Permohonan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM 2012

Darul Quran JAKIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran, mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Pensijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM sesi 2012/2013. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan menyambung pengajian mereka di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Darul Quran

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia yang belum berkahwin
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya C+ dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
  • Pelajar aliran Sains

Syarat Khas

Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred yang ditetapkan dalam peperiksaan percubaan SPM mengikut program asasi yang dipohon. 

  • ASASI KEJURUTERAAN (Y0400)

    • B dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik
    • C+ dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia,Bahasa Inggeris

    ASASI PERUBATAN (Y0080)

    • B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
    • B+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia
    • B dalam mata pelajaran Fizik , Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI SAINS HAYAT Y0010

    • C+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik,Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Fizik

    ASASI SAINS FIZIKAL Y0020

    • C+ dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris, Kimia.

    ASASI FARMASI Y0060

    • B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
    • B+ dalam mata pelajaran Biologi , Kimia,
    • B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI PERGIGIAN Y0070

    • B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
    • B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan

    ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU Y0030

    • C+ dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

    ASASI KEJURURAWATAN Y0031

    • C+ dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM 2012 perlu dibuat secara atas talian (online) di laman web Permohonan Pelajar Darul Quran.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi untuk dibawa semasa temuduga.

Pemilihan Pelajar

  • Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi agama atau sekolah menengah agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.
  • Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut:
    1. Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan
    2. Berkemampuan tinggi untuk meghafaz al-Quran
    3. Personaliti yang tinggi
    4. Aktif dalam kegiatasn ko-kurikulum ; dan
    5. Lain-lain perkara yang berkaitan
  • Hanya pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini.

Tempoh Pengajian

  • Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan.
  • Pelajar –pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan
  • Pengajian akan bermula pada bulan Januari ( selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.
  • Peringkat Pengajian
    • 1 tahun 6 bulan – Persijilan Tahfiz Al-Quran di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
    • 1 hingga 2 tahun – Program Asasi UIAM di Pusat Asasi UIAM
    • 3 tahun setengah hingga 5 tahun – Program Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM sesi 2012/2013 akan ditutup pada 14 Oktober 2011.

Temuduga

  • Keputusan layak untuk ditemuduga boleh disemak di laman web Darul Quran pada 24 Oktober 2011.
  • Temuduga akan diadakan pada 29 Oktober 2011 untuk di Darul Quran dan 1 – 4 November 2011 bagi di tempat lain tetapi tertakluk kepada perubahan.
  • Keputusan temuduga boleh disemak di laman web Darul Quran pada 28 November 2011.

Pendaftaran Pelajar

  • Surat tawaran bagi mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-UIAM 2012 ini akan dikeluarkan pada 5 Disember 2011.
  • Majlis Pendaftaran Pelajar Baru akan diadakan pada 4 Januari 2012.

Pertanyaan

23 thoughts on “Permohonan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM UIAM 2012

  1. syah ahmad says:

    untuk part time ada x???maksud saya yang dah bekerja nak sambung belajar…..

  2. kalau nak wat permohonan skrg boleh tak?utk kemasukan sesi depan?

  3. klu nak semak keputusan temuduga kat mana ??

  4. salam..
    kalau SPM x amek bahasa arab boleh mohon x?

  5. salam…
    nak buat semakan dekat mane?,,,

  6. bab qiraat ada blajar x??

    • Utk prog pensijilan ni xd(xd dlm sukatan pelajaran),,tp.klu nk blaja bleh je cri ustaz/ah @ sheikh yg mngjar qiraat atau bleh juga blaja dgn senior2 diploma syukbah( jurusan) qiraat. 🙂

  7. ASSALAM
    KALAU DALAM 18 BLAN 2 X SMPAT HBIS 30 JZUK KNA SMBUG LG KE??

  8. salam borang online sijil tahfiz 2013 masih buka lg ke?

  9. zafirah.... says:

    salam…nk tanye,untuk pelajar lepasan STAM ade diambil tak untuk kursus ni?minta jawapan segera…

  10. klu dah ada sijil tahfiz nak smbng buat usuluddin blh ke..?

  11. salam nak tnya klu dah ada sijil tahfiz nak smbng buat usuludin blh ke

  12. sayyidah nafisah says:

    mcm mna nk msok darul quran?/ana tringin sngt nk msok

  13. Izzat Izzuddin says:

    assamualaikkum , nak tanya , macam mana kaedah hafalan 1 tahun 6 bulan ya. 30 juz . Boleh terang tak ? macam sehari kena hantar berapa muka surat ? berapa muka surat diwajibkan sehari, masa waktu menghafal dan lain-lain

  14. baihaqi nazir says:

    macam mana nak masuk darul ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.