Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun.

Lepasan UEC, SMA/SMU sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA/SMU Ambilan Jun 2013.

Program Pengajian

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Islam
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Kadazan Dusun
  • Pra Sekolah
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Seni
  • Sejarah
  • Muzik
  • Pemulihan
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Iban

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajian Cina
  • Pendidikan Seni Visual
  • Sejarah
  • Muzik
  • Pemulihan
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pra Sekolah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajian Tamil
  • Pendidikan Seni Visual
  • Sejarah
  • Muzik
  • Pemulihan
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pra Sekolah

Calon Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 ini akan ditutup pada 31 Mac 2013.

Maklumat

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila hubungi;

  • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
    KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
    Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sabah
    d/a Institut Pendidikan Guru
    Kampus Gaya
    Peti Surat 10491
    88805 Kota Kinabalu, Sabah
    Telefon : 088 236804
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sarawak
    Jalan College
    93259 Kuching,
    Sarawak
    Telefon : 082 258045

36 thoughts on “Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013

  1. […] Lepasan SPM 2012 sila rujuk Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan SPM Ambilan Jun 2013. […]

  2. wajib beli num pin cam num pin upu ugax k nx mohon maktab ??

  3. macam mana nak buat permohonan yer ? perlu beli no.pin kat bsn ?

  4. ngajor sekolah rendah jer ke….apa barang ni

    • jgn nk demand sgt k..

    • kalau x de cikgu skolah rendah rasa2 nya murid tu x pandai membaca, menulis & lain2. yg paling penting dapat naik ke sekolah menengah x? Dan dpt jejak universiti x? Jadi kesimpulannya berterima kasihlah kepada seorang guru, x kisahlah dia guru sekolah rendah atau menengah. Jangan pandang remeh pada profesion mereka.

    • Sekolah rendahlah best …happy je tgok murid comel2 tu….

    • ewww much… at least guru sekolah rendah mengaja mu untuk naik ke sekolah menengah….

  5. Syafiq Ismail says:

    Xpayah beli nombor pin.. http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/m… . tkan link tu…

  6. erm…. sekolah menengah kat mana?

  7. utk ke sekolah menengah ada tak?

  8. assalamualaikum…awak…saya tertinggal ruangan pasal penjaga,,,lepas tu, saya dah sahkan ..jadi macam mana?adakah permohonan saya akan ditolak dengan serta merta??thanks..:'-(

  9. utk sek menengah, kene apply ijazah sarjana muda pendidikan..bagi lepasan diploma/stpm/matrikulasi..

  10. macam mana kita nak tahu bahawa kita diterima atau tidak ya?

  11. dah terlambat sehari

  12. tlmbat 2 ari plak…bila bka blik pmhonan nie..?

  13. Tahun depan boleh.

  14. salam,sy nak tanya student yg masih belajar di ipta layak ke memohon?

  15. kalau saya tak print borang permohonan adakah saya layak menghadiri temuduga

  16. suzangrace says:

    hello saya tahun ini menulis spm…… cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang guru matematik sekolah rendah…. ramai guru yang saya tanya, mereka cakap guru perempuan ramai so kemungkinan saya tak layak ke Ijazah Sarjana Muda Perguruan.. sini saya nak tanya blh tak????? saya akan tunggu jawapan. i hope you will reply thank you

  17. belum keluar lagi ke keputusan permohonan?

  18. Nak tanye… adakah ini mmg permohonan untuk cikgu sekolah rendah???

  19. uriah heep says:

    Kptsn untuk ditemuduga – ada kata 25/4 ada kata 30/4, mana yg betol. Ikut laman aplikasi, patutnya 24/4 dah keluar. Tapi mcm ada benda tak siap dan tak kena je di laman tu.

  20. sabar jer laa..
    Insyaallah..

  21. Aswad dauli bin Nor azaman says:

    Salam.. Saya Ad mohon unk jadi guru…. Bilakah tarikh keputusannya dijangka bila dan boleh sms 0197710101 seberapa segera

  22. Barathiy says:

    salam sejahtera semua
    saya nak tanya bila penagambilan KPLI untuk lepasan ijazah sarjana muda

  23. Slm.,bleh tnye x?bla kputusan temuduga untuk PISMP ambilan jun tu kluar?cmna nak taw llus ke x interview??

  24. assalamualaikum nak tumpang tanya ni, for those yang tak dapat ipg ni untuk ambilan jun 2013 ni, macam mana nak buat rayuan .?

  25. izzat aqwa says:

    bila tarikh permohonan kplspm 2014 dibuka?

  26. izzat aqwa says:

    sekiranya umur 20 tahun, adakah sy layak memohon program ini??

  27. nak tanya, kalau kita dapat tawaran ni, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke ipta or mana-mana ipt ditutup ke tak?? maksudnya dah dapat tawaran ni tawaran lain tak dapat. is that true??

  28. assalamualaikum,. kenapa saya klik permohonan tapi keluar tarikh 2013 punya?

  29. Macam mana nak buat rayuan kalau tak ditawarkan?

  30. saya lepasan STPM/2014 boleh mohon jugak ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.