TERKINI : Keputusan Ke Kolej Matrikulasi Program Satu Tahun Sesi 2009/2010
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon program matrikulasi Kementerian Pelajaran bagi sesi 2008/2009 boleh mengetahui keputusan itu mulai 16 April ini.
Tarikh pendaftaran bagi penuntut baru matrikulasi ialah pada 12 Mei manakala surat tawaran dan maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara yang berkenaan.
Terdapat tiga cara keputusan permohonan masuk ke matrikulasi ini boleh disemak;
- Membuat semakan menerusi laman web Kementerian Pelajaran dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.
- Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 33778, mereka perlu menaip perkataan MAT (jarak) nombor kad pengenalan.
- Menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4100 bermula 16 April ini mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang.
Sementara itu, bagi proses rayuan untuk pelajar yang layak tetapi gagal mendapat tempat, mereka boleh melampirkan salinan keputusan SPM yang disahkan dan dihantar ke Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, tidak lewat daripada 30 April 2008.
Keputusan rayuan boleh diketahui pada 26 22 Mei menerusi tiga cara juga iaitu;
- Membuat semakan menerusi laman web Kementerian Pelajaran dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.
- SMS dengan menaip perkataan MAR (jarak) nombor kad pengenalan ke talian 33778.
- Menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4100 bermula 26 Mei dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang.
Sejumlah 26,000 tempat ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 bagi mengikuti program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran dengan 80 peratus jurusan Sains dan bakinya Perakaunan bagi sesi akademik 2008/2009.
Jumlah itu meningkat kira-kira 2,000 atau 8.3 peratus berbanding 24,000 tempat disediakan bagi kemasukan sebelumnya. 23,000 akan mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), manakala baki 3,000 lagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sembilan Kolej Matrikulasi di Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Perak, Kedah dan Pahang serta Kolej Mara Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang, di Kedah. Semua kolej terbabit menawarkan program PST dan PDT kecuali Kolej Matrikulasi Perlis serta dua Kolej Mara yang hanya menawarkan PST.
Bagi pelajar yang ditawarkan PST, mereka dibenarkan membuat pilihan memasuki PDT sekiranya mahu sebelum sesi pengajiannya bermula. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dulu mendaftarkan diri bagi mengikuti PST. Sebaliknya, calon yang memperoleh tawaran memasuki PDT tidak boleh bertukar kepada program setahun.
Syarat sedia ada menetapkan lulusan SPM yang ingin mengikuti program matrikulasi jurusan Sains, mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Kimia, selain 4B Matematik.
Bagi jurusan Perakaunan pula, syarat minimumnya ialah memperoleh 6C dalam BM, BI, Matematik serta mana-mana dua mata pelajaran Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan/Lukisan Kejuruteraan, selain 7D Matematik Tambahan.
Program matrikulasi ini memberi penekanan seimbang antara akademik dan kokurikulum bagi menyediakan pelajar berilmu dan berketrampilan serta mempunyai kualiti diri khususnya daya kepemimpinan tinggi. Buktinya jelas apabila ramai lulusan program ini berjaya melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara setiap tahun.
Terkini 22 Mei 2008 :
Keputusan penempatan calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi ambilan kedua dan calon rayuan boleh disemak di Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) dan Calon Rayuan Ambilan Kedua Sesi 2008/2009 mulai 22 Mei 2008.
Related posts
Sponsors








let’s check tomorrow..!!!