Kerajaan Negeri Perak menawarkan pinjaman pendidikan kepada mereka yang layak untuk mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D.
Kelayakan Pinjaman
- Pemohon hendaklah mengikuti Kursus Pengajian Sepenuh Masa samada di peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D.
- Pemohon, ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
- Umur pemohon pada 1 Julai tahun semasa:
- Diploma – tidak melebihi 26 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 41 tahun.
- Sarjana Muda – tidak melebihi 36 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 41 tahun.
- Master Ph.D (Doktor Falsafah) – tidak melebihi 36 tahun. Bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan tidak melebihi 40 tahun.
- Syarat-syarat tambahan bagi pemohon-pemohon yang berjaya mendapat tawaran mengikuti Kursus Pengajian Tinggi Islam di Universiti-Universiti di Mesir dan Jordan adalah seperti berikut:
- Lulus Sijil Tinggi Agama Kerajaan Negeri Perak atau setaraf dengannya dengan mendapat kepujian (Jaiyid) serta lulus semua mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris.
- Lulus Diploma Kolej Islam Malaysia.
- Lulus Sijil Sekolah Menengah Arab atau yang setaraf dengannya.
- Lulus peperiksaan tahun akhir pengajian 2008/2009 bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Islam.
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan).
- Berumur tidak melebihi 26 tahun pada 1 Januari 2009 dan tidak melebihi 36 tahun jika sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Islam.
IPT Yang Ditaja
- Permohonan hanyalah untuk institut pengajian tinggi yang disenaraikan sahaja. Syarat ini dikecualikan untuk lepasan SPM.
Permohonan
- Semua permohonan hendaklah melalui Laman Web di alamat http://biasiswa.perak.gov.my/ atau melalui Laman Web Kerajaan Negeri Perak iaitu http://www.perak.gov.my/
- Pemohon wajib mencetak borang permohonan mereka dan mengemukakan sesalinan borang permohonan tersebut bersama salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diakui sah kepada alamat berikut:
- Setiausaha,
Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa / Pinjaman,
d/a Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30100 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
- Setiausaha,
Tarikh Tutup
- Semua borang permohonan berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke alamat di atas pada atau sebelum 30 Jun 2009.
Sila rujuk laman web Biasiswa Negeri Perak untuk mendapat borang permohonan dan maklumat yang lebih jelas.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=00c83e15-1ccb-489d-91ef-da86cccbf7dd)








hi,here i would like to ask abt the yayasan perak perak gives the money to those student born in perak.I already read about your rules & requirement.Here my question is ”IS IT YAYASAN PERAK gives money for those students persue their studies at Multimedia Universiti” ? For your information im born in perak and now persuing my studies at MMU.Is it any possible i can apply tis yayasan perak next year??