Keputusan penempatan calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) untuk memasuki Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 sudah boleh disemak mulai 3 Jun 2010.
Semakan Matrikulasi PDT
Semakan penempatan Matrikulasi PDT boleh dibuat dengan dua cara.
Semakan Melalui Internet
- Di laman web Kementerian Pelajaran di Keputusan Penempatan Calon Program Matrikulasi Dua Tahun.
- Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor giliran Lembaga Peperiksaan.
Semakan Melalui SMS
Keputusan penempatan calon Matrikulasi PDT ini boleh juga disemak melalui sms seperti berikut;
- Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888
Contoh : MOE MAT 760704085973
Pendaftaran
Mereka yang berjaya dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing pada 14 Jun 2010 ini.
Sila pastikan segala keperluan yang dinyatakan dalam dokumen surat tawaran telah disediakan ketika datang mendaftar.
Jika masih belum menerima surat tawaran, perkara yang perlu dibawa bersama semasa mendaftar adalah:
- Wang tunai RM 290.00.
- 4 keping gambar berukuran passport.
- 2 keping setem hasil RM 10.00 (Berjumlah RM 20.00).
- Salinan Mykad pelajar, ibu dan bapa.
- Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa yang telah disahkan (jika belum disahkan sila bawa dokumen asal bersama supaya dapat disahkan oleh pegawai kolej).
- Salinan buku akaun BSN pada halaman yang tertera no akaun.
Maklumat
- Sila rujuk Panduan Pendaftaran Program Dua Tahun (PDT) (ini yang dikeluarkan untuk sesi 2009, gunakan sebagai panduan sahaja).
- Sila hubungi terus Kolej Matrukulasi yang ditawarkan atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan.
Adik saya telah pun mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi seperti yang diinginkannya tetapi bolehkah dia memohon PTPTN? Semasa membuat permohonan, tiada ruang untuk Kolej matrikulasi. Mengapa dan sebenarnya bolehkah dia memohon PTPTN?
kat kolej matrikulasi nanti kerajaan ada bagi elaun…tak perlu pinjam ptptn..
Apa bezanya matrik 1 tahun & 2 tahun? Saya dapat chemi D, tp leh plak dpt Sains… Btw, Alhamdulillah! =')
Sila rujuk Maklumat Program Matrikulasi untuk maklumat mengenai PST dan PDT.
alhamdulillah..dpat sains, p ri 2ckp nk bg akaun..huhuh
sya pun sama dapat sains. dapat matriks melaka.
saya dapat matrik 2 tahun aliran sains, tapi tak fahamla sains hayat ke sains fizikal?
saya dapat sisipan dalam surat yang pihak matrik hantar, ada dua modul
saya sendiri tak faham modul bende tu???
salam, saya dapat matrik pdt aliran sains
saya tak faham la bende yang dikatakan modul 1dan modul 2
saya ni sebenarnya sains fizikal atau hayat? tolongla
Salam… Modul I akan menjurus kepada Aliran Sains Hayat manakala Modul II akan menjurus ke Aliran Sains Fizikal.
salam, adakah mereka yang ditawarkan matrik pdt perlu mengambil modul 2?
adakah mereka yang dapat matrik aliran sains ini boleh memilih untuk ke sains hayat atau ke sains fizikal walaupun mereka berbeza program(1 atau 2 tahun)?
Salam… setahu saya anda boleh memohon utk menukar modul/aliran bergantung kepada minat, keputusan SPM dan kelulusan pihak Matrikulasi.
sdihnya x dpt…x da rzeki
saya dapat matrikulasi 2 tahun (pdt)…. tapi masalahnya… ayah saya penduduk tetap (dah 40 tahun)… ibu saya pulak pakai passport… org indonesia.. patut ke saya pergi mendaftar? nanti sampai sana.. x pasal2 pulak saya disuruh balik…….
salam ~~
saya dapat tawaran ke matriks untuk PDT.
saya nak tanya, dakah saya tidak akan dapat surat tawaran?
atau saya kena print out surat tawaran tersebut di website semakan?
salam,
saya mendapat tawaran untuk melanjutkan plajaran di kmns,
untk program dua tahn. tapi sampai skrg sy belum menerima sura tawaran.
apa yang seharusnya saya lakukan?
Salam… anda boleh terus sahaja datang mendaftar pada hari yang ditetapkan. Pastikan anda sediakan keperluan yang dinyatakan di atas. Anda boleh juga menghubungi KMNS untuk mendapatkan kepastian.
hye hye! sy dpt kmns gak.. surt twaran pn da dpt,2 ari lps..
saya dapat tawaran kmns untk program 2 thn. n sy dpt tawaran uitm diploma pengurusan bank di jb..nk mnta pndpt nk plih mne 1 lbih baik n ape alasannye la..thanks…
Kedua-duanya ada kelebihan, penentunya adalah apakah minat dan cita-cita anda… pilih mana yang boleh memenuhi kedua-dua itu.
alamak….bapa saya tak ada surat beranak tapi ada mykad……….so,macam mana??
boleh buat carian kat pejabat pendaftaran
salam betul ke kalau kita dh mendaftar matrik pdt ni nama kita akan digugurkan dari erayuan? please jawab soalan saya. terima kasih.
Setahu saya mereka yang telah mendaftar di Matrikulasi masih berpeluang dalam proses e-rayuan.
npe msih xdpt surt twaran………risau la plak………..????????
Anda boleh hubungi terus Kolej Matrikulasi yang tawarkan.
salam… saya masih belum menerima surat tawaran dari KMPP.. walaupun hari pendaftaran sudah semakin dekat… rakan2 saya yang lain pula sudah mendapat surat mereka… ada rakan yang tinggal berdekatan juga sudah mendapat surat…apa yang perlu saya buat jika tidak menerima surat tawaran sehingga hari pendaftaran???
Anda boleh terus sahaja datang mendaftar dengan membawa perkara yang dinyatakan di atas. Utk kepastian anda boleh juga hubungi terus KMPP.
Assalamualaikum…saya nak tanya saya baru sahaja dapat surat tawaran matrikulasi pulau pinang, tetapi saya dapat hari jumaat 11jun …bank bsn pun dah tutup x sempat nak buka akaun…mcm mane yer ? kene daftar pada hari isnin 14 jun..tolong saye
saya baru sahaja dapat surat tawaran matrikulasi PDT pada 11 jun iaitu hari jumaat..waktu itu pun bank BSN sudah tutup, saya tidak sempat untuk membuka akaun…saya kene daftar pada 14 jun..(isnin) …tolong saya
Anda boleh terus pergi mendaftar esok. Biasanya pihak BSN ada membuka kaunter di sana untuk urusan pembukaan akaun.
matrik 2 thn ni kite ade apply ke sblom ni or just mtrk yg twrkn tnpa perlu memohon?
chem sy D ada peluang
masuk mtx ka
camne nak byar utk yuran matrikulasi ? bank-in kan ? abis tu no akun ?