Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
FASA
- Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
- Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
- Fasa 2 – Pengemaskinian
- Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.
KATEGORI
Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J – Aliran Teknikal
SYARAT KEMASUKAN
Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
- UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
- USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 10 Januari 2010
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2010/2011.
USM
- Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 29 Januari 2010
- Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
- Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
- Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
- Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
- Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
- Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
TARIKH TUTUP
- Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 adalah;
- UPU – 10 Januari 2010
- USM – 29 Januari 2010
- Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.
MAKLUMAT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







salam sejahtera.
saya merupakan lulusan matrikulasi tahun 2008/09..
bolehka saya memohon bagi ipta sesi 2010/2011?
kerana saya mendapat tahu bahwa syarat dibawah kategori diploma/setaraf menunjukkan bahawa lulusan matrikulasi 2007 atau sebelum sahaja..
dan jika boleh,perlukah saya menghantar salinan2 sijil yg berkaitan kepada pihak universiti yg dipilih?
dan bilakah saya perlu menghantar sijil2 yg berkaitan ini?adakah pada masa pendaftaran(iatu pada 4 jan 2010-4 feb 2010) atau selepas pendaftaran?