Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Ambilan Kedua 2014

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 boleh disemak mulai 24 Februari 2014 lalu.

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di SBP Kementerian Pendidikan Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Januari dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Ambilan Kedua ini boleh dibuat mulai 24 Februari 2014.
  • Keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP boleh disemak di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2014 Ambilan Kedua.
  • Keputusan e-Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran semasa pengambilan pertama.

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03 8321 7400.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.