bkn free..agak2 baper erk harge dye???

  10. minato_yondaime says:

    bolehkah saya memohon MRSM….
    sebab saya hanya dapat 5A 2B 1C…..
    B subjek BI dan BM….
    C subjek KH Perdagangan

  11. salam. saya ingin bertanya. apakah yg dmaksudkn dgn tiada gred C pd syarat kelayakan? tiada gred C dlm keputusan percubaan ataupun keputusan sebenar?

  12. dye pilih gune trial pnyer result ker ???
    klau sye hanye dapat 1A 4B 3C ??
    boleh ??

  13. kalau dapat 3a 4b 1c..boleh tak kalau saya mohon mrsm?

  14. salam,kalu trial dpat c bleh pohon tak??

  15. Saya ingin bertanya, pelajar yang berasal dari Semenanjung dan bersekolah di Sarawak bolih kah memohon ke MRSM Ting 4, 2012 Semenanjung.

  16. Saya tidak faham tentang memohon nombor pin atau kata laluan….

    Boleh tak terangkan pada saya?

  17. Assalamualaikum…Pejabat MARA hanya ada di KL ke atau ada di negeri-negeri lain?

  18. untuk ruangan warganegara ibu bape nk tulis ape kalau ibu dah meninggal ???
    t.kasih

  19. trial saya dapat 5A 3B 1C(bahasa arab)
    bolekah saya memohon lagi?

  20. apa yang di maksudkan dengan dokumen2 lain yang perlu disertakan sekali masa hantar dekat pejabat MARA?

  21. nk mohon MRSM ni cam ne arhh..poning pale nii..nk bukak camne??apew address die

  22. kod pin die pew?? ishh..cmne nk mohon ni.!

  23. result percubaan pmr saya dapat 6A(sains,math,geo,pai,kh,bi) dan 2B(bm,sej)….saya juga tidak beberapa aktif dalam bidang kokurikulum……..bolehkah untuk saya memohon MRSM?

  24. kalau guna report card & tandatangan pengetua sahaja utk dptkan pin 6ber boleh? sbb sekolah sya x ada bgi pun result percubaan pmr…

  25. klau dptkan 6ber pin dgn buku laporan & tanda tgn pengetua sahaja boleh? sbb sekolah sya x ada bgi slip Keputusan percubaan pmr..

  26. kalau dapat 3a pun boleh apply ke ?

  27. NEED TO KNOW "ASAP" says:

    "Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama (dokumen lain yang berkaitan) ke alamat di bawah:"….dokumen lain yg berkaitan? apa lagi yg kena hantar selain cetakan borang permohonan? 0,0?

  28. Imran Rajawali says:

    Saya mendapat 5A3C dalam Trial iaitu C untuk Kemahiran Hidup , Matematik dan Sains . Saya ada mohon tapi layak ke ? Lagi satu , saya tersalah isi tarikh lahir saya . Macam mana nak ubah maklumat tersebut ? Perlu menghubungi pihak MARA ke ? Jika ya , apa nombornya ? Saya benar – benar terdesak sekarang .

  29. bagi pelajar tingkatan 3 yg sedang belajar di MRSM, adakah pihak MRSM akan tolong uruskan utk permohonan ke tingkatan 4? tq.

  30. eem boleh ke saya mohon kalau trial pertama saya hanya ada 3 A shj? tapi dlm trial ke2 alm=hamdulillah saya dpt 6A sbb trial pertama tu susah.

  31. boleh saya tau mana nak dapat no pin tu ye?

  32. NEED TO KNOW "ASAP" says:

    cetakan borang permohonan perlu disahkan oleh pihak-pihak tertentu ke?o,o?

  33. saya ada masalah sikit. saya dah dapat no pin dan dah klik hantar, tinggal nak print borang jea tapi masalah nyer saya tersilap tulis NO IC ayah saya. ap yg perlu saya buat untuk perbetulkan balik NO IC ayah saya dan klo dah tersilap tulis masih boleh ambil ujian UKKM ke???

  34. saya ada masalah sikit. saya dah dpt no pin dan dah klik hantar cuma tinggal nk print je tapi masalah nye saya tersilap tulis NO IC ayah saya..mcm mna saya nak betulkan balik..ada x ap2 cara untuk saya perbetulkan balik NO IC ayah saya?? dan klo dah tersilap tulis masih boleh ambil ujian UKKM ke????

  35. agak2 bila permohonan kemasukan ke mrsm SABAH DAN SARAWAK??

  36. salam.. bolehkah kita hantar surat permohonan kita melalui poslaju atau hanya boleh hantar melalui pos biasa?

  37. assalamualaikum. saya dah isi borang kemasukan mrsm form 4 on line dan dah send on line. masalahnya saya lupa nak cetak untuk dipos, tolong bg panduan untuk buka balik dan cetak. tq.

  38. salam, saya nak tanya.. sijil kokurikulum perlu hantar ke? sebab time saya mohon form 1 dulu kene.. harap dapat membantu.. thank 🙂

  39. salam, sijil kokurikulum kene hantar tak? biasenye dulu dia minx..
    harap dapat membalas. THANK 🙂

  40. salam, sijil kokurikulum kene hantar tak? biasenye dulu dia minx.. harap balas. THANK 🙂

    • wassalam..sy x tau ar sistem permohonan dy skunk..awk cube antar dlu..mayb dy nk wat rujukan kew..if dy x nk sijil tuh mayb dy antar or wat smpanan..awk try dlu..SEMOGA BERJAYA…CAIYOK2

  41. salam..ujian kemasukan tuh t..dy tnyew apew ek??soaln kbkk kew or soaln fakta????tx u..

    • Salam… UKKM akan ada soalan tentang Matematik, Sains dan Keperibadian. Untuk soalan Matematik dan Sains itu akan berdasarkan sukatan pelajaran Form 1 – 3.

  42. kalau permohonan untuk mrsm sabah dan sarawak bila boleh memohon?

    Kalau trial mt n sns tak dapat a, tapi kalau result pmr 2 2 a, ada harapan masuk mrsm x?

    maaf, saya tak faham sangat….

    perlu jgak ka result trial??

    • Untuk Sabah & Sarawak biasanya akan dibuka selepas keputusan PMR diumumkan dan tidak memerlukan keputusan trial sebab sudah ada keputusan sebenar.

  43. Salam. Kalau result trial sa 3A 4B 1C, boleh ke saya memohon untuk MRSM?

  44. salam .. nak tanye , kalau nak tukar tempat mrsm yg dipilih boleh ke ? kalau boleh , macam mane erk ?

  45. salam.. kalo 5B 2C 1E bleh tak..??? yg E nye adalah math.. tp trial yg ke dua saya dpt 1A 5B 2C… tp C 2 adalah sej ngan math..

  46. boleh tak saya memohon dgn result mcm 2.. saya nak sgt skolah di MRSM sebab di sekolah saya disini amat tekanan dri segi akhlak, dan suasana yg x de minat untuk bljr..

  47. salam.. kalo 5B 2C 1E bleh tak..??? yg E nye adalah math.. tp trial yg ke dua saya dpt 1A 5B 2C… tp C 2 adalah sej ngan math..

  48. salam
    mcm mana nk mohon mrsm sabah n sarawak?

  49. salam, rase-rase soalannye mudah tak? doakan saya berjaya memperoleh markah yg tinggi. 🙂

  50. Salam, saya nak brtnya. If salinan2 sijil, penyata gaji and kad pengenalan smua tu, disahkan oleh Penolong Kanan, boleh tak?

  51. Salam, If salinan sijil2, penyata gaji and smua dokumen yang dikehendaki tu disahkan oleh Penolong Kanan sekolah, boleh tak?

    • Salam… cuba semak semula samada beliau termasuk dalam kategori yg dibenarkan sbb biasanya Gurubesar/Pengetua Sekolah

  52. salam.. saya cuba buat permohonan online tapi pin no yang saya dapat dr pejabat di medan mara (sya masukkan) adalah tak sah. apa patut saya buat?

  53. ape maksud kata laluan pada lmn untuk mengisi permohonan 2?sy cube letakkn angka giliran tp x blh..knpe yew….blh x berikn contoh kata laluan cm mne…

  54. mcm mane kalau dah hantar borang permohonan ke alamat yg diberikan
    tapi tak disertekan dgn sijil2?
    plese help me!!!

  55. saya dh pos borang on line tp x sertakan dokumen2 yg d minta sbbnya saya x tau pn ada senarai utk penghantaran dokumen.please.camna ni.

  56. tolongsaya says:

    kalo borg secara online dah hantar tapi belum buat cetakan . macamana? bila nak print , laman web dah tutup.. 🙁

  57. klu online pnyer dah tutup….mcm nk daftar???

  58. sy nak mntk tolong…mcm mne nak cetak permohonan tersebut..ini krna sy da trsalah cetak..bile sy bkk balik,tarikh prmohonan da tamat dan da x boleh bukak untuk sy cetak..mcm mne ek nak selesaikan masalah ini??tolong sy??

  59. syakir razak says:

    alhamdullilah selamat juga saya mengisi borang kemasukan ke mrsm pada tahun ini thank to my beloving father & mother and don,t forgotten to allah

  60. lemonz sparks says:

    Good luck to all ! and good luck to me too =D

  61. Awang Iskandar says:

    Kalau saya mendapat 6A 2B 1C dalam percubaan peperiksaan PMR …….bolehkah saya memohon ke MRSM di Sarawak ?

  62. saya tinggal di luar bandar dimana penggunaan internet sangat terhad di tempat saya, jadi saya dah ketinggalan untuk mengisi permohonan online sebelum 20/10/2011 hari.
    jadi, adakah saya masih boleh buat permohonan? saya betul betul berminat.ada sebarang bantuan dan info tentang ini?

    • Pemohon seperti Amin boleh mendapatkan bantuan dari MRSM atau pejabat MARA semasa mendapatkan nombor pin untuk mengisi borang permohonan.

  63. org kata kalau kita pernah tolak tawaran MRSM masa Form 1, kita tak akan dapat lagi masa Form4 . Betul ke?

  64. Boleh ke budak sekolah biasa dapat MRSM elit?

  65. Saya dapat 7A+ dan 2A- trial PMR. Rasanya peluang ada tak untuk masuk MRSM elit? Saya juga sentiasa dapat 9A setiap kali exam sejak akhir tahun Form 2 sampailah trial. Tapi mid-year form 3 teruk lah. Just 5A 3B. Rasa-rasa dapat tak MRSM elit?

  66. Sains tulen agama ada tak kat MRSM elit? Sebabnye, saya rasa ralat nak tinggalkan Bahasa Arab tinggi kalau ditawarkan MRSM.

  67. kalo memohon boleh x.teringin nk msuk mrsm.

  68. boleh mohon lg tak ? tarikh dah tutup 🙁

  69. ada cara atau ruang untuk merayu membuat permohonan selepas tarikh tutup?
    minta tolong sangat2 kerana saya terlepas tarikh tutup ni.

  70. ujian kecenderungan kemasukan tu bile dy nk bg surat ?

  71. saya sdah mendaftar secara online tetapi saya tdak menghantar borang yg diperlukan di alamat mrsm. adakah saya masih layak untuk menduduki ujian kecenderungan?

  72. saya tak sempat nak daftar .mcm mana ni? tarikh ttp dh lpas.msh ada pluang lagi ke ? blum cuba,blum tahu . lgpun,tempoh permohonan singkat sangat . tolong la bagi peluang kat pelajar yang belum mendaftar macam saya.

  73. assalamualaikum… bila tarikh UKKM mula dijalankan ?

  74. salam. saya nak tanye, bleh x sya memohon mrsm melalui rayuan mrsm? sya x memohon sbab sya musykil dngan kptusan prcubaan pmr….

  75. Tertanya-tanya says:

    UKKM esok(28 Nov) comfirm ke ade?

  76. kalau result PMR sbenar 5A 3B.. sains dia dpat B, tpi math dia dpat A.. bleh kah dia mhon MRSM kat sabah ?? dan dia juga pelajar yg AKTIF SUKAN..

  77. Permohanan memang dah tutup ke ? Sbb ada org kata , permohonan akan dibuka balik lepas kputusan sebenar dah keluar . Betul ke ?

    • biasanya memang tidak ada permohonan baru diterima selepas tarikh tutup tetapi tak tahu la tahun ini, cuba call MARA utk kepastian

  78. kalo dpt 6A2B1C layak ke mrsm k? 6A termasuk Math ngan Sains ,C bahasa arab Boley lagi x

  79. saya dpt 9A result pmr tp x sempat nak mohon ari 2. so nak wt camne ekkk…….

  80. salam ?? klau dpat 4A PMR, bleh x msuk MRSM kat sabah ?? math A tpi SC B.. bleh x buat rayuan ?

  81. salam….,saya dpt 4a 4b pmr,bole x msuk mrsm kat semenanjung malaysia..permohonan dah tamat an..tolong la sye nk msuk mrsm sgt2 nie..klu x dpt xpe la sye reda…macam ne nk mohon..bole mohon gie x??please!

  82. salam, saya dengar permohnan ke mrsm dibuka semula.. betulkah?? dalam e-rayuan, bolehkah kita menukar sekolah sbp lain?? saya dpt 7A 1B .. tp saya dulu mohon SDAR.. saya rasa hanya 8A sj yg boleh masuk sekolah trsebut.. bagaimana ya?? saya juga tidak mengisi borang MRSM kerana saya tidak tahu boleh isi 2 borang.. SBP n MRSM.. pleaseee…

  83. bila keluar keputusan untuk permohonan ke mrsm dan sbp???

  84. Nurul Adibah says:

    Tuan,
    Saya nak mohon sekarang boleh ke?

  85. keputusan permohonan mrsm dan sbp bagi tingkatan 4 2012 bila keluar???

  86. salam…saya ingin bertnya bilakh tarikh tutup bagi permohonan zon sabah & sarawak??? Mohon dibalas…

  87. saya trial dpt 6a2b (b sains n bi) n result pmr 7a 1b(b bi)….agak2 dpt x mrsm?

  88. sye trial dpt 6a2b(b bi n sains) n pmr 7a1b(b bi)…agak2 dpt x mrsm?

  89. kalau x aktif sangat dalam kokurikulum..agak2 boleh dapat mrsm tak walaupun dapat straight A dlam PMR ?

  90. klau sy dpt msuk sbp,bleh x sy msuk mrsm

  91. Assalamualaikum..saya dapat 6 A 2B dlam pmr 2011,tetapi saya tidak dapat memohon untuk memasuki mrsm..boleh ke kalau sekarang saya masih nak memohon??

  92. Assalamualaikum..saya dapat 6 A 2 B dlm PMR 2011..tapi saya tak dpt memohon utk masuk ke MRSM..blh tak kalo skrng saya nak memohon???Pleaseeeeeeee………..

  93. Hafizatun Najihah says:

    saya amat berharap dengan pencapaian saya 7A 1B saya dapat memasuki ke MRSM..Kerna belajar di situ lebih efisien dan selesa tanpa gangguan..tidak seperti di rumah..saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya..

  94. salam..kalau keputusan 5A 3B,,bleh masuk ke??saya tahun 2012

  95. salam,kalau saya dapat 1A 1B 4C 1D boleh mohon tak, yang c tu rasanya ade 2 subjek yang nak dkat b..so harap balas.saya nak mohon untuk 2013 punya.

    • Waalaikumussalam, antara kelayakan memohon kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut :

      1) Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
      2) Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
      3) Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

      Kesimpulannya, anda layak untuk memohon. Tapi bagi syarat kelayakan kemasukan pula anda mesti memperolehi sekurang-kurangnya 6A 2B ( Math dan science) dalam PMR. Ini syarat bagi tahun lepas dan berkemungkinan syarat untuk tahun ini juga. Harap maklum.

  96. Assalamualaikum. Bilakah permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2013 dibuka?

  97. salam, sye ingin bertnye kpda tuan jika percubaan sye 1a 6b 1c..bolehkah sye berpeluang untuk memasuki mrsm ?? c sye ialah bi..mate sye a..sye ingin membuat permohonan kemasukkan mrsm 2013…selain itu, sye ingin tnye….penilaian yg d buat untuk memasuki mrsm ,d'lihat dry segi kptusan percubaan atw kputusan pmr yg sbnar..??..

  98. assalamualaikum saya nak tanya kalau saya mndapat 2e dlm trial PMR tpi dapat 8A dlm PMR layakkah msok sbp ni???

  99. assalamualaikum saya mendapat 2e dlm trial iaitu math dan Bi jika saya mendapat 8A dlm PMR sebenar layakkah saya msok sbp ??? sedara saya mendapat 6A 2B dlm trial layakkah dia masuk SBP???

  100. salam, saya nak tanya kalau kita daftar sbp , automatic nama kita kena blacklist oleh mrsm ye?

  101. salam,kalau kita mohon SBP, automatic nama kita kena blacklist dari mrsm ye???

  102. salam..saya nk tanya kalau result trial BM x dapat A..boleh buat permohonan tak???

  103. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011 dan 2012 bagi mendapatkan lebih […]

  104. Bilakah iklan permohonan kemasukan ke tingkatan satu tahun 2013 MRSM dibuka..?

  105. salam . nk tukar mrsm untuk 2014 boleh x ?

  106. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011, 2012  dan 2013 bagi mendapatkan lebih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.