Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2011

SEGERA : Tarikh Tutup 24 September 2011
Permohonan adalah dipelawa daripada calon Bumiputera warganegara Malaysia untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana, Doktor Falsafah dan Profesional di Universiti Kuala Lumpur, Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja).

Sebelum ini MARA juga telah menawarkan penajaan bagi program pasca siswazah luar negara.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Syarat Kelayakan Asas

Bagi memohon penajaan MARA ini calon-calon mestilah memenuhi syarat asas berikut:

    1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
    2. Had umur pemohon bagi semua peringkat pengajian adalah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.
    3. Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
    4. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

  1. Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Profesional secara sepenuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Universiti Kuala Lumpur / Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja). Pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya.
  2. Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain untuk pengajian sebelum ini.
  3. Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  4. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja pada peringkat pengajian yang sama atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
  5. Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan secara bertulis daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  6. Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
  7. Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.
  8. Pertimbangan bantuan pinjaman pelajaran MARA adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.

Syarat Kelayakan Akademik

Bagi memohon penajaan MARA ini calon-calon mestilah memenuhi syarat akademik berikut:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya Kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DAN
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf DAN
  3. Telah diterima masuk ke IPTA / IPTS yang berkenaan

Kelayakan Kursus

  1. Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Badan Profesional yang berkaitan.
  2. Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research).

Tempoh Penajaan

Tempoh penajaan bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dan Profesional – 1 hingga 2 tahun
  2. Doktor Falsafah – 3 hingga 4 tahun

Pinjaman Pelajaran

Bagi kesemua peringkat pengajian, jumlah penajaan adalah tertakluk kepada kadar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

Sastera Sains Teknologi Senibina Veterinar Perubatan Pergigian Farmasi
Elaun Sara Hidup A 9,660 9,660 9,660 9,660 9,660 10,626
B 8,211 8,211 8,211 8,211 8,211 9,032
Elaun Buku 690 690 690 690 1,150 1,150
Elaun Alat Perkakas 115 230 345 575 575 575
Elaun Kertas Projek 173 173 173 173 173 173
Elaun Tesis 345 345 345 345 345 345

A = Kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor Bahru, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Selayang, Sepang, Sabah dan Sarawak.

B = Kawasan selain di A

  • Semua elaun di atas akan diberi untuk tempoh setahun kecuali elaun tesis hanya diberi sekali sahaja.
  • Yuran Pengajian pula adalah berdasarkan yuran yang dikenakan oleh universiti. Pemohon dikehendaki menyertakan struktur yuran pengajian semasa menghantar borang permohonan.
  • Jumlah penajaan di atas adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran di mana kadar bayaran balik minimum adalah sebanyak 25% daripada keseluruhan pinjaman, bergantung kepada prestasi pencapaian akademik pada akhir pengajian.

Permohonan

  1. Calon-calon perlu membuat permohonan secara online melalui http://eduloan.mara.gov.my
  2. Permohonan online itu perlu dicetak dan dihantar beserta borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
    • Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran
      Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup

  1. Permohonan penajaan MARA program pasca siswazah dalam negara 2011 akan ditutup pada 24 September 2011.
  2. Borang permohonan yang telah dicetak dan dokumen sokongan perlu dihantar dan sampai di alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011.
  3. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut atau tidak lengkap tidak akan diproses.

Keputusan Permohonan

  1. Sila layari laman web www.mara.gov.my bermula 21 Oktober 2011 untuk menyemak keputusan permohonan.
  2. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 31 Oktober 2011 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

  1. Sila rujuk juga laman web MARA, Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2011.
  2. Pertanyaan mengenai Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2011 boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-261 32075, 03-261 32057, 03-261 32043, 03-261 32061 dan 03-261 32073 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat infobpp@mara.gov.my.

3 thoughts on “Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2011

  1. Afeeqah Amalina says:

    asslamualaikum….saya ingin bertanya bilakah tajaan biasiswa mara akn di tayang kan? saya mengharapkan maklum balas.

  2. honey tangarine says:

    bila lg mara nk buka tajaan? sy terlepas permohonan 24 sept 2011..

  3. assalamualaikum,.. bilakah tajaan mara akan buka pada tahun ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.