TERKINI :
- Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2009 sudah boleh dibuat mulai 3 Jun 2009.
Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2009/2010 boleh menyemak keputusan pengambilan mulai 17 April 2009.
Semakan boleh dibuat dengan tiga cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888
Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888 - Telefon terus ke nombor 03 8884 4100
Mereka yang berjaya perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009.
Manakala mereka yang gagal boleh membuat rayuan mulai 17 April 2009 sehingga 30 April 2009.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Oshintsro,
Salam… memang perbezaan yang utama adalah masa, matrikulasi PST cuma 2 semestar (1 tahun) manakala PDT 4 semestar (2 tahun) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
Pelajar PDT dikehendaki mengikuti salah satu daripada dua modul yang disediakan pada tahun pertama pengajian matrikulasi.
Pelajar yang mengambil Biologi dalam SPM dikehendaki mengambil modul 1 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Bahasa Inggeris. Manakala modul 2 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris bagi pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM.
Pada tahun kedua, pelajar PDT akan digabungkan dengan pelajar PST dan wajib mengambil tiga mata pelajaran teras dengan menggugurkan satu mata pelajaran mengikut modul yang diambil. Modul 1 matapelajaran Biologi atau Fizik, modul 2 matapelajaran Sains Komputer. Selain daripada tiga mata pelajaran teras, pelajar wajib mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral, Dinamika Kemahiran, Ko-kurikulum dan Sains Informatik (pelajar yang mengambil Sains Komputer pada tahun pertama dikecualikan).
Pelajar PST pula terdiri daripada jurusan Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Sains Teknikal. Jumlah matapelajaran adalah mengikut jurusan masing-masing.
Kedua-dua PST dan PDT disasarkan kepada kelompok yang berbeza bergantung kepada jurusan dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.
sallam..kite dapat matrix peneng..em mula2 kena tngl family cidih..tapi demi mengejar cita2 kite teruskan perjuangan ini
Nurul91,
Semoga anda akan cemerlang di sana.