Rayuan Permohonan Ke Program Matrikulasi Sesi 2009

TERKINI :

Keputusan permohonan ke Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) Sesi 2009 telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran pada 17 April 2009 yang lalu. Manakala keputusan permohonan ke Matrikulasi Program Dua Tahun (PDT) Sesi 2009 akan boleh mula disemak pada 3 Jun 2009.

Memandangkan terdapat begitu banyak permohonan dan tempat yang terhad tidak semua pemohon yang layak akan berjaya dipilih. Pemohon berkelayakan yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan.

Rayuan boleh dibuat melalui internet atau secara bertulis. Di dalam surat rayuan bolehlah dinyatakan sebab-sebab yang boleh menyokong rayuan anda seperti kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum, keazaman untuk mengikuti program Matrikulasi dan latarbelakang keluarga.

Salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan perlulah dilampirkan bersama surat rayuan. Begitu juga jika ada dokumen lain yang disertakan perlu telah disahkan.

Sila hantar surat rayuan anda kepada Bahagian Matrikulasi, Aras 6, Blok E15, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, sebelum 30 April 2009 ini.

Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009 melalui laman web Kementerian Pelajaran.

Pemohon juga boleh menyemaknya dengan menghantar SMS dengan menaip MOE jarak MAR jarak nombor kad pengenalan pelajar dan hantar ke 15888 ataupun menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03 8884 4100.

Hanya mereka yang gagal dan membuat rayuan sahaja akan dipertimbangkan untuk memasuki program Matrikulasi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
130 Comments Post a Comment
  1. liyana says:

    hai bdk baik……
    thniah utk awk jgk
    dpt kat kedah..kmk changlun..
    awk dpt ktner?

  2. budak baik says:

    saya dapat matrik arau, perlis…. tapi saya ada kawan sekelas dapat matrik changlun gak. ari isnin ni daftar kan???

  3. liyana says:

    ooo.hehe……
    emm hari isnin ni dftar…
    awk dftar bile?

  4. budak baik says:

    sama la ari isnin ni…good luck for you liyana

  5. jee says:

    nk tnya,,
    sy xdpat mtrik 1thn.
    then yg rayuan utk 2nd intke 1thn pon xdpat.
    so,,cmna sy nk tau rayuan utk 2thn ada ke x??
    plezz tell me..

  6. hikari says:

    @liyana : sy dpt kmk gak…tp xsmpat nk prepare account bank rakyat n bnda2 per lg ntah yg banyak tuu…so,sy daftar ari selasa… i’m from perlis. liyana owg mne? jmpe kt sne nnt ek~

  7. budak baik says:

    sama la hari isnin ni…good luck for u liyana. nanti awk jumpa kawan saya nurul hidayah bt baharuddin, asal perlis

  8. nilam says:

    Budak Baik,
    Salam… Selepas mendaftar, mereka yang ingin menukar jurusan memang boleh membuat permohonan. Semoga anda cemerlang di Arau nanti!

    Hanna,
    April 2011.

    Liyana,
    Saya pun rasa sedemikian berdasarkan keputusan mereka yang telah berjaya masuk ke Matrikulasi. Semoga anda cemerlang di Changlun nanti!

    Ayen,
    Salam… Sepatut ada tetapi untuk kepastian cuba hubungi Kolej Matrikulasi anda. Apa2 pun semoga anda akan cemerlang di sana nanti.

    Jee,
    Untuk PDT anda hanya perlu tunggu dan semak pada 3 Jun ini.

  9. hunny says:

    hello…
    in this time still boleh buat rayuan x?
    bile lagi ye pemohonan ke matrikulasi akan dbuka?

  10. fadzilah says:

    betul ke kalau kita dah dapat f6 tak dapat matrik?

  11. izy says:

    sye dpt mtrik pahng utk 2 thun.
    tp bile sye abs bljr.??

    sorry blom bljr dh tnye
    nk abs bljr..
    tp sye nk tau jgk

  12. nabilah says:

    kpd nilam..
    alhamdulillah sy dpt pdt mtrx dkt n9..
    smue kwn2 sy yg lain pn dkt n9..
    adkah kami2 yg “kurang layak” sblum ni smue mmg diletakkan dekat n9..?
    rakan sy pnah ckap,mtrx n9 ni “kurang sikit”..xpandaila mksudnye..

    ada tak cara untuk sy tukar pnempatan..?
    sy xde msalah ksihatan..
    kembar pun xde..

    mcm mne ni nilam..?
    ermm..kalau sy pkai braces gigi & perlukan rwatan skurang2 nya 2 mggu sekali,boleh di jadikan alasan ke..?
    tp sy buat rwatan di private klinik..

    help me nilam..
    sy mau dkat tgkak je..
    ishk3..

  13. izy says:

    terlupa tnye…

    cuti matrik 1thn n 2 thn sme ke.??

    plse jwp nilam ni pntg..!!

  14. nilam says:

    Hunny,
    Hanya selepas keputusan PST sahaja boleh membuat rayuan.
    Permohonan ke Matrikulasi akan dibuka pada bulan Julai ini tetapi untuk pelajar SPM 2009 sahaja.

    Fadzilah,
    Tak benar, setahu saya mereka yang ada membuat permohonan akan dipertimbangkan sehinggalah ke PDT.

    Izy,
    Anda akan tamat belajar pada bulan April 2011.
    Tidak sama, untuk PST; Cuti Pertengahan Semestar 1 20 Julai – 2 Ogos, Cuti Semestar 26 Okt – 8 Nov, Cuti Pertengahan Semestar 2 11 Jan – 24 Jan dan tamat pada 18 April.

    Untuk PDT; Cuti Pertengahan Semestar 1 10 Ogos – 23 Ogos, Cuti Semestar 2 Nov – 15 Nov, Cuti Pertengahan Semestar 2 4 Jan – 17 Jan dan tamat tahun pertama 28 Mac 2010. Pelajar PDT yang lulus tahun pertama akan mendaftar pada bulai Mei 2010.

    Nabilah,
    Tahniah kerana telah berjaya ke Matrikulasi PDT. Memang sukar untuk menukar kolej tanpa ada alasan kesihatan dan saudara kembar. Malah alasan untuk rawatan gigi setiap dua minggu itu pun tidak kuat sebab mereka akan kata anda boleh pergi semasa hujung minggu.

  15. mieza.... says:

    erm..assalamualaikum…
    sy nak tyer..
    kalau dah dpt PDT, agaknya bila surat tawaran akan sampai yer?

  16. nabilah says:

    yeke..?
    ishk2..
    sdihnye x dpat tuka..
    uwaaa..=/
    blaja tuk redha..
    ishk2..

    tp..n9 lg jauh dr tangkak..
    huuuuu…

  17. nilam says:

    Mieza,
    Salam… Surat tawaran akan dihantar oleh kolej matrikulasi anda dan dijangka sampai selewat-lewatnya awal minggu depan. Jika masih tidak menerima surat tawaran sila hubungi kolej matrikulasi anda.

    Nabilah,
    Tidaklah jauh sangat dibandingkan jika ditempatkan di Kolej Matrikulasi Kedah atau Perlis. Apa yang penting anda fokus untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang di sana nanti.

  18. fadila says:

    alhamdulilah, sy dapat jga akhirnya dekat labuan…tpi sy mc lgi xpasti tntang ma3x…rmai yg terkandas x dapat masuk u..

  19. fadzilah says:

    alhamdulilah………saya dapat matrik pdt di phg..ada sesiapa lain yang dapat sama ngan saya???

  20. fadzilah says:

    izy awak tinggal kat mana?kptsn spm awk bape?

  21. izy says:

    fadzlah..sye tgl ke pekan pahng je..
    so, dkat lah..
    sye 3a 1b 4c 1d…
    awk plak.??
    dok mne.?
    nnti kite jmpa lah k..

  22. nilam says:

    Fadila,
    Tahniah kepada anda dan mereka yang terpilih untuk memasuki Matrikulasi PDT. Perlu diingatkan selepas matrikulasi anda perlu bersaing dengan lepasan STPM, Asasi dan Diploma untuk mendapat tempat di universiti bagi mengikuti program peringkat ijazah.
    Oleh itu pastikan anda fokus dan buat yang terbaik semasa di matrikulasi bagi memastikan tidak terkandas untuk ke universiti.

  23. fadzilah says:

    saya dapa 6a,2b,2c,1d
    saya tingaal kat ulu tiram..
    ok nanti kte jumpa ye..awak dapat sains ke?

  24. izy says:

    aah sye dpt sn..
    awk.?
    haha

    nilam sllu nye brpe ramai bdk
    yg dpt 2 thn utk 1 matriklasi

  25. Emelly says:

    halo semua..sesiapa dapat tawaran matrik PDT kat labuan? sy dpt kat sana tetapi lum lagi dapat surat tawaran..sy tak sangka dapat PDT dan berharap sesiapa dapat tawaran PDT matrikulasi, semoga kita dapat melakukan yang terbaik kat sana..

  26. nilam says:

    Izy,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya tetapi biasanya bergantung kepada kapasiti kolej yang berkenaan.

  27. fadzilah says:

    nilam,
    kalau pdt, apa2 sbjk dia kita kena belajar?

  28. fadzilah says:

    kalau raya macam mane plak cutinye kalau program dua tahun???

  29. saya laa.. says:

    spa dpt KMK(changl0o0oon)???

  30. nilam says:

    Fadzilah,
    Tentang matapelajara sila rujuk komen saya di sini.
    Tentang cuti raya, buat masa ini saya tidak pasti mungkin ada tambahan cuti 3 hari.

    Saya laa…,
    Tahniah.

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.