79 Comments

syeekin Said,
January 21st, 2009 @8:55 pm  

bagaimana kalau kos yang dipilih memerlukan band 4 dalam muet tapi pelajar tersebut telah memperolehi band 2?tambahan pula pelajar tersebut memperolehi pointer yang bagus…… kalau mengulang, muet result mungkin akan keluar lewat sedangkan kemasukan ipta adalah pada bulan 7…?

nilam Said,
January 22nd, 2009 @3:02 pm  

Syeekin,
Masalah begini memang menjadi satu dilemma kepada para pemohon. Saya cadangkan anda berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks : 03-8889 4260 atau emel : upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan pilihan yang ada untuk mengatasi masalah ini.

huhu Said,
January 26th, 2009 @11:01 pm  

nilam…kalo skarang tengah semester akhir diploma boleh apply ke tak..
ade yg kate tak boleh..ade yg kate boleh..
pastu die kan suroh pos transkrip diploma tuh..mane ade lagikk

ape kate ko callkan jek upu online tuh..
aku da emel upu tapi die tak reply..

nilam Said,
January 28th, 2009 @3:30 pm  

Huhu,
Pelajar semestar akhir diploma biasanya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di IPTA yang sama tanpa perlu melalui UPU. Walaupun begitu untuk memohon IPTA lain perlu tamat diploma dahulu.
UPU memang lewat sedikit membalas emel yang dihantar.

hollowz Said,
January 31st, 2009 @10:23 pm  

nilam…bile buka part-time course (PLK,PJJ) untuk kemasukan bulan jun 2009??

nilam Said,
February 2nd, 2009 @8:22 am  

Hollowz,
Kemasukan ke kursus luar kampus atau jarak jauh biasanya diuruskan sendiri oleh IPTA yang berkenaan. Oleh itu saya syorkan Hollowz semak laman web IPTA yang ingin dimasuki. Saya juga akan cuba mendapatkan maklumat yang sama untuk dipaparkan di sini.

norini1960 Said,
February 3rd, 2009 @1:36 pm  

Camane klu sijil muet dh hilang atas sebab2 tertentu dan x sempat nak g amik salinan semula kat majlis peperiksaan Msia kat Selayang sb masa dh suntuk benar.Saya dapat band 3 masa amik muet dulu.Malangnya salinan sijil tu pun xde dlm simpanan saya.Sebab setau saya salinan muet tu mesti dihantarkan sekali ke universiti pilihan bersama dokumen lain.Saya lulusan diploma.

nilam Said,
February 3rd, 2009 @4:54 pm  

Norini,
Salinan sijil tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 7 Februari 2009 dan tarikh tutup permohonan untuk Lepasan Diploma adalah 5 Februari 2009. Memandangkan masa terlalu suntuk, anda perlu datang sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Majlis untuk mendapatkan salinan sijil berkenaan.

achid Said,
February 9th, 2009 @11:28 pm  

hello,
mase saye tengok keratan iklan ini di surat kabo die tulis untuk lepasan matrikulasi 2007 atau sebelum sedangkan saya merupakan lepasan matrikulasi 2008…oleh disebabkan itu saya terlambat online iaitu pada 5 feb..pastu anto sijil2 6 ariblan..ini semua terjadi ble saya bkk panduan permohonan tulis diploma/setarf leh dimohon oleh lepasan matrikulasi bkn tahun semasa…adakah permohonan saya akan diterima jika sijil saya sampai di IPTA pilihan selepas 7 feb???

nilam Said,
February 11th, 2009 @4:59 pm  

Achid,
Saya tidak berani untuk memberi kepastian tentang perkara ini.

achid Said,
February 12th, 2009 @12:43 am  

hello again..mcm mane keputusan permohonan untuk lepasan diploma/setaraf akan keluar???melalui online atau universiti pilihan yang akan memberitahu???bile tarikh semakan??tq

nilam Said,
February 14th, 2009 @11:22 am  

Achid,
Semakan Status Penerimaan Permohonan Kemasukan ke IPTA boleh dibuat mulai 3 April 2009 hingga 13 April 2009 dan Semakan Status Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA boleh dibuat pada penghujung bulan Jun. Kedua-dua semakan boleh dibuat secara online.

ejat Said,
February 17th, 2009 @3:56 am  

nilam…
bila tarikh keluar result UPU???
pastu bila keluar pemohonan biasiswa JPA????

nilam Said,
February 17th, 2009 @12:56 pm  

Ejat,
Keputusan UPU dijangka pada penghujung bulan Jun nanti. Manakala permohonan biasiswa JPA biasanya akan dibuka pada bulan Jun juga.

achid Said,
March 2nd, 2009 @1:30 am  

HELLO…
NI NK MENYIMPANG CKIT DR TOPIK NIE…
NK MNTK PNDANGAN, PATUT X SAYA MASUK SWASTA JE????…SEBAB SY RASE DH GIVE UP NK MENUNGGU IPTA NIE…TAKUT KECEWE…

nilam Said,
March 2nd, 2009 @1:18 pm  

Achid,
Anda memang boleh sahaja masuk IPTS tetapi pastikan institut itu diiktiraf oleh MQA untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

samad Said,
March 2nd, 2009 @10:17 pm  

saya adalah lepasan STPM 2007.Saya ingin memohan utk permohonan lepasan diploma/setaraf.Tetapi saya telah melepaskan tarikh permohonan pada 5feb.Saya ingin tanya bahawa, adakah saya boleh memohon serentak dengan pelajar lepasan STPM 2008.Saya ingin meminta pandangan saudara apakah yg saya perlu lakukan.?????

nilam Said,
March 3rd, 2009 @9:49 am  

Samad,
Permohonan untuk lepasan STPM 2007 telah pun ditutup dan anda tidak boleh memohon bersama-sama lepasan STPM 2008 kerana sistem komputer tidak membenarkannya. Walaupun begitu cuba hubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 untuk kepastian.
Satu lagi pilihan anda boleh memohon untuk pengambilan Disember/Januari nanti.

mrz LaiLa Said,
March 22nd, 2009 @9:08 am  

saya ni Lepasan dip.2008.sEbLom habis study tu em saya sem 6,saya ada la appLy upu.saya appLy uni kaT pEninsuLar,tapi tak dapaT.buaT rayuan pun xdapat juga.PoinTER sy xLa TEruk.3.7 keatas.sukan pun aktiF.hm tapi Lagi,kawan2 saya LaEn dapat,Tapi Lagi kan,majoriti cuma dapat UNIMAS dan UMS je. dak dip.poLi sabaH cuma bLEh masuk 2 u tu jE kE?

sharon Said,
March 24th, 2009 @10:43 am  

Adik saya lepasan stpm 2007. Permohonan telah ditutup sekarang. Boleh saya tahu bilakah tarikh permohonan seterusnya? Terima kasih.

nilam Said,
March 24th, 2009 @11:35 am  

Mrz Laila,
Anda tidak perlu berputus asa tetapi teruslah mencuba lagi. Di samping itu saya rasa pihak UPU atau universiti akan memilih seseorang calon berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan tanpa prejudis terhadap lulusan politeknik Sabah.

Sharon,
Pengambilan berikutnya untuk sesi Disember/ Januari adalah dijangka antara bulan Ogos/ September nanti.

ain Said,
March 24th, 2009 @11:58 am  

erm.. boleh saya tau bila keputusan upu bagi lepasan diploma bagi sesi julai 2009 keluar?n bilakah tarikh ujian medsi?

nilam Said,
March 24th, 2009 @2:51 pm  

Ain,
Setakat ini UPU belum lagi menyatakan bila tarikh pengumuman akan dibuat. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

ain Said,
March 28th, 2009 @10:00 am  

salam..boleh saya tau bila tarikh semakan ujian medsi?

ain Said,
March 28th, 2009 @10:01 am  

dan mcm ne saya nak tau sama ada saya terpilih atau tidak dalam ujian medsi?

nilam Said,
April 1st, 2009 @11:11 am  

Ain,
Salam… Semakan boleh dibuat mulai 13 April 2009 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

adie88 Said,
April 3rd, 2009 @8:27 pm  

salam ..hye Nilam, sy ada kemuskilan ne..harap tolong saya ya…
saya pelajar STPM 2007 tetapi tdak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pada tahun 2008 kerana subjek pengajian am dan sains sukan saya tdak mndapat PRINCIPLE daripada 5 subjek namun saya telah mengambil ulangan STPM pengajian am dan sains sukan pada tahun 2008..
soalan saya,
1..adakah saya boleh mengabungkan keputusan STPM 2007 dan 2008 untuk memasuki IPTA pada tahun 2009? dan
2.. adakah saya di kategorikan (S) lepasan STPM 2008 dalam permohonan? atau sebaliknya ..

feza Said,
April 7th, 2009 @4:40 pm  

hai..sya nak tanya,semakan status prmohonan kan dah boleh disemak mulai 3 april.guna sms pun boleh,kan?tapi bila saya semak guna sms,jawapan yang saya trima,borang permohonan sya tiada dalam sistem.tapi semak guna online,permohonan saya ada..itu yang membimbangkan saya.

nilam Said,
April 9th, 2009 @2:47 pm  

adie88,
Salam… Saya tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut, mungkin ada pembaca lain yang menghadapi situasi yang sama boleh membantu. Sementara itu cuba hubungi UPU di talian 03-8883 5858 untuk penjelasan.

feza,
Jika disemak melalui online permohonan anda ada, tidak perlulah bimbang. Walaupun begitu jika inginkan kepastian cuba hubungi Hotline UPU di 03-8883 5858.

achid Said,
April 11th, 2009 @4:23 pm  

macam mane nak semak status penerimaan???

ana89 Said,
April 14th, 2009 @4:29 pm  

knp ssh sgt nk msk lman web mpm nie,,,kte suh semak ujian medsi kt c2,,,
ader x cre len cmner nk semak????
dh ar kter kne print slip 2 klu nk ambk ujian…tp nk masuk lmn web pun ssh…
bantu sye!!!!!!!!!

tiramisu Said,
April 17th, 2009 @1:29 pm  

bila iklan pengambilan kedua sesi december 2009/2010 akan kuar ek??plizz..

nilam Said,
April 18th, 2009 @4:19 pm  

Achid,
Memang boleh disemak di laman web UPU di bawah Status Permohonan tetapi sekarang sudah tak boleh diakses.

Ana89,
Mungkin ketika itu terlalu ramai yang masuk laman web mereka.

Tiramisu,
Biasanya bulan Ogos/September nanti.

pinkpanter Said,
April 18th, 2009 @7:13 pm  

bila agaknya keputusan ujian MeDSI akan dikeluarkan……

achid Said,
April 18th, 2009 @8:23 pm  

nak mintak pendapat semua..mule2 saye nk masuk masterskill dalam bidang fisioterapi tp tetibe saye dapat panggilan temuduga spa untuk jawatan pembantu perubatan n jurupulih cara kerja..tp saya x tau nk gi ke x masterskill nie sbb klu sy x gi rugi plak kalau x dapat spa tue…tp klu sy dh masuk masterskill tetibe dapat spa tue boleh ke sy kluar dari masterskill tue???ade kene bayo pape ke klu nk kuar dr kolej tue??please..i need advice..

FATIN Said,
April 20th, 2009 @10:30 am  

BILA KEPUTUSAN UJIAN MEDSI PADA 18 APRIL 209 KUAR….N SELALU NYE KEPUTUSAN TU AKAN KUAR MACAM MANE?KITA KENA CHECK KE DIEORANG AKAN TEPON KE OR AKAN DAPAT SURAT

nilam Said,
April 21st, 2009 @7:12 am  

Pinkpanter dan Fatin,
Saya kurang arif berkenaan ujian MEdSI ni, jadi tidak pasti pula bila keputusannya akan dikeluarkan. Harap ada pembaca lain boleh membantu.

Achid,
Ini bergantung kepada keutamaan anda ketika ini samada untuk belajar dahulu atau sambung belajar kemudian. Walaupun begitu kerana SPA tu belum tentu dapat mungkin anda boleh pergi Masterskill dahulu tetapi cuba pastikan apa syarat2nya jika anda ingin berhenti daripada kolej.

achid Said,
April 21st, 2009 @8:40 pm  

untuk masterskill tue klu dh masuk, pastu kluar duit sebanyak RM 950 kire hangus..

nilam Said,
April 21st, 2009 @11:44 pm  

Achid,
Emm… nampaknya agak sukar juga hendak membuat keputusan kerana kos melepasnya agak tinggi. Anda terpaksa menimbangkan apa yang menjadi keutamaan.

achid Said,
April 23rd, 2009 @9:11 pm  

td saya pergi ke temuduga SPA untuk jawatan pembantu perubatan dan jurupulih cara kerja tapi apa yang mengejutkan saya mereka memberi alasan tiada jwtn2 tersebut untuk perempuan oleh itu mereka menawarkan jururawat pelatih..adakah situasi sebegini selalu berlaku??
saya rase sperti tertipu kerana saya datang dari jauh tetapi jawatan yang saya harapkan tiada sedangkan slip temuduga tertulis pembantu perubatan dan occoputional therapy..

nilam Said,
April 24th, 2009 @9:11 am  

Achid,
Saya tidak mempunyai pengalaman berkaitan temuduga SPA tetapi merasa dukacita dengan apa yang telah anda lalui.
Jika ini biasa berlaku di temuduga SPA yang lain tentu akan merugikan masa dan wang mereka yang terbabit. Di harap ada pihak yang dapat memantau perkara ini.

Ateerah Said,
April 30th, 2009 @3:08 pm  

Hye,can i kn0w when is the ann0uncement of the date f0r medsi interview?

nilam Said,
April 30th, 2009 @8:37 pm  

Ateerah,
Setahu saya ujian MEdSI untuk tahun ini telah berlalu, sila rujuk Maklumat Ujian MEdSI.

haffiz .. Said,
May 1st, 2009 @12:02 pm  

salam ,
saya nak tnya kat nilam …
jika saya pemohon lepasan stpm telah silap mengemukakan permohonan kategori kpd diploma/setaraf .. Adakah berpeluang untuk saya memgemukakan pembentulan kategori apabila waktu kes rayuan diberikan oleh pihak kementerian pengajian tinggi sendiri.?? huhu ..??

nilam Said,
May 2nd, 2009 @8:44 am  

Haffiz,
Saya tidak pernah menghadapai masalah seperti ini. Oleh itu saya cadangkan anda hubungi UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau emel upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan bantuan.

cadburyGalz Said,
May 11th, 2009 @9:57 am  

salam,
saya lepasan STPM 2007,erm nak tau bila result kemasukan DIPLOMA/SETARAF keluar???? Diaorg kata sdh kluar..betul ker??Tp bila i check x ada pula…Blurrnya.Atau result tersebut serentak kluar dgn STPM 2008 iaitu bln 6 nanti..?Plzzz….

cadburyGalz Said,
May 11th, 2009 @10:05 am  

keputusan kemasukan akademik sesi 2009/2010 lepasan Diploma bila keluar??? plzz..saya lepasan STMP 2007,diaorg kata sdh kluar,betul ker??? FUH!

nilam Said,
May 12th, 2009 @12:38 pm  

cadburyGalz,
Salam… Keputusan akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

zieyra Said,
May 12th, 2009 @3:23 pm  

sye nk tya, bla keputusan upu u sesi julai 2009 (lepasan diploma) boleh disemak..

nilam Said,
May 13th, 2009 @9:50 am  

Zieyra,
Keputusan akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

AdY_ChArM Said,
May 14th, 2009 @2:15 pm  

Bilakah pengambilan kemasukan ke universiti sesi kedua dibuat pada tahun ini bagi lepasan diploma?

nilam Said,
May 15th, 2009 @3:27 pm  

Ady Charm,
Pengambilan untuk sesi Januari 2010 biasanya dibuka dalam bulan Ogos atau September.

takmengharap Said,
May 17th, 2009 @4:45 pm  

salam.saya nak tanya..saya ada mintak upu ari tuh untuk lepasan diploma.saya dari lepasan uitm…tapikan masa mintak tu ada gak isi untuk masuk usm…n dah pg ujian munsyi tuh….nak tau..mana satu yang akan kuar result dulu..usm atau upu?…bila usm nak kuar?bc paper diaorg kata tunggu kebenaran dari upu baru announce….

nilam Said,
May 18th, 2009 @9:33 am  

Takmengharap,
Buat masa ini saya juga tidak ada maklumat mengenai tarikh tepat pengumuman keputusan akan di buat samada oleh USM atau UPU.

kaciwa Said,
May 21st, 2009 @10:51 am  

salam nilam..
sy lpasan program mengulang di matrikulasi…sy tlh gagal buat kali kedua dan tidak layak mnerima twaran UPU..dan sy tdk ada memohon apa2 selain itu.
stahu saya intake july sesi baru tlh dtutup..dan kbnyakan intake baru pd bulan disember. apakah program2 yg boleh anda cadangkan untuk melanjutkan pelajaran buat masa skrng??

nilam Said,
May 22nd, 2009 @9:59 am  

Kaciwa,
Pengambilan ke IPTA untuk sesi Julai semuanya sudah ditutup. Anda perlu menunggu untuk memohon pengambilan Januari nanti. Melainkan anda ingin melanjutkan pelajaran ke IPTS masih banyak yang dibuka lagi.

tolongtolong Said,
May 24th, 2009 @3:26 am  

nilam,
saya pelajar tahun akhir diploma di uitm pada bulan januari hingga april 2009. saya telah memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah melalui upu. walaubagaimanapun, saya baru tahu bahawa untuk menyambung ke ijazah tidak perlu melalui upu tetapi melalui permohonan penerapan di student portal uitm. adakah ini bermakna permohonan saya melalui upu itu tidak akan diproses ? adakah permohonan upu hanya untuk pelajar yang sudah tamat pengajian sahaja ?

zafira Said,
May 26th, 2009 @1:49 am  

salam alaik~~

saya adalah student HnD tahun akhir di Kolej Legenda, n9.saya da apply upu utk kemasukan degree sebelom dateline nye.tapi sy anta maklumat peribadi sy agak lambat dan sy jg x anta transkrip skali sbb blom abis study lgi.persoalan nye….adakah permohonan sy ni akan diterima dan boleh ke sy pohon upu utk msuk ke ipta sdgkn sy dr ipts dan akan abis ujung bln 6 ni..harap nilam bley bg penjelasan..

wallahua’lam~~

nilam Said,
May 26th, 2009 @7:57 am  

Tolongtolong,
Saya tidak pasti samada permohonan akan diproses oleh UPU. Saya syorkan anda berhubung segera dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi mengelakkan terlepas peluang untuk menyambung pelajaran Jun ini. Jika terlepas anda mungkin terpaksa memohon untuk kemasukan bulan Januari ini.

Zafira,
Salam… Biasanya UPU hanya akan memproses permohonan jika anda telah tamat pengajian dan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan termasuk penghantaran dokumen yang diperlukan. Mereka dari IPTS memang boleh memohon ke IPTA jika memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

zafira Said,
May 27th, 2009 @12:49 am  

ouh..maksudnye sy kne apply balik ke & permohomam sy tu akan terbatal secara automatik?

nilam Said,
May 27th, 2009 @7:19 am  

Zafira,
Ada kemungkinan tetapi semak dahulu bila keputusan diumumkan pada minggu ketiga Jun nanti. Jika betul tidak mendapat tempat anda boleh memohon untuk pengambilan bulan Januari yang akan dibuka pada bulan Ogos/ September ini.

ayadesue Said,
June 2nd, 2009 @11:15 pm  

bile pengambilan masterskill tahun depan ek? (2010)

nilam Said,
June 3rd, 2009 @8:50 am  

Ayadesue,
Saya tidak ada maklumat tersebut, sila hubungi mereka di talian 03-9080 5888 untuk kepastian.

ai Said,
June 7th, 2009 @1:13 pm  

nak tanye bile uitm bukak online permohonan untuk sesi kemasukan bulan disember 2009 ni?kalau bukak website die ade yang lame je.saye nak apply diploma.

nilam Said,
June 8th, 2009 @3:46 pm  

Ai,
Biasanya dalam bulan Ogos/ September.

ai Said,
June 9th, 2009 @4:24 pm  

thanks nilam.it is for my lil bro.kalau dah kua boleh tolong alert me?

nilam Said,
June 10th, 2009 @8:02 am  

Ai,
Sama2, sila subscribes feed blog ini supaya anda dapat menerima berita terbaru melalui emel.

fara88 Said,
June 10th, 2009 @9:30 pm  

saya nak tny bile boleh start apply untuk kemasukan ipta lepasan diploma sesi december2009/january2010?

nilam Said,
June 12th, 2009 @8:50 am  

Fara88,
Biasanya permohonan akan dibuka dalam bulan Ogos/ September.

hidayah Said,
June 13th, 2009 @12:16 pm  

sya nak thu bile semakan kputusan permohonan ke ipta akan keluar? adakah pada minggu ketiga atau minggu keempat

sya Said,
June 14th, 2009 @8:32 pm  

bila keputusan temuduga medsi kuar ho?

TolongTolong Said,
June 16th, 2009 @3:19 am  

Nilam ,
Saya nak mengucapkan terima kasih diatas nasihat yang Nilam beri tempoh hari. Saya dah semak di student portal uitm , dan saye telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Thanks Nilam.

nilam Said,
June 16th, 2009 @10:48 am  

Hidayah,
Pada 19 Jun ini, sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf.

Sya,
Saya tidak pasti mungkin ada pembaca lain boleh membantu.

Tolong Tolong,
Sama-sama, semoga anda akan terus berjaya di UiTM.

saya TAKOYTTT.... Said,
June 18th, 2009 @12:45 pm  

hhmm….
esk kuaq U…
tatutt nyerrkk…

keliru Said,
June 23rd, 2009 @8:57 pm  

Nilam, sy merupakan pelajar lepasan politeknik yg bru sahaja tmt pengajian jun 2009.Sy tlh memohon UPU dengan menggunakan keputusan sem 5. Namun, sy ggl menempatkan diri utk mane2 ipta utk sesi ini. Saya telah membuat rayuan dan memasukkan result sem 6 sbg cgpa terkini dlm permohonan. Adakah sy lyk utk membuat rayuan ini ? atau sy perlu membuat permohonan bru pd sesi akan dtg….

achik Said,
June 23rd, 2009 @10:46 pm  

em acik lepasan diploma in business management di ipts dan cgpa akhir 3.36, dan baru ambik muet mid year 2009, so result muet blum kua lagi.. acik ggl ditawarkan di mane2 ipta. em kalu acik wat rayuan ni blh dapat ke and ape kos yang senang dapat

nilam Said,
June 24th, 2009 @1:06 pm  

Keliru,
Jika ada kekosongan dan rezeki anda akan mendapat tempat. Jika tidak, bawa bersabar dan cuba mohon di pengambilan yang berikutnya.

Achik,
Anda perlu memaklumkan kepada pihak universiti bahawa anda sedang menunggu keputusan MUET. Jika tidak, permohonan atau rayuan anda tidak akan dipertimbangkan.
Kebarangkalian untuk mendapat tempat bergantung kepada kelayakan anda dan kekosongan tempat di kursus berkenaan. Jika anda memohon kursus yang kurang saingan akan meninggikan peluang untuk mendapat tempat.

Pingback & Trackback
January 8th, 2009 @12:58 am  

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved