Rayuan Program Diploma UiTM 2011 Lepasan STPM & Setaraf

Para pelajar Bumiputera lepasan program asasi, kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal mendapat tawaran meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti kini mempunyai peluang kedua melanjutkan pelajaran.

Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan kepada lepasan asasi, matrikulasi dan STPM ini untuk melanjutkan pelajaran diperingkat diploma di UiTM. Sebelum ini UiTM juga telah menawarkan permohonan kemasukan ke UiTM bagi sesi 2 2011.

Penawaran ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada pelajar berkenaan kerana mereka adalah golongan muda yang bijak selepas mendapat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya mendapat tawaran ke asasi dan matrikulasi. Namun, atas sebab-sebab tertentu ketika mengikuti program asasi dan matrikulasi, keputusan mereka tidak cemerlang sekali gus gagal menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

Syarat Am

  • Bumiputera
  • Keputusan yang baik dalam SPM
  • Telah tamat Asasi, Matrikulasi atau STPM

Cara Memohon

  • Menulis satu surat rayuan yang sekurang-kurangnya mempunyai butiran nama, alamat, nombor kad pengenalan dan bidang pengajian yang diminati.
  • Sertakan salinan keputusan peperiksan SPM dan salinan keputusan pengajian yang berkenaan samada STPM, asasi, atau matrikulasi.
  • Surat rayuan dan salinan dokumen di atas perlu dihantar kepada
    Pejabat Naib Canselor,
    Aras 6,
    Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
    Universiti Teknologi Mara,
    40450 Shah Alam,
    Selangor.
  • Untuk memudahkan urusan pemilihan, pemohon hendaklah menulis RAYUAN KE PROGRAM DIPLOMA di sudut kiri sampul surat berkenaan.

Pemilihan

  • Rayuan pemohon akan dipertimbangkan, dan sekiranya layak dan bersesuaian, pemohon akan ditawar melanjutkan pelajaran di mana-mana kampus cawangan UiTM berdekatan di seluruh negara.
  • Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang selepas tiga semester pengajian akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah sarjana muda. Ini bagi memendekkan masa pengajian pelajar berkenaan bagi mendapatkan ijazah.

Tarikh Tutup

Surat rayuan program Diploma UiTM ini hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Oktober 2011.

Keputusan

  • Pihak UiTM akan menghubungi terus pemohon sekiranya mereka diterima masuk.
  • Mereka yang mendapat tawaran akan mendaftar dan memulakan pengajian pada 16 November 2011.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke UiTM ini boleh menghubungi talian 03 5544 3164/  3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau fax 03 5544 3170.
  • Kenyataan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkenaan rayuan program diploma ini boleh dibaca di Harian Metro.

22 thoughts on “Rayuan Program Diploma UiTM 2011 Lepasan STPM & Setaraf

  1. […] Rayuan Program Diploma UiTM 2011 Lepasan STPM & Setaraf […]

  2. […] Sila rujuk Rayuan Program Diploma UiTM 2011 Lepasan STPM & Setaraf […]

  3. salam,

    boleh tak bagi contoh surat rayuan.

  4. kalu yg dh dpt diploma tu mcm mana? lepasan stpm jgk..tp ms isi uitm gna result spm..blh x ikut serta dgn program ni jgk? untuk memendekkn masa bg mndpt ijazah?

  5. salam buat surat rayuan n than terus je blh hntr?? xpyah beli pin kod k???

  6. siti aisyah says:

    kalau boleh la tawaran ni kan lau nk cancel blh x??

  7. cam ne nak buat pilihan kos ea?

  8. saya nak tanya kawan sy telah menghantar surat rayuan sebelum 15 okt.
    pihak uitm memhubungi dan memberitahu kawan sy bahawa surat yg diterima lambat…
    disini timbul kekeliruan apabila di surat khabar tarikh tutup 10 okt manakala dihalaman ePutra 15 okt…

    • Salam Nabilah, tarikh tutup 15 Oktober tersebut kami perolehi daripada akhbar Harian Metro yang melaporkan kenyataan Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai tawaran permohonan ini. Kami tidak tahu ada akhbar lain yang melaporkan tarikh tutup yang berlainan.

  9. adakah keputusan rayuan ini sudah keluar????

  10. NUR AIN BINTI AHMAD TARMIDZI says:

    salam,macam mana nak tahu keputusan permohonan diterima atau tidak???? bagi program diploma lepasan stpm yang pihak uitm tawarkan peluang kedua tu?????

  11. Salam,boleh saya tahu,untuk tahun 2012 ni,ade tak lagi dibuka untuk rayuan ni?

  12. insan buntu says:

    assalam…saya nk bertanya,bila boleh wat rayuan ,melalui surat untuk pengambilan diploma lepasan stpm dan setaraf untuk sesi november 2012.?saya adalah lepasan matrikulasi yg berminat untuk membuat rayuan..

  13. masa depan says:

    assalam…saya nk bertanya,bila boleh wat rayuan ,melalui surat untuk pengambilan diploma lepasan stpm dan setaraf untuk sesi november 2013.?saya adalah lepasan matrikulasi yg berminat untuk membuat rayuan..

  14. Salam, kalau nak buat rayuan untuk ke program diploma utk lepasan SPM 2013 apa alamatnya ya?

  15. boleh bertanya , memang wajib ke hantar surat di pejabat canselor..?….hantar surat melalui pos boleh jugak ke…?……bertanya untuk kepastian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.