Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009

TERKINI : Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010.

Lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya ramai yang telah berjaya dalam permohonan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada pertengahan tahun ini.

Namun terdapat beberapa orang pelajar yang gagal atau terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran semasa pengambilan sesi Julai yang lalu. Walaupun begitu ini tidak bermakna peluang mereka telah tertutup terus kerana mereka boleh memohon semasa pengambilan berikutnya.

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi pengambilan sesi Disember 2008 / Januari 2009 telah mula dibuka bagi beberapa universiti. Pengambilan bagi sesi Disember 2008 / Januari 2009 ini diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan berbanding pengambilan sesi Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Setelah melayari kesemua laman web IPTA terdapat beberapa sahaja IPTA yang membuat pengambilan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah bagi sesi Disember 2008 / Januari 2009.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuka permohonan kepada calon-calon bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM bagi kemasukan sesi Disember 2008 secara sepenuh masa atau pengajian luar kampus (separuh masa) melalui program-program pengajian seperti berikut:

  1. Asasi/Diploma/Pra Diploma
  2. Ijazah Sarjana Muda
  3. Pengajian Luar Kampus
  4. Profesional dan Lepasan Ijazah

Tarikh tutup permohonan adalah 5 September 2008. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi UiTM Online.

Di samping itu UiTM juga ada menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh atau e-PJJ untuk mereka sedang bekerja. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman web Institut Perkembangan Pendidikan UiTM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2008.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga ada membuka permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UIAM bagi kemasukan sesi November 2008.

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2008. Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula ada membuka Permohonan Calon Saluran Kedua (program sepenuh masa), iklan berkenaannya akan dikeluarkan pada bulan November setiap tahun dan permohonan perlu dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian UKM.

Maklumat lanjut berkenaan pengajian yang ditawarkan dan kelayakan minimum untuk permohonan saluran kedua ini boleh diperolehi di Syarat Saluran Kedua UKM.

Universiti Sains Malaysia (USM) juga ada membuat pengambilan sendiri selain daripada pengambilan berpusat yang diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengambilan calon peringkat ijazah pertama bagi kemasukan khas, kemasukan saluran kedua, warga emas dan pengajian jarak jauh diuruskan sendiri oleh USM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengetahui tarikh permohonan dibuka untuk pengambilan ini bolehlah merujuk kepada laman web Saluran Kemasukan USM.

USM telah pun membuka permohonan kemasukan ke Program Pengajian Jarak Jauh bagi sidang akademik 2009/2010 untuk lepasan Diploma, STPM, SPM, SPM dan yang setaraf dengannya. Mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas juga layak memohon di bawah kategori Warga Emas. Pemohon perlulah memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program berdasarkan Program Pengajian yang dipilih.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di laman web Program Pengajian Jarak Jauh USM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 November 2008 ini.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) juga ada membuat pengambilan bagi sesi Disember selain sesi Julai. Permohonan kemasukan ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UTHM
bagi pengambilan sesi Disember setiap tahun adalah diselaraskan oleh UTHM dan iklan akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama tempatan.

Ketika artikel ini ditulis belum ada maklumat di laman web UTHM bila tarikh permohonan ini akan dibuka. Walaupun begitu pemohon boleh melayari laman web Kemasukan UTHM dari masa ke semasa untuk mengetahui tarikhnya dan mendapatkan keterangan lanjut.

Permohonan kemasukan sepenuh masa semestar II (pengambilan Disember) sesi akademik 2008/2009 program Sarjana Muda UTHM telah pun dibuka. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kemasukan UTHM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2008 dan tarikh tutup penghantaran dokumen yang telah disahkan ialah pada 8 Oktober 2008. Terima kasih kepada Khai24 kerana memberi maklumat ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula mempelawa calon warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Lepasan Diploma atau setaraf untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi ambilan Semester Kedua sesi 2008/2009.

Permohonan kemasukan ke UTM ambilan Semester Kedua sesi 2008/2009 ini adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja. Tarikh tutup Aplikasi Atas Talian (Online Application) ini adalah pada 19 September 2008 dan perlu menghantar salinan Borang Permohonan online berserta sijil-sijil dan transkrip yang telah disahkan selewat-lewatnya pada 26 September 2008.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan ini boleh diperolehi di laman web di Permohonan Kemasukan Pelajar ke UTM.

UTM juga telah membuka pengambilan semestar Disember sesi 2008/2009 bagi program pengajian separuh masa untuk diploma dan ijazah. Tarikh tutup permohonan bagi mengikuti pengajian separuh masa ini adalah 17 Oktober 2008. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi di School of Professional And Continuing Education (SPACE) UTM.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga telah membuka permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pengambilan sesi akademik Disember 2008. Calon-calon lulusan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma adalah layak untuk memohon.

Pengambilan bagi program ini adalah untuk pasaran terbuka dan bukan bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat di laman web Permohonan Dalam Talian UPSI. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 September 2008. Terima kasih kepada Bani kerana memberi maklumat tentang perkara ini.

Universiti Malaya (UM) pula mempelawa mereka yang berminat membuat permohon bagi mengikuti Program Ijazah Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan.

Borang permohanan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web University Malaya. Tarikh tutup menghantar permohonan adalah 20 Oktober 2008.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula telah membuka permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama pengambilan semestar kedua sesi 2008/2009. Permohonan boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti. Pemohon juga perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program untuk kemasukan ke Program Ijazah Pertama di UUM ini.

Guru-guru yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tidak layak untuk memohon kemasukan ini.

Maklumat lanjut berkenaan syarat am, syarat khas program, borang permohonan dan perkara yang berkaitan boleh diperolehi dari laman web Kemasukan UUM. Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang permohonan ialah sebelum atau pada 31 Oktober 2008. Terima kasih kepada Miza dan Hafiz kerana memberi maklumat tentang perkara ini.

Begitulah secara ringkas beberapa IPTA yang ada membuka pengambilan untuk sesi Disember 2008 / Januari 2009. Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang pembukaan permohonan ke IPTA sesi Disember 2008 / Januari 2009 sila tinggalkan komen dan ianya akan dikemaskini di sini supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.

Reblog this post [with Zemanta]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
92 Comments Post a Comment
  1. nilam says:

    Reo,
    Saya faham masalah yang dihadapai tetapi saya sendiri tidak dapat dapat menjawabnya, harap maaf. Cuba hubungi UUM di talian 04 9283108, 04 9283174, 04 9283107 atau 04 9283168 untuk penjelasan.

    Aqilah,
    Saluran kedua ini memang untuk mereka yang sedang atau ada pengalaman bekerja. Oleh itu anda perlu memohon pengambilan lain dan jika telah terlepas untuk memohon semasa pengambilan sesi Disember/Januari, anda boleh memohon untuk pengambilan Julai 2009 nanti. Iklan dijangka akan dikeluarkan dalam bulan Mac nanti.

    Mella88,
    Sama-sama, gembira dapat membantu.

    cTea,
    Iklan permohonan kemasukan ke IPTA untuk lepasan SPM 2008 dijangka akan disiarkan dipenghujung Februari atau awal Mac 2009 nanti.

  2. mella88 says:

    thx again..ahad nie saya ada exam medsi..wish me luck =]

  3. aqilah says:

    tq…so xyah applyla untuk saluran ke2 2 nti yer?kalu owng yang xbekerja xleh apply k?yg permohonan julai 2 same dengn bdak2 y amik stpm thn ni la kan?so saye kene bli no pin jgk k cam dierang?coz no pin dah djual kat BSN

  4. nilam says:

    Mella88,
    All the best!

    Aqilah,
    Memang betul tapi perlu diingatkan bahawa tarikh tutup menghantar permohonan adalah sebelum keputusan SPM/STPM diumumkan.

  5. aqilah says:

    ok thanz tp tak taw la nti saye dapt k x?

  6. ejat says:

    cam ner nak mohon maktab …….?

  7. nilam says:

    Aqilah,
    Sama-sama… insyaAllah dapat.

    Ejat,
    Kemasukan ke maktab perguruan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran dan maklumat mengenainya boleh didapati di Aplikasi Perguruan. Buat masa ini semua permohonan telah ditutup.

  8. aqilah says:

    salam…sowi nak tanye lagi banyk sagt masalah xtaw nk tye sape ble permohonan maktab perguruan dibuka?lgi 1 boleh k saye bli sekrg no pin 2?nti klu bli x laku plak?ade x umo cam saye ni 20 msuk u lambat?lgi 1 dlu mse stpm saye amik subjet bm,pgajian am,sej & p.perniagaan so couse p ek ssuai?btol k orang ckp kalau mtak u y jauh2 cam sabah senag dapt?

  9. mella88 says:

    thx bro nilam.may god bless me and u guys~!
    exam kali ke-2 medsi tue.soalan yg sama cm dulu gak oww.byk saingan jugak laa.neway,gud luck to them too!terima kasih byk sgt2 =)

    aqilah,saya pn 20 jugak still lom msk U..since bis skewl.STPM jugak laa mbik sej,pgajian perniagaan,pngajian am and bm.fuh!saya kerja gak skank neyh.bze keja gakk.smbil2 keja smpat gak check2 application U.just apply jer cos yg ssuai dgn klayakan result aqilah kay.For your info,still byk lagi org umo 20 yg lom msk U lg..kna reject n bla2 la.just don’t give up kay..be optimistic.cheeers! =]

  10. aqilah says:

    tq melissa saye pon keje ni

  11. shu says:

    nak tanye bile permohonan ke ukm dibuka..
    bln 11 kan…pertengahan bulan or akhir??

  12. aqilah says:

    aiii slamat pagi tadi saye buke laman web kementerian pelajaran tinggi die xcakp pon tok kmasukn kpd pelajar stpm yg dah lepaz jz tok stpm yg terbaru jee so camner saye leh mohon x?confiuz laa bro nilam 2long jawab yee…….time kasih

  13. miza says:

    uitm punya result untuk intake disember dah kluar ke?d orang kate minggu kedua bln 11 kan?camne ek nak chek?
    UKM punya intake disember dah boleh mohon ke?
    sesape yang tau, share la kat sumer ye. thanks

  14. nilam says:

    Aqilah,
    Saya sendiri tidak pasti bila permohonan ke maktab perguruan dibuka. Ada sesiapa yang tahu?
    Nombor Unik ID itu patut dibeli pada bulan Februari nanti. Umur bukan menjadi halangan untuk memasuki IPTA yang penting kemahuan. Saya tidak pasti kursus apa yang sesuai, mungkin ada rakan-rakan yang boleh membantu.

    Berkenaan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:
    1. Kategori STPM – Untuk lepasan STPM 2008
    2. Kategori STAM – Untuk lepasan STAM 2008, 2007 dan 2006
    3. Kategori Diploma/Setaraf – Untuk lepasan STPM/Matrikulasi 2007 dan sebelumnya, Lepasan STAM 2005 dan sebelumnya, Lepasan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS dan kelayakan lain yang diiktiraf.

    Mella88,
    Sama-sama.

    Shu,
    Betul bulan November tetapi setakat ini belum ada maklumat lanjut berkenaannya.

    Miza,
    Keputusan kemasukan ke UiTM boleh disemak di Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM.
    Setakat ini saya pun tiada maklumat tentang pengambilan Disember/Januari UKM.

  15. june says:

    sye nak thu bla g ada pngambilan nie ye?

  16. aqilah says:

    ok thanz

  17. nilam says:

    June,
    Pengambilan sepenuh masa Disember/Januari kebanyakannya dah ditutup. Mungkin June boleh mencuba memohon untuk pengambilan Julai 2009

    Aqilah,
    Sama2

  18. mella88 says:

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Asasi/Diploma UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Diploma UiTM (PLK/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UiTM (PLK/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu kedua bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Profesional UiTM (Sepenuh Masa/Separuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

    Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Pra Diploma UiTM (Sepenuh Masa) dijangka boleh disemak mulai minggu ketiga bulan November 2008.

  19. nilam says:

    Terima kasih Mella88.

  20. mella88 says:

    SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF AMBILAN DISEMBER SESI 2008/2009

    Semakan calon jaya menduduki temu duga :

    18 November 2008 (Selasa)

    Tarikh temu duga adalah pada 22 November hingga 25 November 2008

    *good luck guys*

    MAY GOD BLESS YOU ALL (^^,)

  21. nilam says:

    Terima kasih Mella88 dengan maklumat ini.

  22. MIZA says:

    TERIMA KASIH SUMA YANG BAGI MAKLUMAT KAT KAWAN2 KITA.WEB NI MMG BEST

  23. ZMA AZIZ says:

    sy sem akhr sjil hospitaliti pengurusn kt kolej ptpl..n buln 3 thun dpn sy akn g pctikl slame 6 bulan…ley ke sy nk mohon kemasukan ke u skrg???????

  24. ZMA says:

    lepas raye aji ne dh strt mid.sem sehhhhhhhhhhh kt kolej sy ne…cepat 2.kt kolej ptpl ..huhuhuh…….

  25. mella88 says:

    Bro nilam,

    Thanks again
    Isnin nie saya pergi interview uPSI
    Tak sangka bleh dapat plaa
    Offer letter dr uitm pn ada dapat
    THxxxx Lott!!

  26. N says:

    macam mana saya nak mohon utk masuk ke IPTA, sedangkan saya dah ada no ID nya?

  27. yunira says:

    saya nak tanya macam ne nak mohon kemasukan ijazah pendidikan di upsi

  28. queen86 says:

    saya lepasan diploma dr uitm dan ingin menyambung ijazah dlm bidang pendidikan ke maktab perguruan @ upsi.. apakah syarat2 kemasukan dan bila blh saya memohon?

  29. nilam says:

    Zma,
    Anda cuma akan selesai praktikal pada bulan September 2009, jadi saya syorkan anda mohon untuk pengambilan Disember 2009/Januari 2010.

    Mella88,
    Semoga berjaya!!

    N,
    Saya rasa anda perlu membeli no ID yang baru. Walau bagaimanapun sila rujuk Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel upu@mohe.gov.my untuk pengesahan.

    Yunira,
    Anda boleh memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk pengambilan Jun 2009 atau terus memohon dengan UPSI untuk pengambilan Disember 2009. Iklan untuk pengambilan Jun 2009 dijangka disiarkan pada 1 Februari 2009 manakala untuk Disember 2009 pada pertengahan September 2009.

    queen86,
    Syarat kemasukan boleh disemak di UPSI Admission Requirements dan permohonan boleh dibuat seperti jawapan kepada Yunira di atas.

  30. amer says:

    Saya sendiri tidak pasti bila permohonan ke maktab perguruan dibuka. Ada sesiapa yang tahu?teringin sgt nk msuk maktab…sy lepasan diploma..

  31. amer says:

    saya nk msuk maktab…cmner nk mhon?…saya lepasan diploma

  32. AQMA says:

    salam…nak tanya bile agaknya kita boleh tau keputusan tawaran PJJ USM sesi 2009?

  33. nilam says:

    Amer,
    Jika anda mempunyai Diploma anda boleh juga memohon UPSI. Pengambilan UPSI dibuat dua kali setahun, pengambilan Jun perlu dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi manakala pengambilan Disember perlu dibuat terus kepada UPSI.

    Manakala pengambilan ke maktab pula diuruskan oleh Kementerian Pelajaran. Saya tidak tahu bila permohonan ke maktab dibuka tetapi anda boleh rujuk Aplikasi Perguruan.

    Aqma,
    Saya pun tidak tahu tetapi cuba hubungi Puan Yamisah Yazid di talian 04-6533697.

  34. erra says:

    hai… sy baru kat cni…. nak tanya keputusan rayuan uitm sesi dec 2008 bila kuar ek…. jenuh ni check… xada gak..

  35. nilam says:

    Erra,
    Saya pun tidak pasti, cuba hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
    Universiti Teknologi MARA Malaysia di talian 03-55443532

  36. boss says:

    assalamualaikum…
    permohonan ke UTEM tak keluar lagi ke
    macam mana nak memohon? ada cadangan x?

  37. nilam says:

    Boss,
    Saya pun tidak mempunyai maklumat mengenai pengambilan UTEM bagi sesi Disember/Januari 2009. Walaupun begitu anda boleh memohon untuk pengambilan Julai 2009, maklumat lanjut sila rujuk Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010.

  38. jepp says:

    saya nak study part time tapi tak tau kat mana

  39. nilam says:

    Jeep,
    Sebenarnya ada banyak tempat untuk belajar separuh masa. Terpulang kepada minat dan kelulusan yang dimiliki sekarang.
    Hampir semua IPTA ada menawar pengajian separuh masa atau pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh. Sila rujuk laman web IPTA yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  40. queen86 says:

    nilam,permohonan ke upsi utk intake jun2009 dah dibuka ke belum?
    bagaimana mahu memohon melalui kementerian pengajian tinggi?

  41. nilam says:

    Queen86,
    Permohonon ke UPSI untuk pengambilan Jun 2009 telah pun dibuka dan boleh dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma dan tarikh tutup permohonan adalah 5 Februari 2009.

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.