Permohonan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara PILN 2011
Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.
Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus
Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:
JPA
- Sila rujuk Syarat Permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011 Tajaan JPA.
MARA
- Sila rujuk Syarat Permohonan Tajaan MARA 2011.
Permohonan
- Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
- Sila rujuk Panduan Mengisi Borang Permohonan Online.
Program Pengajian
Program Pengajian | Penaja | Negara | |
1 | Perubatan | JPA | India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College) |
JPA/MARA | Timur Tengah : Jordan | ||
MARA | Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland
Program Berkembar dgn IPT Tempatan |
||
2 | Pergigian | JPA | Australia,India, Ireland, New Zealand & UK |
JPA/MARA | Timur Tengah : Mesir | ||
MARA | India | ||
3 | Farmasi | JPA | Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham) |
4 | Optometri | MARA | New Zealand & United Kingdom |
5 | Bioteknologi | MARA | Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand |
6 | Kejuruteraan | MARA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand |
7 | Kejuruteraan Jerman (Elektrikal/Mekanikal/Kima) |
JPA/MARA | Jerman |
8 | Kejuruteraan Perancis (Elektrikal/Mekanikal/Kima) |
JPA/MARA | Perancis |
9 | Kejuruteraan Akademik Jepun (Elektrikal/Mekanikal/Kima) |
JPA | Jepun |
10 | Kejuruteraan Sepanyol | MARA | Sepanyol |
11 | Sains Aktuari | MARA | Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand |
12 | Perakaunan | MARA | Australia & New Zealand |
13 | Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT | MARA | Amerika Syarikat & Jepun |
14 | Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) |
JPA | Amerika Syarikat & United Kingdom |
15 | Senibina | JPA | Australia & United Kingdom |
16 | Undang-Undang | JPA | United Kingdom |
17 | Pelancongan | JPA | Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom |
18 | Sastera Ikhtisas (Ekonomi/Kewangan) |
JPA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun |
19 | (Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan) | MARA | Amerika Syarikat |
20 | Sastera Ikhtisas Timur Tengah (Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam) |
JPA/MARA | Jordan |
21 | Diploma Kejuruteraan (Elektrikal/Mekanikal/Kima) (berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) |
JPA | Program Teknikal di Jepun/Korea |
22 | Sains | JPA | Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM |
23 | Sastera | JPA | Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM |
24 | ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains | MARA | Australia dan New Zealand |
25 | Kejuruteraan & Perubatan | MARA | IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia |
26 | Sastera Ikhtisas (Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) |
MARA | IPT Tempatan |
Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
- Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
- Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Temuduga
- Semakan Panggilan Temuduga JPA : 8 April 2011
- Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
- Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
- Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
- Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
- Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http:/esilav2.jpa.gov.my mulai 8 – 16 April 2011.
Masalah Teknikal
Semasa Mengisi Borang
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.
Maklumat
- Sila rujuk iklan permohonan tajaan JPA dan MARA untuk lepasan SPM 2010.
- Pemohon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan penajaan JPA/MARA 2011.
- Sila rujuk juga Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009 di ePutra sebagai panduan tambahan.
- Sila baca juga Latar Belakang Program Ijazah Luar Negara JPA dan Soal Jawab Program Ijazah Luar Negara JPA.
Pertanyaan
- JPA Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my
- MARA Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03 2693 666, 03 2694 6622 atau 03 2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.
blh ke apply dua2 pnaja???
boleh apply dua2, tp bila dah dpt dua2, perlu pilih satu shj 🙂
betol ke blh apply dua2??..ke slah 1 je??
xleh apply due2 la..sbbnye tym nk apply tu..dye suwuh plih sme ad nk apply jpa or mara…
tp xtao la..ni taon lpas pnye stail..taon ni pnye xtao plak..
mcm mane kla tersalah isi name ?
Rasanya blh kemaskini
btol tu..xleyh apply dua2…
aq x tau nak plih mne
phar cme ad kat jpa tp aq nak amek kat mara
leceh2
sy nk wat prmohonan biasiswa tajaan jpa dalam negara
im quite sure jpa n mara x dpt apply dua2 skali. kita kena pilih. sbb nanti time isi borang ada option pilih jpa or mara. kalau btl blh apply dua2. tlg bgtau ASAP!!! 🙂 🙂
macm mne na tau klu prmhnn kite dah dah terima sisterm….
Jika telah memuat turun/cetak Slip Permohonan maknanya permohonan telah diterima sistem
sy aply jpa.mara perlu lg tak?
msa interbiu JPA 2 diorang tnya isu smasa ngara ka dnia pnya..???stu kump stu tjuk ja ke??
Bila tarikh tutup permohonan jpa ye?
kat atas tu kan dah tulis,7 hari lepas keputusan spm 2010 diumumkan, tarikh tutupnya 29 mac 2011
macam mana nak buat kalu terlepas isi borng ni??? please answer this question~ anyone..please…
apsal cpt sgt ah tarikh ttup nyer….
xde yg rayuan dh ke..??
ahhh~ keputusan panggilan mara lambatnye~
14 arie blan 2 semakan pggln temuduga mara ker @ hari temuduga???many my friends confused bout that!!!!someone who knows plez answer my question#$%
panggilan temuduga la dik… hari temuduga nnt dia gtau lain. kekadang mara akan kol jgk. n korang kena buat satu essay pasal diri korang ms nk g temuduga tu.. gudluq yer..
esei tu nak tulis pasal ape je? boleh bg contoh
SEMAKAN TEMUDUGA JPA SUDAH ADA SEJAK 8 HB APRIL.
SEMAKAN UNTUK MARA PULA ADALAH PADA 14 HB APRIL.
CONFUSE NAK AMBIL JPA ATAU MARA?
JAPA= UNTUK SEMUA WARGANEGARA
MARA=UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA.
Maksudnya, nanti siapa apply MARA, temuduga bersama org2 bumiputera ja la…
# rujuk syarat2 umum MARA dan JPA bhgian (a).
kalau saya salah, betulkan..
sy trlepas la isi borg prmohonan mara & jpa..ape ptot sy bt?sdihnye..sy dpt straight a..tlg sy..
mmg dah tak boleh….
[…] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 […]
hmmmm…bilakah keputusan temuduga JPA boleh disemak??
mei.
[…] (Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PILN 2011 […]
bile semakan biasiswa mara boleh dibuat?
bile semakan biasiswa mara boleh dibuat?
MARA boleh disemak 2 hri yg lps (16 Mei 2011)..Thniah kpd yg dpt…..walaupun MARA mgkin pelik sikit tahun nih, rmai yg dpt cos2 lain drp yg diminta
Salam. Adakah JPA tawar biasiswa untuk lepasan A-level? Terima kasih
[…] PILN JPA […]
[…] rujuk komen-komen di Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010 sebagai […]
bagi lepasan spm 2014, bila borang permohonan jpa dan mara akan dibuka?