Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan STPM 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian lepasan STPM 2011 telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2011 Aliran Sastera.

  • Kategori S

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2011 Aliran Sains.

PROGRAM PENGAJIAN

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM15.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/ 6766/ 6767/ 6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
  • Contoh Slip BSN.

UPU DAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STPM 2011 melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu dibuat melalui UPU.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan STPM;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STPM 2011 ini akan ditutup pada 2 April 2012.

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Kunjungi juga Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

    Talian Am: 03 8870 6755/6766

    Kaunter: 03 8870 6778

    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: upu@mohe.gov.my

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

24 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012 / 2013

  1. thechoosenone says:

    hi..i need ur help..
    sy lepasan diploma politeknik mahu sambung study ke ijazah.
    boleh ke kalau sy aliran sains tp nak smbung study dlm aliran sastera?

  2. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012 / 2013 […]

  3. hikko wings says:

    ada tak alternative lain nak masuk U kalu STPM Pengajian AM D+

  4. […] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Untuk Lepasan STPM 2011 […]

  5. reallyneedhelp says:

    salam.. saya lepasan diploma uitm dari aliran sastera. boleh ke kalau saya aliran sastera pergi ke aliran sains? kalau tak boleh ade x alternatif lain?

    • salam… macam tidak boleh saja tapi cuba semak syarat khas memohon, mana tahu mungkin ada kursus yang boleh dipohon

  6. Assalam, mw tnya sy clon stpm 2010 n ambl stu subjek ulangan stpm 2011,masalhnya sy tersilap isi permohonan upu. sy gna kategori untk calon stpm 2011..huhu masih ada peluang g sy tukar permohonan p diploma setaraf?..help ^^Tq

  7. hy….stpm sy dapt 2C+,1C,1D…tp PAm dapt C+…rasanya layak tak kalu sya aply msk U?

  8. permohonan ni tutup 2 aprilan? tapi yang slip permohohonan ke setiap universiti tu kne anta 19 april ke 2 april? Mohon penjelasan.

  9. […] UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan […]

  10. saya tak bejaya :'( sedihnya… dia pilih macam mana?

  11. ummi najwa says:

    saya nak mohon kemasukan ipta

  12. […] Para lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf yang ada memohon Program Pengajian Pendidikan ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik […]

  13. boleh ke dh msuk ipta nk tukar ke ipta len. sbb saya tak minat kos yg saya dpt di ipta saya ini…

  14. […] Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 13 Julai 2012 pukul 12.00 […]

  15. […] ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 10 Ogos 2012 pukul 12.00 […]

  16. […] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat […]

  17. boleh x calon repeat mohon ipta.. cth sy repeat hanya stu paper shaja iaitu pngajian am… exam lps sy dpt 1a 1b 1b- 1c-…

  18. kami calon ulangan stpm, sy ingi brtanya adakah kami boleh memohon upu krn kami hnya mngambil satu subjek shj sbg tambahan.

  19. […] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.