Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011 dijadualkan akan diumumkan pada 7 Mac 2012 ini. Keputusan STPM tahun ini agak lewat berbanding dengan dua tahun lepas. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 21 Februari 2011 dan tahun sebelumnya pula pada 25 Februari 2010.

Keputusan STPM 2011

Seramai 50,602 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2011. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.

Keputusan STAM 2011 telah diumumkan lebih awal iaitu pada 26 Januari 2012 yang lalu. Manakala  keputusan peperiksaan SPM 2011 pula akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Mac.

Semakan Keputusan STPM 2011

Para calon yang menduduki peperiksaan STPM boleh mendapatkan keputusan mereka seperti berikut:

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
  2. Secara pos bagi calon persendirian.
  3. Secara SMS dengan menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.
  4. Semakan keputusan STPM secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12.00 tengahari hari tersebut.

Permohonan Ke Universiti

Setelah menerima keputusan masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPTA bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan.

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keputusan STPM 2011 ini boleh dikemukakan kepada sekolah masing-masing atau Majlis Peperiksaan Malaysia di talian telefon 03 6136 9663, faks 03 6136 1488 atau e-mel ppa@mpm.edu.my
  • Maklumat tarikh keputusan peperiksaan STPM 2011 ini diperolehi dari laman Facebook Kementerian Pelajaran Malaysia.

One thought on “Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2011

  1. […] 2013 ini. Keputusan STPM tahun ini lewat sedikit berbanding dengan tahun lepas. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 7 Mac 2012. Seramai 51,673 calon telah menduduki peperiksaan STPM […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.