4 IPTA Kekal Status Universiti Penyelidikan Sehingga 2012

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengekalkan status Universiti Penyelidikan atau Research University (RU) untuk tempoh tiga tahun lagi bermula tahun ini. Keputusan itu berdasarkan hasil audit ke atas keempat-empat universiti tersebut dalam tempoh 2007 hingga 2009.

Keputusan mengekalkan status Universiti Penyelidikan bagi ke empat-empat universiti tersebut telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 20 Julai 2010 yang lalu. Kesemua universiti ini juga berada pada tahap Tier 5 Cemerlang mengikut SETARA ’09 yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut beliau secara keseluruhannya keempat-empat universiti penyelidikan berkenaan telah menunjukkan impak yang besar ke atas pencapaian bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan. Pencapaian universiti tersebut turut merentasi empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan.

Dalam aspek modal insan bilangan pelajar pascasiswazah di universiti terbabit menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus iaitu daripada 29,794 pada 2007 kepada 39,819 pada tahun lepas. Dalam aspek penerbitan pula, bilangan penerbitan dalam jurnal indeks sitasi turut meningkat dari 2,303 pada 2007 kepada 4,346 pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 2,043 atau 89 peratus.

Aspek IPR pula mencatatkan peningkatan sembilan peratus iaitu daripada 217 pada 2007 kepada 237 pada tahun lepas, manakala penjanaan pendapatan meningkat daripada RM436 juta kepada RM746.7 juta bagi tempoh yang sama.

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan. Empat buah universiti awam telah diberi status Universiti Penyelidikan ketika itu iaitu UM, USM, UKM dan UPM.

Di antara ciri-ciri Universiti Penyelidikan adalah mempunyai bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, kemasukan kompetitif, pensyarah berkualiti dan nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50.

Kementerian Pengajian Tinggi akan berusaha agar lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan. Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya enam Universiti Penyelidikan menjelang 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 telah mengumumkan pemilihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti penyelidikan kelima.

Related posts:

  1. UM, UIA, UTM Universiti Terbaik
  2. USM Terpilih Universiti Apex
  3. Senarai IPTA Universiti Di Malaysia
  4. Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2009
  5. PPSMI Dimansuh 2012

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , , , , ,
Read 485 articles by

4 Comments

  1. sakura says:

    how bout other university?????

  2. kiyak00 says:

    yeah…..Alhamdulillah upm tercalon dan layak sebagai RU shingga 2012…maju dan terus maju UPM!!!!

  3. semoganya kualiti lulusannya setara dgn status UPM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives