Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA mulai 13 Mei 2011 dan MARA mulai 16 Mei 2011

Permohonan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara PILN 2011

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:

JPA

MARA

Permohonan

Program Pengajian

Program Pengajian Penaja Negara
1 Perubatan JPA India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College)
JPA/MARA Timur Tengah : Jordan
MARA Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland

Program Berkembar dgn IPT Tempatan

2 Pergigian JPA Australia,India, Ireland, New Zealand & UK
JPA/MARA Timur Tengah : Mesir
MARA India
3 Farmasi JPA Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)
4 Optometri MARA New Zealand & United Kingdom
5 Bioteknologi MARA Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
6 Kejuruteraan MARA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand
7 Kejuruteraan Jerman
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Jerman
8 Kejuruteraan Perancis
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Perancis
9 Kejuruteraan Akademik Jepun
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA Jepun
10 Kejuruteraan Sepanyol MARA Sepanyol
11 Sains Aktuari MARA Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
12 Perakaunan MARA Australia & New Zealand
13 Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT MARA Amerika Syarikat & Jepun
14 Sains Tulen
(Fizik, Kimia, Biologi)
JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
15 Senibina JPA Australia & United Kingdom
16 Undang-Undang JPA United Kingdom
17 Pelancongan JPA Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
18 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi/Kewangan)
JPA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun
19 (Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan) MARA Amerika Syarikat
20 Sastera Ikhtisas Timur Tengah
(Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam)
JPA/MARA Jordan
21 Diploma Kejuruteraan
(Elektrikal/Mekanikal/Kima) 

(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)

JPA Program Teknikal di Jepun/Korea
22 Sains JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
23 Sastera JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
24 ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains MARA Australia dan New Zealand
25 Kejuruteraan & Perubatan MARA IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia
26 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan)
MARA IPT Tempatan

 

Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Temuduga

  • Semakan Panggilan Temuduga JPA : 8 April 2011
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.

Maklumat

Pertanyaan

  • JPA Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my
  • MARA Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03 2693 666, 03 2694 6622 atau 03 2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

36 thoughts on “Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010

  1. NaJihah Ab Raof says:

    blh ke apply dua2 pnaja???

  2. Hanie Farhana says:

    boleh apply dua2, tp bila dah dpt dua2, perlu pilih satu shj 🙂

  3. xleh apply due2 la..sbbnye tym nk apply tu..dye suwuh plih sme ad nk apply jpa or mara…
    tp xtao la..ni taon lpas pnye stail..taon ni pnye xtao plak..

  4. mcm mane kla tersalah isi name ?

  5. btol tu..xleyh apply dua2…

  6. aq x tau nak plih mne
    phar cme ad kat jpa tp aq nak amek kat mara
    leceh2

  7. sy nk wat prmohonan biasiswa tajaan jpa dalam negara

  8. im quite sure jpa n mara x dpt apply dua2 skali. kita kena pilih. sbb nanti time isi borang ada option pilih jpa or mara. kalau btl blh apply dua2. tlg bgtau ASAP!!! 🙂 🙂

  9. macm mne na tau klu prmhnn kite dah dah terima sisterm….

  10. sy aply jpa.mara perlu lg tak?

  11. msa interbiu JPA 2 diorang tnya isu smasa ngara ka dnia pnya..???stu kump stu tjuk ja ke??

  12. Bila tarikh tutup permohonan jpa ye?

  13. macam mana nak buat kalu terlepas isi borng ni??? please answer this question~ anyone..please…

  14. apsal cpt sgt ah tarikh ttup nyer….
    xde yg rayuan dh ke..??

  15. DeeDiana says:

    ahhh~ keputusan panggilan mara lambatnye~

  16. 14 arie blan 2 semakan pggln temuduga mara ker @ hari temuduga???many my friends confused bout that!!!!someone who knows plez answer my question#$%

    • panggilan temuduga la dik… hari temuduga nnt dia gtau lain. kekadang mara akan kol jgk. n korang kena buat satu essay pasal diri korang ms nk g temuduga tu.. gudluq yer..

  17. bryan mitchi says:

    SEMAKAN TEMUDUGA JPA SUDAH ADA SEJAK 8 HB APRIL.
    SEMAKAN UNTUK MARA PULA ADALAH PADA 14 HB APRIL.
    CONFUSE NAK AMBIL JPA ATAU MARA?
    JAPA= UNTUK SEMUA WARGANEGARA
    MARA=UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA.
    Maksudnya, nanti siapa apply MARA, temuduga bersama org2 bumiputera ja la…
    # rujuk syarat2 umum MARA dan JPA bhgian (a).
    kalau saya salah, betulkan..

  18. sy trlepas la isi borg prmohonan mara & jpa..ape ptot sy bt?sdihnye..sy dpt straight a..tlg sy..

  19. […] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 […]

  20. hmmmm…bilakah keputusan temuduga JPA boleh disemak??

  21. […] (Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PILN 2011 […]

  22. wan aliff says:

    bile semakan biasiswa mara boleh dibuat?

  23. wan aliff says:

    bile semakan biasiswa mara boleh dibuat?

  24. MARA boleh disemak 2 hri yg lps (16 Mei 2011)..Thniah kpd yg dpt…..walaupun MARA mgkin pelik sikit tahun nih, rmai yg dpt cos2 lain drp yg diminta

  25. Ahmad Fikri says:

    Salam. Adakah JPA tawar biasiswa untuk lepasan A-level? Terima kasih

  26. […] rujuk komen-komen di Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010 sebagai […]

  27. bagi lepasan spm 2014, bila borang permohonan jpa dan mara akan dibuka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.