Modal insan adalah merupakan aset negara yang paling berharga. Justeru, Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha-usaha yang berterusan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Penajaan biasiswa bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diteruskan. Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang hasilnya bakal dinikmati apabila mereka pulang berkhidmat dan seterusnya menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi tahun 2009 untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 mengikuti pengajian di universiti luar negara dalam bidang-bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar), Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2009 adalah 2,000.
Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Pada tahun 2008, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,220 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,282 permohonan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan sedangkan bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 2,000 sahaja.
Bidang pengajian yang menerima permohonan terbanyak ialah Perubatan, manakala, negara pengajian yang menjadi pilihan utama calon ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand. Walau bagaimanapun, semua permohonan tidak boleh dipenuhi kerana tertakluk kepada kekangan kuota pelajar asing bagi bidang perubatan di universiti luar negara.
Berdasarkan pengalaman lalu, bilangan permohonan bagi tahun 2009 dijangka akan meningkat di kalangan calon yang cemerlang. Namun bilangan biasiswa yang terhad akan menjadikan PILN terus kompetitif. JPA, dengan ini, menasihatkan agar calon serta ibu bapa menerima hakikat ini dan berusaha untuk menimbangkan sumber-sumber alternatif penajaan yang lain.
Menyedari persaingan yang kompetitif dalam PILN 2009, usaha penambahbaikan terhadap kriteria pemilihan telah dimantapkan meliputi pencapaian akademik, penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum, sosio-ekonomi (termasuk tanggungan keluarga) dan prestasi temuduga.
Mulai tahun ini, panel temu duga dilantik daripada pegawai-pegawai Kerajaan pelbagai profesion dan kaum mengikut bidang-bidang tajaan. Misalnya, pelajar-pelajar yang memilih bidang perubatan/ kesihatan akan ditemu duga oleh pegawai perubatan/pergigian/ farmasi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu jawatankuasa khas akan menyelia urusan temu duga bagi memastikan pelaksanaannya telus, adil dan saksama.
Temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut bidang-bidang pengajian (misalnya perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial). Setiap satu kumpulan terdiri daripada empat orang calon dalam kelompok yang sama dan calon-calon ini akan ditemu duga dan mengadakan perbincangan mengikut topik yang diberikan oleh panel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor. Program ini akan dilaksanakan selama lima hari mulai 23 hingga 27 Mac 2009 di 49 buah hospital-hospital Kerajaan yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Aspek-aspek yang didedahkan adalah seperti keadaan dan tanggungjawab seorang doktor di Jabatan Kemalangan/Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Pembedahan/ O&G/Orthopedik, pengurusan di bilik mayat, on-call dan lain-lain yang bersesuaian.
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan PILN akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon-calon diingatkan supaya mengekalkan tahap kecemerlangan mereka kerana penajaan ke universiti-universiti di luar negara hanya akan diteruskan ke atas mereka yang mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90 peratus dan tiada rekod disiplin.
Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.
Maklumat lanjut mengenai PILN 2009 sila rujuk Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008.
Ini merupakan kenyataan akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
I applied 4 PILN scholarship but I just got JPA scholarship 4 local IPTS. I don’t understand what they mean by that… What course was given 2 me and where I will be studying they didn’t mention. Please help me…
Vicky,
Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN mungkin akan mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.
Pihak JPA akan menghubungi anda berkenaan maklumat tersebut atau anda boleh juga telefon 03-8885 3892 untuk mendapatkan penjelasan.
Sye plajar lpasan mtrix, sye ingn brtnye bilakah scolar jpa bg plajar sprti sye utk belajar d ipta akn dbuka..
Hrap nilam dpt mmbntu..
Azrai,
Dijangka pada penghujung bulan ini. Sila rujuk maklumat mengenainya di Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 (ini untuk tahun 2008, untuk tahun 2009 belum keluar lagi).
mcm mn ek cara nk mintk biasiswa ek?sy skrg study kt kuis bleh x nk mntk tajaan nie?
ape2 gtau ek,law ada cra lain utkl mntk tajaan
salam,nak tanye klu lepasan degree dan nak ambil dip dlm bidang lain kat luarnegara, ada tak pinjama?
Ana,
Biasiswa ini hanya untuk lepasan SPM yang baru mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Pelajar yang sedang menuntut di IPTA boleh rujuk Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010 tetapi KUIS tidak tersenarai.
Anda mungkin boleh memohon pinjaman atau biasiswa lain, sila rujuk kategori Biasiswa dan Pinjaman. Anda boleh juga berhubung dengan Bahagian HEP untuk mendapatkan tawaran-tawaran pinjaman atau biasiswa yang ada.
Deen,
Salam… Kalau MARA dan JPA setahu saya tidak ada, sebab mereka biasanya memberi pinjaman atau biasiswa luar negara untuk program pengajian peringkat sarjana muda dan ke atas sahaja.
saya seorang lepasan spm tahun 2006 , telah habis a level dan sekarang mengikuti kursus perubatan di salah satu university di UK. adakah apa apa biasiswa yang boleh saya mohon untuk tahun -tahun berikutnya? ( selama ini saya tangung sendiri).
saya tahu ada pinjaman untuk pelajar di tahun ke tiga tetapi , abang saya masih belajar dan belum bayar pinjaman tersebut balik selama 6 bulan seperti yang ditetapkan oleh jpa. oleh itu saya sepatutnya tak boleh dapat pinjaman itu.
Aini,
Selain JPA anda boleh juga cuba memohon daripada MARA. Di samping itu terdapat juga beberapa pihak yang menawarkan biasiswa dan pinjaman, di antaranya anda boleh semak kategori Biasiswa dan Pinjaman. Setahu saja juga pihak British Council ada menyediakan bantuan untuk mencari pembiayaan pembelajaran di UK.
oh tapi bukankah mara hanya untuk pelajar bumiputera? saya bukan bumiputera… tiada alternatif lain ?
saya ada pilihan untuk pergi ke kings university college untuk 3 tahun terakhir ijazah perubatan saya. kings disenarai dalam top 20 universities of the world dan oleh itu layak untuk biasiswa programme elit jpa. tetapi pegawai tersebut kata jpa hanya membiayai kos dari tahun pertama higga kelima. yang saya tak faham ialah kenapa polisi sebegini ? kursusnya sama , kurang kos ( sebab saya sudah bayar 2 tahun pertama) , jadi kenapa tidak boleh untuk 3 tahun terakhir?
ironi nya adalah , pegawai tersebut kata , kalau saya apply untuk kings untuk dari tahun pertama ( jadi 2 tahun saya belajar bazir sahaja ) , mereka akan mempertimbangkan permohonan saya (??!!)
Aini,
Cuba hubungi Ling melalui email salusnatural@gmail.com mungkin beliau boleh membantu anda.
Salam..nak tnya,sya plajar matrix 09/10..tahun dpan bulan april bru hbis pgjian..ada tak sc0larship kal0 nak apply piln jpa utk medik thn dpn?n then apa syrat p0inter minimum nya utk mlyakkan diri dpt sc0larship piln dlm bidang prubatan?
Plis tel me..
Zainal,
Salam… PILN hanya dibuka untuk pelajar SPM tahun semasa sahaja. Jika anda melanjutkan pelajaran di IPTA anda boleh memohon PIDN, sebagai panduan sila rujuk Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010.
Manakala jika anda ingin ke luar negara, secara amnya anda perlu mendapat tempat di universiti di sana sebelum boleh memohon sebarang biasiswa atau pinjaman. Sila hubungi terus JPA berkenaan Program Pinjaman Khas Perubatan, dengan menghubungi pegawai yang berkenaan di talian 03 8885 3406. Di samping itu anda mungkin boleh layari portal Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu.
Salam sejahtera..
Saya merupakan pelajar lepasan ausmat 2009 di bawah tajaan PILN JPA.Saya mendapat point T.E.R(tertiary entrance ranking) kurang dari cut-off pointer yang ditetapkan JPA untuk meneruskan pengajian di universiti di New Zealand.
Cut off point TER bagi Jpa adalah 80 manakala cut off point TER bagi universiti adalah 64.3.Saya mendapat TER 72.7.Saya telah berjaya mendapatkan pengesahan tempat di universiti tersebut. Di sini saya ingin bertanya:-
1-Bagaimanakah caranya bagi saya untuk melakukan rayuan bagi penerusan biasiswa JPA tersebut?
2-Bagaimanakah kebiasaannya pihak JPA menguruskan kes pelajar seperti saya?
3-Apakah langkah terbaik yang harus saya ambil seterusnya demi meneruskan pengajian saya sekiranya rayuan saya ditolak dan tidak dibenarkan untuk belajar ke luar negara?
Salam…saya nk tahu,bila tawaran biasiswa piln bagi jurusan perubatan dibuka utk pelajar lepasan spm 2009?
saye nak bertanye bolehkah sya ingin membuat permohonan biasiswa iaitu selepas daripada tarikh tutup permohonan dan bilakah pembukaan semula tarikh permohonan selepas sesi 2009/2010
Ada sesapa dapat PILN Law?
saya pelajar lepasan matrik 09/10….sy ingin melanjutkan pelajaran dlam bdang perubatan…. ble kah permohonan untuk lepasan matrik akan d buka???in case saya dah terlepas tarikh tersebut adakah saya masih boleh memohon.. bagaimana cara dan tarikh permohonan di buka semula???
Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) biasanya akan dibuka untuk permohonan pada penghujung bulan Jun.
saya adalah pelajar tajaan jpa bagi prgrm biasiswa PILN untuk kursus diploma. saya telah tamat pengajian dip pada mei 2010.Adakah saya boleh menyambung kembali perjanjian tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atau memohon semula untuk biasiswa tersebut??
SALAM.blh sya tau ada tak tawaran biasiswa untuk sarjana pendidikan di dlm negra….