Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf

TERKINI : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010

Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai hari ini 1 Mei 2009 pukul 12 tengah hari.

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2009. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 4 Mei 2009. Calon yang berjaya juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA mulai pada tarikh yang sama.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA untuk Program Diploma adalah 28 Jun 2009. Manakala tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Asasi berbeza mengikut IPTA dan akan dimaklumkan oleh IPTA berkenaan melalui surat tawaran.

Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei 2009 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.

Pada tahun ini telah dilaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja yang menawarkan program pengajian tersebut, justeru ramai calon cemerlang SPM 2008 akan menerima lebih daripada satu tawaran.

Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.

Related posts:

  1. Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  2. Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  3. Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009
  4. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 483 articles by

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives