Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013 dijadualkan akan diumumkan pada 19 Mac 2014 ini. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 18 Mac 2013.

Maklumat tarikh keputusan peperiksaan STPM 2013 ini diperolehi dari laman portal berita The Star.

Keputusan peperiksaan SPM 2013 pula dijadualkan akan diumumkan pada 20 Mac 2014.

Keputusan Peperiksaan STPM 2013

Semakan Keputusan STPM 2013

Para calon yang menduduki peperiksaan STPM boleh mendapatkan keputusan mereka seperti berikut:

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
  2. Secara pos bagi calon persendirian.
  3. Secara SMS dengan menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.
  4. Semakan keputusan STPM secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12.00 tengahari hari tersebut.

Permohonan Kemasukan Ke IPTA

Setelah menerima keputusan masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPTA bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan.

Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan ini untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).

Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keputusan STPM 2013 ini boleh dikemukakan kepada sekolah masing-masing atau Majlis Peperiksaan Malaysia di talian telefon 03 6136 9663, faks 03 6136 1488 atau e-mel ppa@mpm.edu.my

One thought on “Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2013

  1. nur aimi bt ruslan says:

    Saya tak pasti berapa sebenarnya result stpm saya kerana berbeza dengan apa yg diberitau guru saya dgn result stpm SMS yg saya terima … Dan lgi saya masih menunggu result ulangan penggal 3 saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.