Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) ambilan khas bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dibuka mulai 22 Mac 2013.
Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau ramai yang menyebutnya Maktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan bagi Ambilan Jun 2013.
Lepasan SPM 2012 sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan SPM Ambilan Jun 2013.
Program Pengajian Perguruan
Program pengajian perguruan yang ditawarkan adalah:
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.
Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
- Lulusan Unified Examination Certificate (UEC )
- Calon lulusan Unifie d Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang – kurangnya tiga kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC – SML).
- Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
- Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang – kurangnya tiga kepujian di peringkat SMA atau SMU.
Syarat Khas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 12 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti lulus 3 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu Komunikasi
- Sejarah
- Pendidikan Moral
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 12 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
- Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti lulus 3 mata pelajaran berikut:
- Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
- Sejarah
- Pendidikan Syariah Islamiah
Calon Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara Memohon
- Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian PISMP Ambilan 2013 Lulusan UEC & SMA/SMU.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup pada 31 Mac 2013.
Maklumat
- Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian Ambilan Khas 2013 Lulusan UEC dan SMA/SMU untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Jun 2011 dan Ambilan Jun 2012 sebagai panduan.
Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila hubungi;
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
[…] Lepasan UEC, SMA/SMU sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA/SMU Ambilan Jun 2013. […]
untuk memohon perlu beli number pin di bank tak?
tak perlu….
saya keliru mulanya..buka laman web awalnya tarikh mula buka 23 april..dan tutup 2 mei…kemudian buka sekali lagi semalam..sama pula buka 22 mac tutup 31 mac.
Kalau lepasan Spm.. Perlu Isi Maklumat UEC ka?
klau stam bleh isi x??
da boleh check keputusan ke??
bila boleh cek keputusan?
macamana nak semak dapat ke tak?
mcmn check keputusan??
dah temuduga pada 13 mei 2013 di institut pendidikan guru kampus gaya…boleh mohon tahu jika berjaya bila agaknya pengambilan di buat.dan saya ingin tahu di mana ipg untuk pendidikan islam.
permohonan lepasan spm 2013…bila akan dibuka
permomohonan lepasan SPM 2013….bila akan diBUKA..??
PERMOHONAN LEPASAN SPM 2013 BILA AKAN DIBUKA. .SILA UPDATE