Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pendidikan YTN dalam bentuk Biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi kemasukan sesi Jun/Julai 2010.
Bidang Kursus Pengajian
Ijazah Sarjana Muda dalam
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Perakaunan
Syarat Akademik
- Lulus STPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya empat mata pelajaran gred B+ ATAU
- Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.33
Syarat Tambahan
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2010.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
- Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2010 yang telah mendapat tempat di IPTA .
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web : http://yayasan.tnb.com.my/sam
- Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
- Pastikan anda menyemak Manual Pengisian Borang Secara Online dan Senarai Semak Biasiswa IPTA.
- Sila hantar semua dokumen sokongan ( sijil-sijil atau apa sahaja bukti yang diisi semasa online) dan di hantar setelah disahkan dan perlu mengikut aturan seperti yang terdapat di Bahagian A – Senarai Semak.
- Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh Tutup Permohonan
- Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010 ini akan ditutup pada hari Isnin, 12.00 tengah malam, 05 Julai 2010.
- Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat
- Sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lanjut.
- Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa ini sila hubungi:-
- Umum : En. Ahmad Zehne 03-8924 7528, En. Ahmad Iqbal 03-8924 7537, En. Mohd Hakimi 03-8924 7524 atau En. Mohd Nasir Ali 03-8924 7519
- Teknikal : En Mohd Jafri 03-8924 7523, En Nazlan 03-8924 7543 atau En Mohd Amrizal 03-8924 7549
- Atau melalui e-mel infoytn@tnb.com.my
I applied and I got biasiswa for mechanical engineering. But I didn't go in the end.
Nice n3..visit mine if free k. ;D My top entry is here So Funny