Institut Pengajian Tinggi Awam akan menerima 40,366 orang pelajar baru bagi sesi akademik 2009/2010 berbanding seramai 40,184 orang pada tahun lepas. Mereka ini telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma dan setaraf di semua IPTA seluruh negara.
Seramai 4,424 calon yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebahagian daripada 40,366 pemohon yang berjaya dalam pemilihan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010.
Mereka adalah antara 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM berikutan kesilapan teknikal pada 29 Mei lepas. Baki 150 pemohon yang tidak disenarai akan dipertimbangkan oleh pihak USM menerusi rayuan kerana pada dasarnya mereka telah melepasi pra-penilaian yang dibuat oleh pihak universiti.
Daripada 40,366 calon yang ditawarkan untuk mengikuti program ijazah pertama ini, 27,829 pemohon terdiri daripada kaum bumiputera manakala 10,116 Cina serta 2,421 pelajar India dan lain-lain kaum.
Kira-kira 65 peratus atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di IPTA bagi sesi pengajian 2009/2010 yang bermula bulan depan, adalah wanita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata masalah jumlah calon pelajar wanita jauh mengatasi lelaki ke IPTA tidak dapat dielakkan kerana pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi.
“Walaupun perbezaan gender ini sering ditimbulkan setiap tahun, kita tidak mempunyai cara untuk mengatasinya. Dasar pengambilan pelajar berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi menentukan nilai merit seseorang calon,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, jumlah pelajar lelaki melebihi wanita dalam bidang tertentu khususnya kejuruteraan kimia, sivil dan mekanikal.
“Pelajar perempuan selalunya meminati bidang yang ‘bersih’ seperti penyelidikan dalam makmal dan tidak membabitkan kegiatan lasak berbanding lelaki,” katanya.
Dr Radin Umar meminta semua calon yang ditawarkan ke IPTA supaya membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran itu selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Jun ini, bagi memudahkan pihaknya memproses permohonan rayuan oleh calon yang gagal.
Maklumat lanjut boleh disemak di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf dan Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf.
borse etude a my des informatio.
salam nak tye..tempat kat udm dh penuh ker…sy berharap sangat dapt..samapi ari ni pn x dapat tawaran..kenape susah sangat nk masuk..sy rase udm xde la sengit sangt persaingan..can u help me…
Biey,
Jika sehingga 31 Julai anda tidak menerima sebarang jawapan, cubalah pula memohon untuk pengambilan Disember/Januari. Walaupun begitu saya tidak pasti samada UDM ada membuat pengambilan.
nilam bilakah pengambilan disember/januari bermula dan adakah include UMS and UNIMAS ??? tq
Bia,
Biasanya dalam bulan Ogos/September. Berkenaan UMS dan UNIMAS saya tidak pasti tapi saya akan semak dan maklumkan di ePutra.
salam nilam..bilakah iklan untuk ambilan december 2009 akan dikeluarkan untuk ijazah sarjana muda…saya harap sangat dapat sambung…nanti klu ade berita nilam tolong bagitau ek..tp ngat nak mintak kt udm jerk.rase2 ade x ambilan desember 2009 untuk ijazah kat udm??harap sangat2.takut terlepas…tq
Biey,
Saya tidak tahu tarikh yang tepat tetapi biasanya dalam bulan Ogos/September. Berkenaan UDM saya tidak pasti tapi saya akan cuba semak dan maklumkan di ePutra.
salam nilam..bilakah iklan untuk ambilan december 2009 akan dikeluarkan untuk ijazah sarjana muda…atau ade x lgi twaran untk taon ni,saya harap sangat dapat sambung…nanti klu ade berita nilam tolong bagitau ek..sye x thu dri mner nak thu tarikh sbnar tok apply U ni,kat kuitho atau uthem…rase2 ade x ambilan desember 2009 untuk ijazah kat sne? harap sangat2.takut terlepas…tq
Uchena,
Salam… Permohonan bagi pengambilan sesi Disember/Januari biasanya akan mula dibuka pada bulan Ogos/September ini. Walau bagaimanapun tidak semua IPTA dan program pengajian akan ditawarkan. Saya akan cuba untuk membuat senarai IPTA yang ada membuat pengambilan untuk rujukan semua.
masih byk kekosongan ke upsi nie??
Ayeh,
Saya tidak pasti.
salam nilam..baru2 ni ade kuar iklan pengambilan desember ukm. untuk ijazah sarjana muda xde ker..sy kompius la tgok iklan 2..ble x nilam senaraikan ipta yang menawarkan pengambilan untuk desember 2009.sy takut terlepas lg..pas 2 nk tye udm xde buat pengambilan untuk desember ni???senaraikan skali syarat kemasukan untuk ijazah sarjana muda.
Biey,
Salam… Sila rujuk Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 dan komen-komen di situ.
salam..sye nk tnye universiti mne yg ade twarkan program asasi?
dan berapa rmai yg akan ditawarkan selepas membuat rayuan khususnye untuklepasan stpm??