Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf

TERKINI :

Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009 bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi atau yang setaraf dengannya telah diketahui hari ini 19 Jun 2009.

Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA masih berpeluang untuk membuat rayuan. Permohonan e-Rayuan telah pun dibuka kepada pemohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009. Tarikh tutup permohonan membuat rayuan ialah pada 28 Jun 2009.

Permohonan e-Rayuan ini boleh dikemukan dengan melayari laman web Permohonan Rayuan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi program pengajian lepasan STPM dan yang setaraf dengannya.

Permohonan e-Rayuan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang ada membuat permohonan kemasukan dan tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA.

Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan ini SEKALI SAHAJA dan boleh mengemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup permohonan.

Calon daripada kategori Lepasan Diploma/Setaraf , dikehendaki menghantar Transkrip Akademik dan salinan dokumen berketerangan sendiri ke IPTA yang di pohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009 seperti berikut:-

  • Maklumat Permohonan;
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon;
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
  • Akuan majikan (Jika Berkaitan);
  • Salinan Sijil STPM/Setaraf;
  • Salinan Sijil SPM/Setaraf;
  • Transkrip penuh akademik
  • Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada);
  • Salinan Sijil MUET;
  • Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian; dan
  • Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika Ada);

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2009/ 2010 dijangka boleh disemak pada 10 Julai 2009. Jika pemohon tidak menerima sebarang tawaran selepas 31 Julai 2009, permohonan e-Rayuan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.

Pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) tidak melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
207 Comments Post a Comment
  1. frh says:

    kalau sambung kat kolej poly tech mara,lepas tu ada peluang ke nak dpt masuk ke ipta walaupun program tu bukan under uitm dan sbg nya?apa kelebihan lepasan kolej poly tech mara ni?

  2. pija says:

    errmm,nk minta pndapt…sy bdak lepasan stpm,pointer 3.0,nk kate bgs pun taklaa..bru-bru ni sy dimklumkan tidak berjaya ke ipta,saya agk kciwa..sdgkan kwn2 sy yg pointr rndh dr sy dpat…mgkn bkn rzki…sy reda,dan buat rayuan…sy nk minta pendpt ok tak klo sy amik kos (bacelor sains -pembangunan sumber manusia)kat upm dan pilihan kedua kat ukm kos (sastera-sejarah)…macm mane klo sy tak dpt msk u..blh bg cdgn untk sy..sy khlngan tujuan..bantu sy.

  3. pelik... says:

    salam..knape sy klik link e-rayuan tu, x dpt?????tolong sy!!!
    ape sy nk kne buat…

  4. saki says:

    salam wbt…saya nak tanya…lepasan stpm nie sama ngan lepasan Diploma/setaraf ke??….
    perlu ke kami hantar/cetak maklumat2 yang berkenaan ke ipta pilihan??
    saya buntu…bimbang klu tersalah langkah lagi…tolonglah saya…(+__+)

  5. Peter says:

    bilalah agaknya rayuan upu tuk stpm akan keluar yer….?

  6. kim says:

    nak cek camne er rayuan 2???xleh pon..pleessss

1 ... 3 4 5

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.