Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganjurkan satu Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN). KPTN yang dipanggil juga JOM MASUK U merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005.
Tagline “JOM MASUK U” digunakan bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
MATLAMAT
Di antara matlamat Karnival Pengajian Tinggi ini adalah
- Menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
- Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
- Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
- Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2009/2010.
PENGUNJUNG
Mereka yang patut hadir ke pameran pendidikan ini ialah pelajar-pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar, pelajar Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain, serta guru,kaunselor, ibu bapa malah sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat mengenai IPTA.
AKTIVITI
Di antara aktiviti yang akan diadakan adalah
- Forum
– Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA
– Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam pelbagai forum lain. - Ceramah
oleh wakil IPTA, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia(MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Tinggi. - Karnival dan Pameran
oleh IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, IPTS, Lain–lain institusi yang menawarkan peluang pendidikan tinggi.
Risalah disediakan untuk program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain. - Khidmat Kaunseling dan Kerjaya
oleh kaunselor daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). - Cabutan bertuah dan kuiz.
LOKASI
Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau Jom Masuk U akan diadakan seperti berikut;
Tarikh |
Lokasi |
---|---|
17 – 18 Jan 2009 |
PWTC, Kuala Lumpur |
31 Jan – 1 Feb 2009 |
Dewan 2020, Kangar, Perlis |
14 – 15 Feb 2009 |
1 Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
28 Feb – 1 Mac 2009 |
Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang |
14 – 15 Mac 2009 |
MITC, Ayer Keroh, Melaka |
22 – 23 Mac 2009 |
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang |
28 – 29 Mac 2009 |
Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak |
4 – 5 April 2009 |
Plaza Angsana, Johor Bharu |
Karnival ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di semua lokasi kecuali di Plaza Angsana dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang.
Semua pihak yang berkenaan sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke IPTA dan perkara yang berkaitan.
Sumber : Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA
To Whom It May Concern,
Dear Sir,
Re: U-Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009
Refering to above matter, i am working for one of IPTS in the country just want to inquiry if this U-Karnival is open to any IPTS who want to join as a exhibitor. If is it open for us how do we enrol or join it.Please guide us in this matter.
Your co-operation is highly appreciated.
Thank you.
Regards,
Cecelia Medan
Cecelia,
Please contact the organizer for details;
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
Helpline : 03-8883 5848
Talian Am : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
E-mel : upu@mohe.gov.my
tolong lah masuk kan aku kat uiam ……..
Salam..
Saya Bertugas di salah sebuah pusat bertauliah (MLVK).
Bagaimana untuk terlibat dan menyertai Karnival Pendidikan yang tersenarai diatas dalam usaha mempromosi institut kami ini.
Saya ingin mengetahui cara untuk mendaftar bagi menyewa booth pameran di Plaza Angsana Johor pada bulan April akan datang.
Terima Kasih..
Cik Hafizah,
Sila hubungi pihak penganjur iaitu Kementerian Pengajian Tinggi seperti alamat di atas.
ADAKAH AKTIVITI2 SEPERTI CERAMAH, FORUM, SERTA KHIDMAT KAUNSELING DAN KERJAYA DALAM KARNIVAL JOM MASUK U INI DIADAKAN SERENTAK???
Ain-25,
Sila hubungi pihak penganjur untuk mengetahui aktiviti yang diadakan di sesuatu lokasi kerana ianya berbeza di setiap lokasi.
jam brape kanival ni tutup?
Zura,
Pukul 5.00 petang di semua lokasi kecuali di Plaza Angsana pukul 6 petang.
bila lagi nak buat kat miri..
kedatangan kamu mmg dialu2kan kat sini..
kalau boleh, kamu buat kat sini k..
takkan kat kuching jer..
please..
huhu..
Baizura,
Cuba bertanya dengan pihak pengajur, mungkin ada perancangan untuk ke Miri di masa akan datang.