Program Diploma Vokasional Malaysia Di Kolej Swasta 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa para pelajar yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bagi tahun 2014.

Program Diploma Vokasional Malaysia

Syarat Kemasukan

Syarat Umum kelayakan memohon DVM

  • Warganegara
  • Telah menduduki PMR 2013
  • Tingkatan 4 tahun 2014
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas dari sakit kronik
  • Tidak rabun warna
  • Berminat dengan bidang yang dipohon

Syarat Akademik kelayakan memohon DVM

  • Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut;
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Sains
    5. Kemahiran Hidup

Kecuali kursus Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology

  • Memperolehi sekurang-kurangnya Gred D dalam lima mata pelajaran di atas.

Kecuali kursus Teknologi Mekatronik (Robotik)

  • Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut;
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
  • Serta Lulus dalam pelajaran berikut;
    • Bahasa Inggeris
    • Kemahiran Hidup
    • Sains

Syarat Khusus Kursus DVM

  • Subsea Welding Technology
    • Calon mesti mempunyai sijil pemeriksaan perubatan selam iaitu Medical Fitness To Dive
  • Penjanaan Kuasa Elektrik
    • Hanya terbuka kepada pelajar LELAKI sahaja

Institusi Pendidikan & Kursus

Bagi pengambilan kemasukan Program Kolej Vokasional Tahun 2014 melibatkan kolej swasta berikut:

  • Enter Coridor Sdn Bhd, Klang, Selangor
    • Teknologi Mekatronik (Robotik)
  • Septronic Skills TRaning Centre, Bukit Beruntung, Selangor
    • Collision Repair Reengineering Technician
    • Golf and Resort Operation Maintenance Technician
  • Auto Prima Technology Training Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor
    • Autotronik
  • PPKS Ilmu Sdn Bhd, Kuching, Sarawak
    • Penjanaan Kuasa Elektrik
  • JT Akademi Sdn Bhd, Kuching, Sarawak
    • Subsea Welding Technology
    • Oil & Gas Welding Technology
  • Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan
    • Aviation (Ground Handling-Ramp Services)

Maklumat lanjut berkaitan program di atas boleh diperolehi di Info Kursus.

Kemudahan

Yuran pengajian, makan dan penginapan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Permohonan

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemasukan Program Diploma Vokasional Malaysia di IPS ini adalah 15 Ogos 2014.

Temuduga

Mereka yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Sesi temuduga akan diadakan pada 18 & 19 Ogos 2014.

Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat secara online dari 21 – 24 Ogos 2014.

Rayuan

Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat permohonan rayuan dengan datang sendiri di institusi yang berkenaan.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan permohonan Program Diploma Vokasional Malaysia ini sila hubungi;

  • Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Telefon: 03-8884 5154/ 5088/ 5086/ 5089/ 5068/ 5104/ 5067

Comments (15)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bila keputusannya yak
Kalau nak buat rayuan kena buat surat ke ?
1 reply · active 557 weeks ago
Datang sendiri ke kolej/institut/pusat latihan untuk buat rayuan
tpi kmy skrng pt3 bkn pmr.......sistem dya sma jgk ka
pljar lepasan pmr 2013 blh lg ka memohon utk mndaftar ke kolej vokasional 2015?
sekarang kan dh pt3..proses dia sma jgk ka?
Kemasukan untuk tahun 2014 untuk tingkatan 4 dah keluar ke..??
Permohonan utk 2015 bila ye?
kalo amik kolej jauh semua kerajaan bayar ke??
lpstu kalo contoh amik kt semenanjung flight sp byr??
mohon penjelasan
kalau nk mendaftar boleh ke? sekarang
nurhalimatun saadiah bt rahim's avatar

nurhalimatun saadiah bt rahim · 534 weeks ago

Nak tahu pembukaan tahun 2015
Buat pengetahuan smua. Bagi yg dpt belajar jauh dari negeri sendiri. Tiket flight x ditanggung.
nrlfrhnszmr's avatar

nrlfrhnszmr · 496 weeks ago

permohonan untuk ambilan 2016 bila dikeluarkan ? atau adakah sudah tidak ditawarkan?
Untuk pelajar partikal ada ke? Kursus vto

Post a new comment

Comments by