Calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia bekas pelatih KKTM/IKM adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di luar negara di bawah Skim Tindikin Tenaga Pengajar (STTP).
Peringkat Pengajian
- Tawaran pinjaman STTP adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Pertama.
- Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2010 hingga bulan Februari 2011.
Bidang Pengajian
- Hanya terbuka untuk bidang pengajian kejuruteraan sahaja.
Syarat Akademik
- Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya
- Pencapaian CGPA 3.50 ke atas.
Syarat Umum
- Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Bekas pelatih KKTM/IKM.
- Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pengajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur termasuk MARA.
- Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej/Institusi/universiti.
- Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Matematik.
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.
Syarat Tawaran
- Wajib menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian IELTS atau 550/65 bagi ujian TOEFL.
- Perlu mendapat cuti belajar tanpa gaji/pengesahan perletakan jawatan dari majikan bagi calon-calon yang sedang berkhidmat. Calon-calon di dalam perkhidmatan tetap pendidikan/perguruan atau mempunyai ikatan perkhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
- Mendapat kelulusan penangguhan kontrak perkhidmatan/penangguhan bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
- Wajib hadir dan lulus kursus orientasi/kursus kenegaraan anjuran MARA-BTN.
- Pemohon mestilah telah manamatkan semester akhir pengajian pada tarikh permohonan dibuat.
Permohonan
- Borang permohonan boleh diperolehi dengan menyertakan/membawa sijil kelulusan akademik /transkrip keputusan peperiksaan yang berkaitan ke alamat berikut:-
- Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tingkat 20, Medan MARA, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
(U/P : Unit Pengantarabangsaan)
- Pengarah
- Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan menyertakan salinan sah sijil kelulusan akademik/transkrip akhir yang berkaitan serta sampul surat berukuran 25sm x 37sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem bernilai RM1.00.
- Hanya calon-calon yang layak sahaja akan diberi borang permohonan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan-salinan dokumen yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti di atas.
Tarikh Tutup
- Permohonan pinjaman MARA STTP ini perlu sampai di alamat di atas sebelum atau pada 31 Mac 2010.
- Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat rayuan tidak akan dilayan.
Maklumat
- Sila rujuk hebahan Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA Bagi Mengikuti Pengajian Di Institut Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010/2011 Di Bawah Skim Tindikan Tenaga Pengajar (STTP)
- Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tawaran pinjaman MARA STTP ini sila hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 / 3480 atau faks 03 2691 4510.
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by eputra: RT @eputra Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010-2011 STTP http://bit.ly/dtC3RA…
salam
i am tutor in one of da universities in m’sia..i’ve rejected spc mara last year because i thought i can get scholarship from KPT to further my master..then i have been informed dat KPT couldn’t afford to send tutor to oberc..so frustrated..but i believe, Allah knows da best for me..
salam,kemasukan pinjaman mara pengajian tinggi luar negara sesi 2010-2011da available ke belum ye?