Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

TERKINI :

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

BIDANG TAJAAN

  • Perubatan
    – Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    – Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    – Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    – Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Ikhtisas
    – Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

191 thoughts on “Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

  1. […] TERKINI : Sila rujuk Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010. […]

  2. saya da isi permohonan pagi tadi…lusa ni dah nak antar sumer dokumen2 yg kena pos..tapi saya confius r..saya ni masuk uitm pada sesi dec2008 dan mengambil jurusan diploma kejuruteraan mekanikal…jadi..semester julai ini saya akan memasuki pada semester yg kedua yang merupakan dalam kategori tahun pengajian (1)…keputusan spm 2007 saya tidak memuaskan namun begitu.. nilai GPA pada peperiksaan semester pertama ari tuh saya telah memperoleh 3.59…adakah ia juga akan mempengaruhi pemilihan sekiranya spm 2007 saya tidak memuaskan..
    adakah peluang saya cerah untuk memperoleh biasiswa jpa dalam negara ini..??

  3. esterman says:

    nilam.kenapa cepat sangat tarikh tutup jpa ni ?kan masih ade kes rayuan yang akan di ketahui 10hb jugak??kesian nanti kat yang dapat rayuan upu tu.

  4. salam… i think u have posted non updated info… the latest requirement set by JPA for 1st year and >2nd year not 3.3 anymore… from esila website.. now, they require 3.5 and above… sad news huh….

  5. yupss..now they required 3.5 as a minimum level for every semester…so..the coclusion is…
    WE MUST WORK HARDER!!

  6. Salam,i just wanna know,unsuccessful applicants bole appeal tak?(Refering to pidm)n is it true tht students yg parents diorg keje in private sector r less likely to get psd scholarships? does it work that way? well i hope not..

    thanks =)

  7. salam..
    why i cant log in into esila website??
    and where the click on the application form??

  8. Fariz,
    Permohonan anda tentu akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.

    Esterman,
    Betul juga itu, tahun lepas pun tarikh tutupnya sebelum keputusan rayuan diumumkan.

    Aku,
    Salam… Terima kasih, maklumat telah dikemaskini.

    Hazpharagus,
    Salam… kalau tak silap saya boleh. Saya tak pasti pula mengenai keutamaan mendapat biasiswa tersebut, mungkin tidak begitu.

    Anis,
    Salam… ada kalanya laman web JPA esila agak sesak, itu yang susah nak masuk. Sila rujuk pautan laman web di tajuk Cara Memohon di atas.

  9. terima kasih nilam..saya berharap sangat supaya biasiswa jpa ini akan dapat dipertimbangkan oleh pihak jpa nnti kerana saya amat memerlukan peruntukan ini untuk meneruskan pengajian saya di ipta…pointer yg dier nak pun da cukupp..xtaw la nak cakap aper lagi kalau saya xdapat…

  10. jpa kalau cukup syarat mmg senang je dapat..tp pointer 3.9, 4.0 susah sikit kot..tp bese kalau appeal balik dapat.

  11. ahh kecewa! aku baru nak mohon.musnah harapan..

  12. lola…knaper lak student yg dapat 3.9@4.0 susah nk dapat jpa..??

  13. kepada nathrah.kelayakan masuk awak adalah daripada lepasan matrikulasi..so kena antar result tyme matrik(wajib)…boleh juga nak antar result terkini(xwajib)..tapi seboleh bolehnya antar la result terkini n result matrik gakk…kena disahkan ok…saya pun buat macam tu gak..

    kalau ader yg salah tolong perbetulkan.saya budab baru blajar 🙂

  14. mmm..

    sy punye situation pon lbey kurang cam sedara kat ats fariz..

    sy lepasan matrikulasi..

    skng nk masok 2nd year kt uitm..

    cgpa sy okla ckup syarat nk apply kan..

    tp takot result matrix plak yg pengaruh..

    n sy confius..after da complete tu kne cetak slip..

    result yg mane yg die suro pos tu?result yg terkni or tyme matrik?

    hurmm..anybody can help me plzz??

  15. ada x perbezaan pemberian biasiswa ni mengikut kos????
    rsanya kos2 yg sukar sperti law,accountancy susah even nak dapat 3pointer…
    xseperti kos2 lain yg senang untuk score..

  16. Fariz,
    Sama-sama… insyaAllah akan berjaya.

    Lola,
    Kenapa ye?

    Mr Fan,
    Tidak ada kecuali kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah.

  17. errah najwa says:

    salam..saya merupakan student taun 2 d utm..kputusan stpm sy tdk bgitu bgus n tak sampai 3 pointer pun..waalubagaimanapun,saya telah berusaha sebaik mungkin sepanjang pengajian saya pada tahun prtama dan alhamdulillah saya telah mendapat pointer 3.9..adakah result saya ini akan mempengaruhi pihak jpa untuk memeberikan biasiswa kpda sy sbagaimana yang lola katakan..saya sangat berharap agar mendapat biasiswa ini..please..bantulah saya

  18. heyy~ nak tanye..if ayah dah meninggal, and mak suri rumah.. cammane nak isi pekerjaan kat ruang bapa =/ tak reti lah… n slip penyata gaji tiada since mak suri rumah n ayah tiada=) so how yeah?

    n lagi satu.. tinggal sekali jer kemas kini..yet i tersilap isi borang yang perkerjaan bapa n academic pula tersilap tulis jumlah semester.. boleh tak tukar 2sekali yeah?=) thank you

  19. kepada hunz…berdasrkan faq yg terdapat dalam laman web eSILA..

    “Soalan: Bapa saya telah meninggal dunia. Saya dijaga oleh keluarga angkat. Apakah
    yang saya perlu isi di status ibu / bapa / penjaga?”

    “Jawapan: Di ruangan butiran ibu / bapa isikan nama dan maklumat diri penjaga sekarang.
    Manakala ruangan status ibu / bapa pilih samada ibu / bapa kandung telah
    meninggal dunia, bercerai, tiada maklumat atau masih hidup.”

  20. kepada errahh…kiter just berdoa jer…situasi saya pun samer cam situasi awakk..tapi ramai member saya yg spm x ok sngat..tapi biler result dier kat universiti..every sem dapat 3.5++..dapat gak biasiswa niee…ramai gak yg ok spm tapi kecundang jugak pointer dorang kat universiti..pihak jpa mgkin tngok current study kiter camaner…

  21. fariz..not the status o_O..tapi pekerjaan ..;D

  22. hunz….mungkin letak jer “TIADA MAKLUMAT” pada pekerjaan arwah ayah awk…dan letakkan TIADA pada gaji serta pencen…untuk maklumat lajut sila tanya nilam atau e-melkan pertanyaan awk ke alamt ini, norliza.aziz@jpa.gov.my.harap maklum..terima kasih

  23. Errah Najwa,
    Salam… InsyaAllah anda akan dipertimbangkan kerana pencapaian yang terkini lebih diutamakan.

    Hunz,
    Harap berhati-hati semasa membuat kemaskini borang permohonan kerana cuma 3 kali dibenarkan. Anda memang boleh tukar beberapa maklumat dalam satu proses kemaskini.
    Saya tidak melihat borang permohonan tersebut jadi saya tidak tahu apakah pilihan yang ada di bahagian Status/ Pekerjaan tersebut. Jika tiada pilihan yang menyatakan bapa anda telah meninggal, sila pilih jenis pekerjaan terakhir bapa anda dan tulis Tiada Maklumat di ruang Jawatan/ Pangkat.

    Walaupun apapun saya syorkan anda hubungi JPA di talian yang tertera di atas atau guna emel yang diberi oleh Fariz dahulu sebelum membuat apa-apa kemaskini. Rugi jika anda tidak dipertimbangkan hanya kerana kesilapan mengisi borang.

    Fariz,
    Terima kasih kerana membantu.

  24. hi, saya nk tnya, kat mne boleh saya dptkan pinjaman atau biasiswa tuk sambung master…. untuk seisi 2009/2010

    harap boleh bantu…

  25. Hariaie,
    Sila rujuk kategori Pinjaman dan Biasiswa rasanya masih dibuka.

  26. Hi, I am still waiting for my appeal results to be revealed on the 10th of July. Is it still possible to send in my application after I receive my reply regarding my appeal? Or should I just send in my application for the scholarship while waiting for the appeal results? Thank you very much.

  27. Salam,
    I just wanna know, is it true that medic student will be automatically being offered for the scholarship? If so, then i’ll be glad to know that since i’m a medic student.

  28. Enxhi,
    Memang menjadi dilema kepada mereka yang sedang menunggu keputusan rayuan memandang salah satu syarat telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010).

    Memandangkan kedua-duanya pada tarikh yang sama. Saya syorkan jika boleh anda buat permohonan dahulu dan kemaskini maklumat permohonan selepas mendapat keputusan rayuan pada hari Jumaat ini.

    Bagi mendapat kepastian sila hubungi talian 03-8885 3049 atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

    4.00,
    Salam… Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan memang peluang untuk mendapat biasiswa amat cerah.

  29. salam…..saya pun baru sahaja isi permohonan online biasiswa jpa ni….saya nak tahu dokumen yang jpa nak kita hantar ni lebih dari 10 julai tak pe ker?nak sahkan juga ker?tolong jawab please

  30. Jumaq,
    Salam… Saya tak terbaca pula bila patut hantar dokumen sokongan tersebut dan samada perlu disahkan. Saya syorkan anda sahkan sahaja dokumen tersebut dan hantar secepat mungkin.
    Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi JPA di talian 03-8885 3049.

  31. salam..
    sy plajar tahun 1 fakulti pngajian Islam d ukm…
    n da apply pidn..
    so ade interview dlu ke sblom dberikn biasiswa tu??

  32. eh kwn2.. trikh kputusan PIDN nie ble ea? mcm x sbr jek.. hehe..

  33. Yasin,
    Salam… saya tidak pasti mengenainya.

    Manager,
    Biasanya pada pertengahan bulan Ogos.

  34. nk brtanya,sekiranya sy mndpt tajaan jpa nti dn semster hdpn sy btukar univrsiti dn course tp univrsiti dn course itu still ada dlm snrai mndpt tajaan jpa,adakah tajaan tu blh dtruskn?jika tdk boleh adakh sy boleh memohon semula dn bila?mgunakn kptsn apa?

  35. Ija,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya. Walaupun begitu pihak JPA tentu mempunyai garis panduan dan syarat jika anda ingin berbuat demikian.

  36. =helo, agaknya bilakah keputusan PIDN akan keluar?

    =Sekiranya pemohonan dluluskan, adakah kita perlu melalui proses temuduga bagi melayakkan Biasiswa PIDN tersbut?

    =Bilakah pemohonan biasiswa tunku abdul rahman akan dbuka?

    =Keputusan Asasi UM saya 3.78 n SPM saya 8A1, so keputusan yang mana satu kah yg akan dinilai?

  37. salam…
    saya pernah mendapat biasiswa JPA. tetapi sekarang saya extend pengajian 1 sem kerana tidak dapat menghabiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan. sekarang ini,saya mahu membuat permohonan untuk melanjutkan biasiswa 1 semester lagi.is it possible for me?

  38. salam…
    bagaimanakah untuk saya mendaptakn semula salinan surat tawaran biasiswa JPA saya?saya pernah mendapat bisiswa JPA pada tahun 2005.tapi saya telah kehilangan surat tawaran tersebut untuk kegunaan akan datang.boleh tak saya dapatkan semula surat tersebut?

  39. Gaman,
    -Keputusan PIDN biasanya diumumkan pada pertengahan bulan Ogos.
    -Saya tidak pasti mengenai temuduga, setahu saya tidak ada.
    -Permohonan untuk tahun ini telah ditutup, anda boleh cuba memohon pada tahun hadapan. Sila rujuk http://www.yayasantar.org.my/BTAR.html untuk maklumat lanjut.
    -Kedua-duanya.

    Teva,
    Salam… Saya syorkan anda berhubung terus dengan JPA di talian 03-8885 3000 untuk maklumat lanjut.

  40. sy nk tye bila tawaran biasiswa,jpa 2009 dikeluarkan. .
    dan adkah sy lyak trima biaswa jpa dgn kptusan 6A

  41. silap,em bila keputusan tawaran jpa 2009 dikeluarkan.

  42. Laci,
    Biasanya pada pertengahan bulan Ogos. Kelayakan minimum untuk pelajar baru IPTA lepasan SPM adalah 7A.

  43. canenie? says:

    salam…
    saya dah buat permohonan jpa….tapi saya x cetak maklumat…
    betul ke kena hantar borang permohonan bersama dengan slip spm,slip gaji kpd jpa…
    sempat lagi ke kalo saya nak hantar….? tq

  44. Canenie,
    Salam… setahu saya anda hanya perlu cetak slip Pengesahan Penerimaan Borang Permohonan Secara Online sahaja. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi JPA seperti yang dinyatakan di atas.

  45. canenie….

    lepas cetak, kn hntr slip yg dah print tu ngan pengesahn pendapatn ibu bapa, slip keputusan exam terkini. tarikh ttp pghantarn borang tu xtau le plak.

  46. salam nilam=)
    sy pelajar stpm,bakal ambil stpm thn nie…sy nk tanya:
    ~mara n jpa ada offer biasiswa lepasan stpm ke luar negara tak?sbb sy teringin sgt sambung degree dlm aerospace engineering di us….THANKS

  47. bilakah tarik temuduga untuk tajaan ini?

  48. Mee,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

    Balqis,
    Salam… Secara amnya tawaran biasiswa ke luar negara ditawarkan kepada lepasan SPM yang akan mengikuti program persediaan sebelum belajar di universiti luar negara. Manakala lepasan STPM dan Matrikulasi biasanya hanya berpeluang mendapat tajaan MARA atau JPA selepas berjaya mendapat tempat di universiti.
    Sila berhubung dengan MARA atau JPA untuk mengetahui jenis tajaan serta program pengajian dan universiti yang layak untuk memohon biasiswa ataupun pinjaman ke luar negara.

    Esz,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya. Harap ada pembaca lain yang boleh berkongsi maklumat di sini.

  49. saya nak tahu,bila tarikh keputusan permohonan biasiswa bagi program ijazah dasar bagi pelajar institut pengajian tinggi awam akan keluar?

  50. Fatin,
    Biasanya pada pertengahan bulan Ogos.

  51. hamba Allah says:

    salam, nape student kejuruteraan uia susah nak dapat jpa even dah cukup syarat…?
    i think based on quality, we are among the best…

  52. sya stdy dlm coz seni halus(grafik komunikasi)……………….
    blh dpt biasiswa jpa x……

  53. Hamba Allah,
    Salam… Cuba memohon lagi pada tahun hadapan, mungkin kali ini bukan rezeki anda.

    Farah,
    Sila semak samada program pengajian anda termasuk dalam salah satu daripada 6 bidang tajaan. Jika anda juga tidak pasti, sila rujuk dengan fakulti anda atau berhubung terus dengan JPA.

  54. salam..
    sy nk tnye bile result jpa keluar? n kalo sy dpt cgpa 3.47 mase diploma, adakah sy ade potential tok dpt?
    tq=)

  55. salam,,sy nk tny bile result jpa nk kluar?..sy mohon ikut result mtrx. tp result jpa yg kluar aritu, ikut result spm kn?

  56. knapa tarikh permohOnan tutup awl sgt??…
    lps sesi permohonan nie..de x permohonan tuk sesi or kelompok ke-2??…

  57. DS,
    Salam… Biasanya pada pertengahan bulan Ogos dan CGPA minimum adalah 3.50.

    Fasha,
    Salam… Biasanya pada pertengahan bulan Ogos. Result yang keluar dulu adalah untuk mereka yang memohon PILN.

    Peace,
    Setahu saya tiada, biasanya setahun sekali sahaja.

  58. Dimaklumkan bahawa saya seorang mahasiswa sesi 2009/2010 ,ingin bertanya bilakah keputusan pemohonan biasiswa jpa ini dikeluarkan?

  59. salam…
    kalo x hantar dokumen2 tu trbatal ke permohonan?
    sbb nak cetak da x bole…
    errr…soklan takde kaitan(betul ke kalo kite buat dip.kat u skarang lepas tu susah nak smbg degree kat u lain?adeh terperap la camni)lagi satu…bole tak saye nak mntak upu intake disember ni utk asasi?ke da x available?sbb dip. skarang ni pilihan ke 7 yg dpt….pilihan yg atas2 tu sume asasi tp x dpt..nape ye…?spm saye flying colour gak 9a…koko ok…fenin tol…ptptn plak terbatal..malang tol..bile lagi bole apply ptptn?btw tq sudi mnjawab kekusutan ni…

  60. Chen Keat,
    Bila-bila masa saja sekarang, kemungkinan besar minggu depan.

    Canenie,
    Salam…
    Permohonan mungkin dianggap tidak lengkap dan ada kemungkinan tidak diproses.

    Berkenaan sambung belajar selepas Diploma tidak semesti susah untuk ke universiti yang berbeza. Sebenarnya banyak bergantung kepada CGPA anda, lagi cemerlang lagi banyak pilihan dan kemungkinan untuk mendapat tempat.

    Pengambilan program pengajian asasi hanya dibuat semasa sesi Julai sahaja kecuali UiTM.
    Berkenaan PTPTN pula anda perlu berhubung dengan pihak mereka untuk mengetahuinya kerana ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

  61. salam..setakat hari ni dah ada atau belum result biasiswa jap untuk PIDN 2009/2010?

  62. salam.
    hm dgr2 17hb dh kuar tp check2 xde pon..
    juz nak kan kepastian..kalau under foundation U kne dpt 3.5 above ker? ke juz rumours?
    kalau cm2 unfair la..sbb klu under matrik KPM juz 3.3 je..
    klu cm2 xde harapan la wuuwuwu!

  63. askum..
    boleh sy tau, bilakah kputusan scolar jpa dlm ngeri dkeluarkn..
    harap nilam dpt mmbntu..
    tq..

  64. Nana dan Huha,
    Salam… Belum, keputusan dijangka akan keluar bila-bila masa saja sekarang, kemungkinan dalam minggu ini.

    Insan,
    Salam… Memang bila-bila masa sahaja keputusan dijangka akan diumumkan.
    Foundation U memang perlu 3.50 ke atas dan Matrikulasi KPM perlu 3.40, 3.30 itu untuk tahun lepas.

  65. salam..sy student uitm, ms diploma 3 sem pertama sy dpt 3.4 smthing jea..part 4 and part 6 sy dpt 4.00..cgpa sy 3.61..rs2 sy layak ke??…

  66. Maya,
    Anda memang layak untuk memohon.

  67. sweetheart says:

    ye la…foundation U takdela susah macam matriks KPM..sebab tu dia require higher cgpa than matriks KPM!…dah naik menyampah dgn JPA..bila la nak keluar..

  68. hai saya nak tanya adakah biasiswa ini juga dipilih mengikut gaji ibu bapa?? dan saya mendapat 6a2 2a1 apakah peluang saya untuk mendapat biasiswa JPA??

  69. ish.. berdebarnye.. bile kuar result ni sbnrnya?
    camane nak cek through SMS? boleh kan?

  70. Sweetheart,
    Bila-bila masa sahaja sekarang.

    Hantu,
    Dari segi keputusan peperiksaan anda memang layak untuk memohon. Berkenaan pendapatan ibubapa, tidak ada pula disebut di dalam syarat-syarat yang ditetapkan tetapi saya rasa ia ada mempengaruhi.

    Lin,
    Bila-bila masa sahaja sekarang. Keputusan memang boleh disemak secara SMS apabila sudah diumumkan. Caranya taip JPA PIDN (Contoh: JPA PIDN 900701085984) dan hantar kepada 15888.

  71. bile la nak kluar…arini pun xde gak…

  72. Chah,
    Sabar jelah… akan keluar bila2 masa sahaja.

  73. foundation u la sush..klu kpm juz bpe subjek je.. under u kdg-kdg 9 subjk.. 7 subjk.. byk kne focus..matrix kpm bese je..

  74. sy akui.. sbg pelajar kpm.. kpm mmg susah.. wlopn subjek xbnyk cm found tp ktorang bynk gler topik dlm 1 subjek. smingu ley abis 1topic yg pnjag gler tuh.. xkejar2 ktorng cm bas express.. bas express pn xlaju cm tuh.. lmbt nye JPA kuar.. xsbr ase nye

  75. foundation u ke, kpm ke, xkisah la..kite same2 student.dua2 susah n xperlulah kite nk bezakan yg mana susah..x ada yg snang dlm dunia ni.nk mkn pun kna suap dulu dlm mulut..sama2 la kite doakan kite berpeluang dpt biasiswa JPA..amin.

  76. Ebby, Hazira dan Maya,
    Memang benar, tidak kira di mana pun kita berada, apa yang penting kita buat yang terbaik dan jadi yang cemerlang.

  77. bila result jpa nk kuar???????????

  78. sesak gle r web jpa ni.ble la ley check my result for PIDN????

  79. hmm… lame btul resultnye nak kuar ek, saya ari2 refresh website esila tu, x gak kuar2

  80. sweetheart says:

    tadi call jpa..dia ckp selewat- lewatnya akhir bulan ni..=)..minggu ni kot..

  81. emo_emotional nie... says:

    salam…
    eeiii…..ble la nak kuar keputusan jpa….
    adui…ponat tggu…
    tlg la gtau…
    bkn per…dah sengkek nie..pokai plk tue…
    okay…
    tq dgr rintihan luahan yg tulus ikhlas dr lubuk ati…

  82. Atikah, Nayati, Lan dan Emo_Emotional,
    Menurut Sweetheart, JPA beritahu selewat-lewatnya akhir bulan ini.

    Sweetheart,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  83. arghhhh…
    dah x sabar2 ni..

    tiap ari dok melawat web jpa dgn perasaan hampa..
    kui2..

  84. i can’t wait anymore.they should have announce the date by now.
    coz i have to apply for ptptn also as a back up if i didnt get the scholarship.
    n the process is too much hassle..

  85. btl ke agreement jpa dh kuar coz kwn sy dh dpt agreement 2……….

  86. atikah, serius?
    x kan la agreement dah keluar pulak..
    pelik..

  87. Adoi..ble la result jpa nk kuar nie..x sbr rasenye..klu dapat lega rasenye..:)

  88. Mrsmeme, Amaryllis, Atikah dan Comel,
    JPA ada membuat pengumuman di laman web mereka bahawa semakan keputusan PIDN 2009 akan boleh dibuat dalam minggu ini, sila rujuk Maklumat Terkini JPA.

  89. dlm minggu ni tu bila..
    sume org pon tau minggu ni..hahaha…jpa ni pon…

  90. alhamdulillah…

    aku dapat JPA…

  91. zati_virgo89 says:

    sye ade prob sal nk dptkn slip pengesahan prmohonan biasiswa jpa thn 2009……

    ari 2 sy save slip 2 dlm pendrive je,xprint lg…..ble sy open n nk print, de mslh kmpter xdpt bce slip 2. just ade code je.

    so, what should i do now???????????

  92. adoi, walaupun pointer tinggi, result is flying colour, tapi aku tidak berjaya mendapatkannya..huhu…

    Inilah harapanku, keputusan rayuan PIDN agaknya bile akan diumumkan yek??

  93. Zati_Virgo89,
    Cuba anda buka file tersebut guna browser.

    Mrsmmeme,
    Tahniah kepada anda dan semua yang berjaya mendapat tawaran.

    Hampa,
    Jangan berputus asa, saya tidak ada maklumat mengenainya setakat ini.

  94. saya telah aply biasiswa jpa. sesi 2009/2010.Keputusan matrik pointer saya 3.36.jawapan melalui sms saya gagal mendapat biasiswa jpa.dan boleh buat rayuan.apakah syarat tambahan untuk buat rayuan.adakah peluang itu masih ada utk saya mendapatkan biasiswa jpa!

  95. nk tanye…sy dah dapat biasiswa jpa pidn.adakah biasiswa ni de sesi temuduga?

  96. sy da dpt biasiswa jpa. biasiswa jpa pidn ni de sesi temuduga tak?

  97. apasal bdk second year ramai tak dpt even result da ok sgt..yg ade dpt pon aku dgr result 3.9 camtu…emm…dgr2 dia bg kat budak yang baru masuk tu dulu..sedihnyeee.emm,nak merayu pn cm takde smngt da..

  98. apa yang saya perlu perkatakan dalam rayuan untuk tinggikan possibility nak dapat?

  99. aku student 2nd year….
    nasib baiklah aku dpt…..
    tp, nak tanya….dh dpt ni, prjanjian tu dia anto address rumah or wut?

  100. alhamdulillah la aku dapat biasiswa ni….result x la ok sangat 3.8 je….

  101. Fina,
    Setahu saya tidak ada syarat tambahan tetapi kelayakan minimum untuk Matrikulasi KPM adalah 3.40.

    Yayang,
    Setahu saya tidak ada.

    Amy,
    Mungkin pihak JPA boleh memberi penjelasan mengenai perkara ini supaya lebih jelas mengenai cara pemilihan dibuat.

    Sue,
    Mungkin latar belakang sosio ekonomi keluarga, pencapaian akademik, rancangan masa depan dan kenapa anda wajar diberi biasiswa ini.

    Mrsmeme,
    Tahniah… Biasanya melalui HEP universiti anda.

    Shah,
    Tahniah.

  102. salam nilam..aku ni student sem2 for dec 08 intake..result spm aku flying colour 9a .tp result sem 1 aku just dpt 3.39 dan aku da apply biasiswa PIDN tp x dpt.adakah masih ada peluang utk aku dpt biasiswa tu..???satu lg sebelum ni aku dah apply utk biasiswa tambahan SPM2007 masa aku blajar kat PASUM dan berjaya tp aku x sahkan utk terima biasiswa tu b’coz aku berhenti so adakah ia m’pengaruhi peluang aku utk dpt biasiswa PIDN ni..harap nilam dpt tolong sgt2 sbb aku mmg harap sgt nk dpr biasiswa tu..

  103. Ak.Hafizz,
    Salam… Anda masih ada peluang untuk memohon pada tahun hadapan jika umur anda belum melebihi 25 tahun dan CGPA anda ditingkatkan.

    Pada pendapat saya, tidak mengesahkan penerimaan biasiswa semasa di PASUM tidak mempengaruhi peluang permohonan PIDN, lagipun anda sudah berhenti.

    Sebab utama anda gagal kali ini mungkin kerana CGPA anda tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu 3.50.

  104. nilam,bile aggrement smpai kat u?sy da duk tunggu je ni..pas2 bile duit biasiswa msk?tga pokai ni…hrpkan pa&ma je ni.

  105. Yayang,
    Maaf, saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Harap ada pembaca lain yang mungkin ada berita mengenainya boleh berkongsi di sini.

  106. boleh sy taw,
    duit RM6800 yang kami terima tu da termasuk skali dgn duit flight ke? (kmi pljr smnanjung y blaja di sbh)

  107. MyName,
    Setahu saya jumlah itu tidak termasuk tambang kapal terbang sebanyak RM1,000 setahun untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah atau sebaliknya.

  108. nk tya…ble result y rayuan jpa akn kuar??

  109. Cyunk,
    Saya tiada maklumat mengenainya buat masa ini. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  110. ade sape2 tau tak bla dapat surat perjanjian jpa???

  111. Nurul UKM,
    Saya masih tiada maklumat mengenainya buat masa ini. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  112. # Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
    # Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

    nak tanye.. sijil asasi dari IPTA di klasifikasikan yg mana satu??
    yang atas or yg bawah???

    asal tak sama kan je syarat dye coz asasi n matric same je..
    saya pernah masuk matrik.. and pernah masuk asasi..
    for me matrik mmbebankan dan asasi sgt2 mencabar since there have a lot of subjects to take rather than matric yg just 3 subjects..

  113. Nazrul,
    Memang kurang jelas, saya juga tidak pasti, harap ada pembaca lain yang boleh membantu memberi penjelasan.
    Terima kasih juga kerana berkongsi pengalaman anda.

  114. nilam..,
    im spm candidate for this year..i have questions regarding on the jpa schorlarship..

    im interested to pursue my study in law but most of my teacher said
    scholarships were not provided for law courses,..and also if i still want to study
    abroad in law,soon i come back to malaysia..i need to repeat my study for one semester..is it true?
    i really need your piece of mind..and if there is law scholarship,what is the minimum achievement and qualification to apply for the scholarship?

    thanks..

  115. Tania,
    Memang ada kebenaran dengan kata-kata guru anda itu mengenai biasiswa JPA. Mengikut hebahan JPA memang jurusan undang-undang tidak disenaraikan secara khusus dalam Tawaran Biasiswa PILN Biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2009. Walaupun begitu mungkin ia dimasukkan di bawah kategori Sastera Ikhtisas.

    Mengenai tambahan satu semestar itu mungkin anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di The Malaysian Bar.

    Selain JPA, pihak lain memang ada menawarkan biasiswa untuk mereka ingin mengambil program pengajian undang-undang. Syarat kelayakan yang ditetapkan berbeza-beza mengikut penaja, anda boleh semak di Biasiswa.

  116. salam,
    saya kini menerima biasiswa jpa. jika saya extend 1 sem, adakah saya akan menerima biasiswa seperti biasa? jika tidak, bagaimana cara untuk saya memohon?

  117. Net Level,
    Saya tidak begitu arif dengan syarat biasiswa JPA, oleh itu diharap ada pembaca lain yang boleh membantu atau anda berhubung terus dengan pegawai JPA untuk mendapatkan penjelasan.

  118. wanie noor din says:

    saya nak apply biasiswa bile leh apply untuk 2010 sbb awal thun dpn saya dah sem 2 jadi macam mane boleh ker sy memohon??

  119. hi… sy ingin tanya kalu student yg sudah dlm tahun ke-2 degree, kalu nak sambung dalam kolej yg sama tp kolej student ni dok tersenarai dalam senarai IPTS di atas… kalu situation mcm tu, boleh tak student ni masih nak apply? tq…

  120. soalan!
    kalau sekarang mase part 3 kan..
    dapat jpa..
    kite dpt dari mase part 1 ke or dr time kite apply means part 3?

  121. bile tarikh prmohonn kedua ye?

  122. mksud saya bile permohonn sterusnya?

  123. Wanie Noor Din,
    Anda boleh mohon jika CGPA pada peperiksaan semestar November/Disember ini sekurang-kurangnya 3.50.

    Msac,
    Jika tidak tersenarai agak sukar untuk memohon.

    Dee,
    Anda akan dapat bermula daripada semestar semasa bukan dari semestar 1.

    Wafa,
    Biasanya dalam bulan Jun setiap tahun. Tarikh yang tepat akan diumumkan di laman web JPA dan juga di ePutra ini.

  124. sy nk tnya :
    1) bila iklan biasiswa JPA seterusnya akan dikeluarkan?
    buat pengetahuan : saya pelajar baru ijazah ambilan dis 02009

    2) betol ke kalau kita tidak mendapat tajaan JPA semasa diploma,sukar bagi kita untuk mendapatkan biasswa JPA semasa degre?

    plez..nk taw sngat jawapan

  125. Nur,
    1. Biasanya tawaran permohonan biasiswa JPA PIDN akan dibuka pada bulan Jun.
    2. Setahu saya tidak kerana pemberian biasiswa adalah berdasarkan merit akademik pemohon.

  126. tania said..

    betul tue.. bagi graduan undang2 luar negara, u have to sit for Certificate in Legal Practice under bar council. i’m not sure how long this programme will take but i think maybe for a year.

  127. Nazrul,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  128. hi,apakah syarat-syarat permohonan biasiswa JPA?

  129. salam..
    nak tanye, bila tawaran jpa akan dibuka?
    dlu sy da apply jpa, tp mungkin da xde rezeki sy xdpt..
    rayuan pn sy xwat, so mmg xdpt la kan..
    baru2 nie for 2nd sem result sy agak memuaskan dan meningkat lg dr result 1st sem..
    erm, harap sgt dpt biasiswa jpa, cz sy mmg xmohon ptptn..

  130. salam..saya nk tau,bl lagi pemohonan akn kuar?

    skrg ni sy dh nk msk sem 2 d politknik

  131. Ying,
    Sila rujuk maklumat di atas.

    Candyroxx dan Aina,
    Salam… Biasanya pada bulan Jun setiap tahun.

  132. salam,saya adalah pelajar upper 6 (form 6). Bagaimanakah saya boleh dapat biasiswa?

  133. Sangari,
    Salam… bagi pelajar tingkatan 6 sila berhubung dengan guru kaunselor anda.

  134. assalamualaikum..

    sy bru abis part 1 diploma kejuruteraan..

    pointer pon layak tok apply biasiswa..

    masalahnye tarikh permohonan sudah tamat..

    jdi bile saya ble aplly lgi?

  135. XIX Dragunov says:

    1) hi nilam, sy nk tny, sy amik course computer science..kira mcm IT la… so layak ke course ni nk mintak jpa?

    2) hi…sy skrng pelajar first year sem ke2, so nk la try mintak jpa nih… ari 2, pointer dapat dlm 3.5, so maybe lepas kowt… tp jpa pny permohonan ni start dlm bulan julai kn? so, nnt klu nk apply, kene bg result ntuk first sem je, atau kene bg second sem skali…sbb sy x tau la mase 2 da kuar result ke

  136. acctly due date utk apply biasiswa jpa untk taun nie ble?
    yg sy bce before julai 2009 sedangkn skg da 2010??
    conpius………….

  137. assalamualaikum..
    1. Adalah terdapat scholarship JPA untuk smbung ke Master di dalam negara/ luar negara, jika sebelum ini semasa degree saya tidak memohon biasiswa tajaan JPA. Adakah saya mempunyai peluang untuk memohon biasiswa JPA di peringkat master?
    2. Jika ada,,apakah syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk mendapat tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Master sama ada di dalam/luar negara
    Terima kasih….

  138. Safuan,

    Salam… Jangan bimbang kerana anda boleh mohon tahun ini dan permohonan dijangka akan dibuka dalam bulan Jun nanti.

    XIX Dragunov,

    1. Jika boleh dikategori di bawah Teknologi Maklumat sepatutnya boleh.

    2. Anda boleh menggunakan keputusan semestar 1 jika pada tarikh tutup keputusan semestar 2 belum diumumkan.

    Nurul,

    Maklumat di atas adalah untuk permohonan sesi 2009/2010. Manakala permohonan untuk sesi 2010/2011 cuma dijangka akan dibuka pada bulan Jun nanti.

    Cha,

    Salam… Setahu saya hanya mereka yang pernah ditaja oleh JPA sahaja akan dipertimbangkan untuk pembiayaan di peringkat sarjana. Walaupun begitu anda boleh menghubungi JPA di talian 03-8885 3416 untuk kepastian.

  139. Salam..
    saya nk tanye..
    kalo saya dah memohon JPA luar negara, blh ke lg saya memohon JPA dalam negara??

  140. salam, nak tanye ni..sy plajar lpsn spm 2009.. lps result klua saye hampe sbb x mmnuhi syarat klayakn.. spm kne dpt 7A but sy dpt 5A je..n sy tekad nk blaja btul2 utk dpt pointer 3.5 keatas.. tp saye kiru siket..klu sy dpt biasiswa sbb first year result sy cmrlg, adekh sy still akn dpt biasiswa untuk next year? i mean, klu resul tahun kdue sy kurg cmrlg, adekah biasiswa sy akn ditarik? or tiap2 thun kne isi borg JPA?

  141. iman inside says:

    biLa sbenarnya twaran biasiswa utk lepasan mtrikulasi o9/10 dibuka???
    takut ktinggalan…

  142. iman inside says:

    ble sebenarnya tarikh pmohonan biasiswa utk lepasan matrix dbuka???
    takut ttggal cm spm aritu…

  143. Salam…sy dpt 6 a dlm ppriksaan spm thun lpas…jdi kalu kat matriks or asasi 6ti sy leh dptkn pointer 3.5 ke ats…adakh sy layak untuk memohon biasiswa ini bgi melanjutkn pelajarn di peringkt ijazah??..

  144. nak tanya adakah iklan tawaran hanya dlm internet?dlm suratkhabar akn disiarkan x?

  145. Lin,
    Salam… Memang boleh.

    Eja,
    Salam… Tahniah kerana anda mempunyai keazaman untuk membaiki diri anda. Berkenaan dengan biasiswa sememang ada syarat pencapaian minimum yang perlu anda kekalkan disepanjang tempoh pengajian. Anda tidak perlu mengisi borang permohonan setiap tahun cuma perlu melaporkan keputusan anda kepada JPA. Jika keputusan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, biasanya biasiswa tidak ditarik serta merta tetapi anda diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membaikinya di semestar berikutnya.

    Iman Inside,
    Bagi PIDN biasanya dalam bulan Jun selepas anda mendapat tawaran ke IPTA. Bagi dari syarikat atau badan-badan lain tawaran akan dibuka dari masa ke semasa, anda boleh rujuk di kategori Biasiswa.

    Sy=,
    Salam… Memang anda akan layak untuk memohon biaisiswa.

    Nieyl,
    Iklan tawaran biaisiswa juga akan disiarkan di akhbar-akhbar utama.

  146. salam..nak tanyer….bile permohonan biasiswa jpa 2010/2011 di keluarkan?

  147. Sah,
    Salam… Biasanya permohonan bagi PIDN akan dibuka dalam bulan Jun.

  148. penatian itu seksa says:

    salam..nk min tak kepastian..
    sy pljr semester 2 program ijazah sarjana muda perakaunan di uitm,pd semster satu cgpa sy adalh 3.8,,adkh sy layk untk memohon biasiswa jpa?dan bila agk2 tarikh permohonannye dibuka and web ape? tqqq

  149. penantian itu seksa says:

    sy pljr semester 2 prgram ijazh sarjan muda perakaunan,dgn result 3.8 pd semester 1,blh atau x kalau sy nk mohon pd next permohonan??bila agk2 tarikh permohonan jpa dibuka n web ape??tqq

  150. sye lpasan spm..sye lepas syarat kelayakan bg student spm..
    tpi sye lmbt tok memohon..rse kecewa juga hati nie..
    bleh tolong suggest x mane biasiswa yang masih blom close date???
    plz…

  151. salam.. sya pelajar semester 5 program ijazah sarjana muda perancang bandar..bila agak2 tarikh permohononan ijazah untuk dalam negara buka utk thu 2010?

  152. salam..
    bolehkah saya memohon biasiswa j.p.a di dalam pengajian syariah untuk ke jordon di peringkat ijazah memandangkan saya memperolehi PNGK 3.70 di peringkat diploma syaria.. mohon penjelasan..terima kasih,,

  153. mohon penjelasan

  154. salam… saya telah memperolehi PNGK 3.70 di dalam bidang syariah ketika di peringkat diploma.. nk tnye, boleh tak sekiranya saya memohon biasiswa ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda syariah di Jordon?? harap dapat memberikan jawapan dengan segera.

  155. salam, saya ingin bertanya. saya sekarang pelajar perubatan di UPM dan masuk pada sesi kemasukan 2005/2006. pada masa itu saya tidak berkesempatan mengambil biasiswa JPA, dan saya mengambil PTPTN untuk kewangan saya. saya sepatutnya tamat pengajian pada tahun ini iaitu pada May 2010. tetapi saya bernasib agak malang kerana terpaksa melanjutkan pengajian hingga ke tahun hadapan iaitu sehingga May 2011. pinjaman PTPTN saya telah berakhir pada May 2010, jadi saya tidak akan mendapat pinjaman untuk 2 semester lagi. PTPTN hanya memberi pinjaman untuk 5 tahun, tetapi saya ada setahun lagi untuk menamatkan pengajian. adakah saya layak memohon biasiswa JPA, memandangkan saya mengambil kursus perubatan ? terima kasih

  156. shahirina says:

    salam..sya stdnt yg dpt smbg ijzh trs tnpa prlu hbskn dploma (ISM)..sy msk sesi dis 2009 (part2) n sesi julai 2010 ni sy part3..ad x twrn biasiswa utk stdnt cm sy..??

  157. untuk yang baru abes matriks/asasi nak amek JPA schollar… sila kunjungi blog ini
    http://kumbang-hitam.blogspot.com/2010/05/schollarship-for-medical-student-in.html

  158. assalamualaikum wbt..saye merupakan pelajar sains sukan dr uitm.sy terpilih utk mengikuti kursus ini kerana saye pernah mewakili byk pertandingan kebangsaan. sekarang saye tidak lg bergiat aktif dlm bidang sukan spt dulu krn ingin menumpukan pelajaran.oleh itu saye tidak dpt biasiswa sukan. sy mendpt keputusan yg agak baik pd sem lpas.sy ingin tahu,adakah mane2 biasiswa yg di tawarkan bg pelajar kursus sains sukan? ini kerana saye tidak pernah tau mengenai biasiswa utk kursus spt sy.

  159. salam..sy ingin tahu.sy lepasan matrik 09/10 dn pointer sy 3.55. jika sy menyambung degree dlm bidang optometri atau dietetik iaitu dalam kategori sains kesihatan,layakkah sy memohon PIDN?

  160. tumpang tanye bile Tajaan utk tahun 2010/2011 ni akan keluar..utk makluman saye lepasan matriks sesi2009/2010..bru dpt twaran ke usm utk pengajian farmasi…ijazah pertama sepenuh masa…

  161. salam…sy student spm 2006 dan sekarang tengah menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam negara…sy ingin bertanya bila agaknya tarikh permohonan biasiswa jpa untuk sesi 2010/2011…adakah sy mempunyai peluang untuk membuat permohonan??

    • Jika anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda layak untuk memohon. Walaupun begitu sila semak semula syarat bagi tawaran 2010 yang akan dikeluarkan nanti.

  162. salam…saya pejalar tahun ke-dua dalam bidang seni reka di UNIMAS, umur saya 25 pada 14hb Jun tahun ini. Adakah saya layak dapatkan biasiswa JPA dengan png saya 3.57 sem 2 tahun pertama?

    • Jika syarat tahun lepas dikekalkan mereka yang berumur lebih 25 tahun pada 1 Julai 2010 tidak layak memohon. Umur anda pada 1 Julai adalah 25 tahun 15 hari, saya tidak pasti anda layak @ tidak. Sila berhubung dengan pihak JPA untuk kepastian.

      • thanks. blh saya minta no jpa yg brtul2 berfungsi?saya pernah call no yg dipapar dlm website jpa xpi x pernah ada org jawab.

  163. boleh ke klu sy mohon 2 biasiswa dlm 1 masa untuk mengelakkan sy dri xdpt mne2 biasiswa???

    • Sepatutnya tidak ada halangan untuk memohon lebih daripada satu. Walaupun begitu antara JPA dan MARA rasanya tidak boleh, harap mereka yang ada maklumat berkongsinya di sini.

  164. salam sy nak tanya ni,saya ambik coz banking di uitm n dapat 3.85 sekarang sem 2..blh tak saya dapat tajaan biasiswa jpa,bukan apa syarat kelayakan untk dapat tajaan or biasiswa coz banking x ada?blh tak sesiapa tolong sy..sy nak mintak sgt biasiswa… soalanya:coz banking blh pohon tak?
    plzzz

  165. Salam, saya pelajar tahun pertama dan semester lepas saya telah mendapat GPA 3.458. Namun begitu syarat kelayakan adalah 3.50. Besar kemungkinan adakah peluang saya untuk mendapat biasiswa JPA?

  166. arenamed13 says:

    salam.. saya konfius la kat mane nak dapatkan borang? borang online pun saya x nampak kat mane nak access. kawan saya cakap borangnya belum keluar lagi tapi tengok orang2 yg reply kat atas macam dah isi je.. tolong la saye.. borang untuk tawaran biasiswa jpa pengajian dalam negara sesi 2009/2010.

  167. adilah shuhada says:

    salam. senarai kursus yg layak untuk terima biasiswa ni berubah ke setiap tahun?

  168. adakah pengumuman berkenaan biasiswa jpa pengajian dalam negara sesi 2010/2011 telah di keluarkan?

  169. salam..sya pelajar UiTM semester ke2..program diploma dlm jurusan engineering..nak tahu ada tak biasiswa JPA untuk peringkat diploma..
    CGPA saya 3.72…adakah sya layak memohon??
    terima kasih..

  170. salam, nak tnye ckit.. permohonan 4 biasiswa dlm ngra 2010/2011 da open ke…? tlng respon…

  171. nice name says:

    hi..
    saya lepasan matrikulasi 2009/10 dan cgpa sye 3.79..
    twrn biasiswa jpa tuk ijazah ble dibuka atau sudh ditutup?

  172. fatin syazwin bintiche mazlan says:

    salam. saya nak tanye bila permohonan akan dibuka untuk 2010?

  173. blh x saya minta no telefon pihak jpa yang betul2 berfungsi.Sudah 3 hari saya cuba contact tapi xde pun orang angkat. kredit telefon dah banyak habis sebab lama tunggu operator dalam sistem talian angkat tapi xde orang juga angkat…

  174. ammarolwan says:

    cmne nk apply ek? sume link "semakan" jer..

  175. sofiah binti othman says:

    adakah twran biasiswa jpa tlh dibuka utk sesi 2010/2011

  176. bile yer biasiswa sesi 2010/2011 akn dibuka???atau dh buka?

  177. hmm,,
    kalau untk plajar politeknik bole mohon tak?

  178. bl tawran jpa 2010/2011 akan dbuka??
    biasanya stau saya spt taun2 lpas dbuka ujung jun tp knpa macam xder brita jer skrang?
    anyone know?

  179. jpa bukak awal july nie.