Pinjaman Pelajaran MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon yang layak memohon pinjaman pelajaran MARA bagi membiayai pengajian peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara. Ini adalah usaha untuk melahirkan lebih ramai  modal insan yang berprestasi tinggi untuk menyumbang kepakaran dalam kursus yang menjurus ke arah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pinjaman Pelajaran MARA

Peringkat Dan Bidang Pengajian

Sarjana / Doktor Falsafah

i. Bidang Teknikal

  • Sains Perubatan – Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar , Farmasi, Fisioterapi, Radiografi , Bio Perubatan, Biologi Gunaan, dan Bioteknologi.
  • Kejuruteraan – selain Kejuruteraan Awam
  • Teknologi – Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah , Ukur Bahan, Sains Komputer, Mu ltimedia dan Teknologi Maklumat.
  • Sains Fizikal – Sains Fizik, Astronomi, Kimia, Geologi, Meteorologi dan Oceanography.
  • Sains Tulin / Kuantitatif – Sains Aktuari, Matematik, Sains Hayat dan Statistik.
  • Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan negara

ii. Bidang Bukan Teknikal

  • Sains Sosial – Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan Is lam, Perakaunan, Undang-Undang, Pembangunan Usahawan, Pengangkutan, Kewartawanan, Bahasa, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengajian Islam (Al-Quran & As-Sunnah / Syariah / Usuluddin)
  • Lain Lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara

Profesional

  • Perakaunan – ACCA (5 kertas terakhir sahaja) / CIMA (6 kertas terakhir sahaja) / CFA / CA
  • Senibina – RIBA Part II, RIBA Part III
  • Undang-undang – LLM
  • Lain-lain bidang Profesional yang diiktiraf oleh Badan Profesional yang berkaitan dengan persetujuan MARA.

Syarat Asas

  1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  3. Had umur pemohon tidak melebihi seperti berikut pada 31 Disember 2013:
    • Sarjana dan Profesional 35 tahun
    • Doktor Falsafah 40 tahun
  4. Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat terdahulu (Ijazah Pertama / Sarjana) atau sekurang-kurangnya berada di semester akhir pengajian.
  5. Pemohonan adalah untuk pengajian pada tahap yang lebih tinggi daripada kelulusan sedia ada.
  6. Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.
  7. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  8. Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti berkenaan.
  9. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang mempunyai ranking 50 tertinggi dalam bidang pengajian berkaitan atau ranking 50 tertinggi untuk Universiti berkenaan. Cadangan rujukan Times Higher Education, Academic Ranking of World Universities dan QS World University Ranking.
  10. Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan melalui kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / perletakan jawatan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  11. Mendapat pelepasan / penangguhan bayaran balik pinjaman daripada badan penaja yang menaja pengajian sebelum ini (kecuali MARA) . Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  12. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Kelayakan Akademik

Syarat Khusus Akademik

i. Ijazah Sarjana

  • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  • Bidang bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

ii. Doktor Fasafah

  • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  • Bidang Bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

iii. Profesional

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

Calon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan di atas akan dipertimbangkan sekiranya memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan yang dipohon.

Kelayakan Dan Tempoh Penajaan

  • Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional yang berkaitan.
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa.
  • Permohonan ini adalah terbuka bagi kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2013 hingga April 2014.
  • Tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
    • Sarjana dan Profesional – 1 hingga 2 tahun
    • Doktor Falsafah – 3 hingga 4 tahun

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran MARA ini dilanjutkan sehingga 21 Mac 2013 14 Mac 2013 jam 5 petang.
  • Maklumat terkini mengenai status permohonan akan diberikan dari semasa ke semasa melalui laman web MARA .
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 30 April 2013 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat

  • Sila rujuk dokumen;
  • Hanya calon yang layak selepas disaring mengikut kecemerlangan bermula dari peringkat SPM, kelayakan akademik terkini dan mendapat tawaran daripada universiti ranking tinggi dalam kursus berkaitan akan diberi keutamaan.
  • Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.
  • Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati daripada badan berkaitan seperti:
    • British Council (UK) – Tel: 03-2723 7900
    • Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) Tel: 03-7956 7655
    • Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) Tel: 03-2163 2302
    • Australian Education International Tel: 03-2146 5644
    • German Academic Exchange Service (DAAD-KL) Tel: 03-9235 1841
    • Canadian Education Centre Tel: 03-2162 2901
    • Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE) Tel: 03-2166 8878 
  • Sila layari laman web MARA dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini mengenai status permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah :

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran,
    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur

    (u.p: Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT)

    Telefon : 03-2613 9072 / 9073 / 9074 / 4372 (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
    Email : [email protected]
    Facebook : www.facebook.com/Pasca2013

7 thoughts on “Pinjaman Pelajaran MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013

  1. Salam betol ke kawan sy cakap die dgr dekat radio tahun ni maksimum boleh ambil 10 mata pelajaran sahaja untuk spm..betol ke?kalau saya nak ambil 12 mata pelajaran untuk spmu boleh kan?toling jawab ya terima kasih sangat

  2. Salam..ingin bertanya, pinjaman mara pasca ijazah dlm negara masih diteruskan atau sudah tiada?harap dapat bantu sekiranya mempunyai maklumat.terima kasih didahulukan.

  3. wassalam maaze,..still ade..
    sile mohon sebelum tarikh tutup =)
    gud luck!

  4. nape dah dapat tawaran tapi still x dapat duit pinjaman?

  5. Adakahan jurusan advertising tiada dalam sponsorship ?

  6. adakah pinjaman ini untuk belajat kat luar negara ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>