Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2010.
Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.
Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
- Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah; dan
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan; - Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Program Pengajian
| Program Pengajian | Penaja | Negara | |
| 1. | Perubatan | JPA | United Kingdom, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College) serta Jordan & Mesir |
| MARA | Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland | ||
| 2. | Pergigian | JPA | Australia,India, Ireland, New Zealand & UK |
| JPA/MARA | Jordan & Mesir | ||
| MARA | India | ||
| 3. | Farmasi | JPA | Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University) |
| 4. | Optometri | MARA | New Zealand & United Kingdom |
| 5. | Sains Perubatan Veterinar | JPA | Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom |
| 6. | Sains Pertanian | JPA | Amerika Syarikat & Australia |
| 7. | Bioteknologi | JPA | Amerika Syarikat, Kanada, Australia & United Kingdom |
| MARA | Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand | ||
| 8. | Kejuruteraan | JPA/MARA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom serta Jerman & Perancis |
| 9. | Sains Aktuari | MARA | Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand |
| 10. | Perakaunan | JPA | Australia, New Zealand & United Kingdom |
| MARA | Australia & New Zealand | ||
| 11. | Ukur Bahan | JPA | Australia |
| 12. | Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT |
JPA/MARA | Amerika Syarikat |
| 13. | Sains (Cth : Fizik, Kimia, Biologi, Astronomi, Geologi) | JPA | Amerika Syarikat & United Kingdom |
| 14. | Senibina | JPA | Australia, New Zealand & United Kingdom |
| 15. | Perancangan Bandar dan Wilayah |
JPA | Australia |
| 16. | Ekonomi | JPA | Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom |
| 17. | Pelancongan | JPA | Amerika Syarikat & Kanada |
| 18. | Sains Sosial (Contoh : Hubungan Antarabangsa / Sains Politik / Komunikasi/ Kemanusiaan / Bahasa) | JPA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada & United Kingdom |
| 19. | Ekonomi Islam / Perbankan Islam / Kewangan Islam |
JPA/MARA | Jordan & Mesir |
| 20. | Undang-Undang | JPA | Australia & United Kingdom |
| 21. | Sastera Ikhtisas (Contoh : Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kuantitatif, Sains Perpustakaan & Sains Maklumat) | JPA | Amerika Syarikat, Kanada & Australia |
| 22. | Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) | MARA | Amerika Syarikat |
| 23. | Pentadbiran Perniagaan | JPA | Amerika Syarikat & United Kingdom |
| 24. | Pergigian / Farmasi / Kejuruteraan | JPA | Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja) |
| 25. | Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial ( Ekonomi / Hubungan Antarabangsa / Sains Politik / Komunikasi / Pentadbiran Perniagaan ) |
JPA | Jepun – Program Akademik Jepun (Bumiputera sahaja) |
| 26. | Diploma Kejuruteraan Jepun(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) | JPA | Jepun – Program Teknikal Jepun/Korea |
| 27. | Diploma Kejuruteraan Korea(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) | JPA | Republik Korea – Program Teknikal Jepun/Korea |
| 28. | ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains |
MARA | Australia dan New Zealand |
| 29. | ProgramTenaga Pengajar – Sains dan Sastera Ikhtisas | JPA | Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities) – Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). |
Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian di atas boleh disemak di Syarat-syarat Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Lepasan SPM 2009 Di Bawah Program Ijazah Luar Negara.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
- Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010.
- Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
- Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor adalah pada 19 Mac 2010.
Temuduga
- Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
- Keputusan panggilan temuduga MARA : 30 Mac 2010
- Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 April hingga 8 April 2010.
- Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
- Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
- Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.
Masalah Teknikal
Semasa Mengisi Borang
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4435 dan 03-8316 4055.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan tajaan PILN 2010 adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2009 diumumkan.
Maklumat
- Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
- Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.
Pertanyaan
- JPA
Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my - MARA
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.
Sumber : Iklan Permohonan Tajaan JPA dan MARA
Related posts:






194 Comments