Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah membuka permohonan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor mulai 2 Februari 2009 yang lalu.
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon seorang warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada Pemohon atau Ibu/Bapa Pemohon yang lahir di Negeri Selangor atau Pemohon yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
- Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan, Kolej Inpens atau Unisel di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah pertama.
- Tidak mendapat Biasiswa / Pinjaman / Tajaan dari mana-mana pihak
- Mengisi Borang PP1 dengan lengkap dan menyerahkan kepada Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup penyerahan borang
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1 berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
- Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan terang penggunaan huruf besar.
- Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
- Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
- Surat beranak Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
- Kad pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
- Surat tawaran kursus peringkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertama - Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
- Sijil SPM / SPMV / STPM / SIJIL / Diploma dan lain-lain Sijil yang berkaitan
- Slip / Penyata Yuran Pengajian
- Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun Akademik /Semester (Jika Berkenaan)
- Penyata gaji terakhir daripada majikan (Bagi Ibu / Bapa / Penjaga yang bekerja)
Borang permohonan berharga RM3 boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor.
Maklumat lanjut mengenai borang sila hubungi : 03-55447480/7481/7482
Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada :-
Yayasan Selangor
Menara Yayasan Selangor
No.18A Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Bahagian Pinjaman Pelajaran)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 April 2009.
Sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors








Biasiswa yang di sediakan memang amat di harapkan tetapi tarikh penutupan bagi permohonan harap dipanjangkan untuk memudahkan orang yang ingin memohon biasiswa…………