Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah membuka permohonan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor mulai 2 Februari 2009 yang lalu.
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon seorang warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada Pemohon atau Ibu/Bapa Pemohon yang lahir di Negeri Selangor atau Pemohon yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
- Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan, Kolej Inpens atau Unisel di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah pertama.
- Tidak mendapat Biasiswa / Pinjaman / Tajaan dari mana-mana pihak
- Mengisi Borang PP1 dengan lengkap dan menyerahkan kepada Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup penyerahan borang
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1 berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
- Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan terang penggunaan huruf besar.
- Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
- Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
– Surat beranak Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
– Kad pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
– Surat tawaran kursus peringkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertama - Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
- Sijil SPM / SPMV / STPM / SIJIL / Diploma dan lain-lain Sijil yang berkaitan
- Slip / Penyata Yuran Pengajian
- Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun Akademik /Semester (Jika Berkenaan)
- Penyata gaji terakhir daripada majikan (Bagi Ibu / Bapa / Penjaga yang bekerja)
Borang permohonan berharga RM3 boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor.
Maklumat lanjut mengenai borang sila hubungi : 03-55447480/7481/7482
Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada :-
Yayasan Selangor
Menara Yayasan Selangor
No.18A Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Bahagian Pinjaman Pelajaran)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 April 2009.
Sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.
Biasiswa yang di sediakan memang amat di harapkan tetapi tarikh penutupan bagi permohonan harap dipanjangkan untuk memudahkan orang yang ingin memohon biasiswa…………
Nabilah,
Sila berhubung dengan Yayasan Selangor di talian 03 5544 7480/7481/7482 untuk mengetahui bila permohonan boleh dibuat lagi.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya pelajar dari UITM ingin Yayasan Selangor mempercepat proses pembayaran wang pinjaman kepada saya dan rakan-rakan yang lain yang telah memohon pinjaman pelajaran negeri Selangor. Ini kerana saya telah berhenti membuat pinjaman daripada pihak PTPTN. Duit untuk membayar yuran pengajian terpaksa saya pinjam daripada sahabat saya memandangkan ahli keluarga saya tergolong dari golongan yang susah. Duit belanja saya yang ibu bapa bagi cukup hanya untuk belanja makan minum serta keperluan yang lain dan duit buku terpaksa saya lunaskan kemudian. Harap pihak kerajaan Negeri Selangor prihatin. Terima kasih.
Qysara,
Semoga masalah anda mendapat perhatian. Saya syorkan anda turut menghubungi pihak Yayasan Selangor.
Saya sudah hubungi pihak yayasan tetapi katanya pinjaman akan diperolehi pada pertengahan bulan 8 atau 9.
Qysara,
Di harap anda dapat bertahan dan bersabar sementara menunggu pembiayaan tersebut.
assalamualaikum..
mengikut persoalan qysara dianggarkan pinjaman akan dimasukkan segera dlm bulan 8 atau 9… namun kini sudah bulan 10 masih belum dimasukkan mengapa?
peperiksaan akhir semesta sudah hampir tiba sedangkan saya masih belum mampu melunaskan hutang piutang saya… kegagalan membayar boleh mengakibatkan saya tidak dibenarkan masuk peperiksaan..
bolehkah pihak yayasan memberitahu spesifik tarikh pinjaman dimasukkan?
sekiranya semesta ini pihak yayasan tidak sudi membantu saya…beritahu segera hakikat tersebut kerana saya sudah tidak mampu bertahan lagi..
Rimba89,
Salam… Diharap pihak Yayasan dapat membantu menyelasaikan masalah anda dengan segera.
assalamualaikum….
saya pelajar sem 2 dari UDM,saya telah membuat permohonan pinjaman yayasan tahun lepas dan telah diluluskan.
saya ingin bertanya,bilakah duit pinjaman tersebut dimasukkan?
awal bulan lalu bapa saya telah menghubungi pihak yayasan,katanya pada akhir bulan 1 @ awal bulan 2.oleh itu saya inginkan kepastian dari pihak yayasan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran yuran saya.
saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi kepastian dengan secepat yang mungkin.
terima kasih.
assalamualaikum…….
kpd pihak yg bertanggungjwb ats pmbyaran pinjaman plajaran kpd pelajar , sila maklumkan kpd kami tarikh bila pembyaran pnjaman akan dmasukkan ke dlm akaun kami…ini krna pihak yg berkenaan tlah mberitahu kami pd hjung bulan 1 @ awal bulan 2….kami tidak ingin tertanya2 tanpa sebarang reaksi dpd pihak yg terlibat….
agar kami boleh mpercepatkan proses pmbyaran yuran kami yg brakhir pd 4 februari 2010….agar pihak tbabit mberikan krjesama yg baik…….
sya dr seri iskandar…boleyh mintak no fon untuk memudahkan proses pertanyaan bkaitan p.selangor ni..kerjasama amat2 dihargai,,
assalamualaikum..
saya farahyuhana dari uitm seri iskandar bagi semester ke 2 pada tahun ini. saya telah membuat permohonan pinjaman kepada pihak tuan/puan, tetapi sehingga sekarang masih tiada sebarang reaksi oleh pihak tuan/puan. saya dimaklumkan pihak tuan/puan akan memasukkan pinjaman tersebut pada hujung bulan 1 atau awal bulan 2. jadi, boleh saya tahu bilakah tarikh sebenar pinjaman tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun saya kerana saya perlu membayar yuran pengajian sebelum 5.02.2010 ini.
sy nak tahu samaada terdapat biasiswa bg pelajar yg ingin melanjutkn pljrn ke peringkat ijazah.
1.Saya nak tahu bila pinjaman & biasiswa dari SUK Selangor (untuk peringkat ijazah di IPTS) akan di buka semula untuk permohonan.
2.Apakah perbezaan syarat ( kelayakan pemohon & institusi pilihan) diantara pinjaman dan biasiswa?
Assalamualaikum..
Saya juga mempunyai masalah seperti Qysara. Bilakah pihak yg berkenaan mahu memberikan kami wang bagi pinjaman tersebut? Saya pernah bertanya kepada pihak tersebut bilakah wang tersebut akan masuk semula untuk membiayai yuran pengajian saya? Pihak berkenaan mengatakan wang tersebut akan masuk sekitar Ogos ataupun September. Tolonglah.. Keluarga saya mempunyai masalah kewangan. Pada siapa lagi saya mahu meminta pertolongan? Saya akan digugur taraf sekiranya gagal membayar yuran pengajian tersebut. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah PTPTN tidak membayar yuran pengajian saya tanpa sebarang notis. Hampir-hampir saya digugur taraf sebagai pelajar UITM. Mahukah pihak berkenaan mahu bertanggungjawab?? Tolonglah bantu pelajar anak Selangor. Kami semua mahu hak kami segera ditunaikan..
sy pun nk tanya bila boleh dpt pinjaman tu…………..
if every sem dapat dean list or pointer 3.5 ke atas.adakah pinjaman 2 tidak perlu dibayar?