Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA, SMU Ambilan Jun 2013

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) ambilan khas bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dibuka mulai 22 Mac 2013.

Permohonan PISMP Lulusan UEC & SMA/SMU

Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau ramai yang menyebutnya Maktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan bagi Ambilan Jun 2013.

Lepasan SPM 2012 sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan SPM Ambilan Jun 2013.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian perguruan yang ditawarkan adalah:

  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.

Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC )
    • Calon lulusan Unifie d Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang – kurangnya tiga kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC – SML).
  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
    • Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang – kurangnya tiga kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 12 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti lulus 3 mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu Komunikasi
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 12 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti lulus 3 mata pelajaran berikut:
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
    • Sejarah
    • Pendidikan Syariah Islamiah

Calon Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian PISMP Ambilan 2013 Lulusan UEC & SMA/SMU.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup pada 31 Mac 2013.

Maklumat

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila hubungi;

  • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
    KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
    Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sabah
    d/a Institut Pendidikan Guru
    Kampus Gaya
    Peti Surat 10491
    88805 Kota Kinabalu, Sabah
    Telefon : 088 236804
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sarawak
    Jalan College
    93259 Kuching,
    Sarawak
    Telefon : 082 258045

14 thoughts on “Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA, SMU Ambilan Jun 2013

  1. […] Lepasan UEC, SMA/SMU sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA/SMU Ambilan Jun 2013. […]

  2. Eivan anak Kelvin says:

    untuk memohon perlu beli number pin di bank tak?

  3. saya keliru mulanya..buka laman web awalnya tarikh mula buka 23 april..dan tutup 2 mei…kemudian buka sekali lagi semalam..sama pula buka 22 mac tutup 31 mac.

  4. Kalau lepasan Spm.. Perlu Isi Maklumat UEC ka?

  5. klau stam bleh isi x??

  6. da boleh check keputusan ke??

  7. macamana nak semak dapat ke tak?

  8. thineswary says:

    mcmn check keputusan??

  9. abdul rauf says:

    dah temuduga pada 13 mei 2013 di institut pendidikan guru kampus gaya…boleh mohon tahu jika berjaya bila agaknya pengambilan di buat.dan saya ingin tahu di mana ipg untuk pendidikan islam.

  10. permohonan lepasan spm 2013…bila akan dibuka

  11. permomohonan lepasan SPM 2013….bila akan diBUKA..??

  12. PERMOHONAN LEPASAN SPM 2013 BILA AKAN DIBUKA. .SILA UPDATE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>