Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 dijadualkan akan diumumkan pada 18 Mac 2013 ini. Keputusan STPM tahun ini lewat sedikit berbanding dengan tahun lepas. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 7 Mac 2012. Seramai 51,673 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2012.

Keputusan Peperiksaan STPM 2012

Maklumat tarikh keputusan peperiksaan STPM 2012 ini diperolehi dari laman portal berita The Star.

Keputusan STAM 2012 telah diumumkan lebih awal iaitu pada 30 Januari 2013 yang lalu. Manakala keputusan peperiksaan SPM 2012 pula dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan atau minggu terakhir bulan Mac.

Semakan Keputusan STPM 2012

Para calon yang menduduki peperiksaan STPM boleh mendapatkan keputusan mereka seperti berikut:

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
  2. Secara pos bagi calon persendirian.
  3. Secara SMS dengan menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.
  4. Semakan keputusan STPM secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12.00 tengahari hari tersebut.

Permohonan Ke Universiti

Setelah menerima keputusan masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPTA bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan.

Keputusan Penggal 1 STPM 2013

Calon yang menduduki peperiksaan STPM 2013 boleh mendapatkan keputusan penggal 1 mereka pada 21 Mac 2013 ini. Cara membuat semakan sama seperti keputusan STPM 2012.

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keputusan STPM 2012 ini boleh dikemukakan kepada sekolah masing-masing atau Majlis Peperiksaan Malaysia di talian telefon 03 6136 9663, faks 03 6136 1488 atau e-mel ppa@mpm.edu.my

2 thoughts on “Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2012

  1. hi admin..saya hendak bertanya sedikit.. saya lepasan stpm 2011..saya tidak mendapat tempat di ipta tahun lepas..tahun ini saya bercadang untuk belajar sambil bekerja..bolehkah saya memohon,pengajian pendidikan jarak jauh di ipta..adakah hanya golongan bekerja sahaja yang boleh memohon ppj?

  2. admin..sy calon persendirian stpm 2012..penghantaran keputusan melalu pos apa ugak…sy blum dpt lagi keputusan sy..rsau. .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.