Biasiswa JPA Bagi Pelajar Diploma Politeknik 2008

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2008/2009 untuk mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Permohonan ini terbuka kepada mereka yang mengikuti apa-apa bidang diperingkat diploma di mana-mana politeknik bagi sesi 2008/2009.

Mereka yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2007/2008 atau pada bulan Julai sesi 2008/2009
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain

Mereka yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Biasiswa yang akan diberi adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian sebagaimana yang ditetapkan oleh politeknik.

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara tiga sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja di laman web Permohonan Program Biasiswa Dalam Negeri (POLITEKNIK).

Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2008” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan hendaklah dimaklumkan kepada talian 03 8885 3550 dan 03 8885 3559.

Manakala sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3377/ 3380/ 3396/ 3424/ 3416 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.

Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 3 Ogos 2008.

TERKINI
Keputusan Permohonan Biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi sesi 2008/2009 telah boleh mula disemak sekarang di laman web eSILA.

Reblog this post [with Zemanta]

2 thoughts on “Biasiswa JPA Bagi Pelajar Diploma Politeknik 2008

  1. hello
    i just want 2 ask…..
    i had finished semester 1 in politeknik
    n iwant 2 apply JPA scholarship..
    is it can?????
    n how 2 apply…???
    help me i really need this scholarship..

  2. Yob,
    Bagi tahun 2009 iklan tawaran dijangka akan dikeluarkan pada bulan Julai nanti. Permohonan perlu dibuat secara online di laman web JPA.