Permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2009/2010 bagi lepasan SPM telah pun mula dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai 3 November 2008 lalu. Berikut adalah beberapa soalan lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA sesi 2009/2010.
1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009
2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008
4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA?
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web http://www.mohe.gov.my
Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian:
1. Pesanan secara pukal melalui sekolah
2. Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan
5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Lepasan STPM/Setaraf : Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
Lepasan SPM/Setaraf : Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraff : Minggu pertama Mei 2009
8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.
10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuain maklumat.
11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.
12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.
13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah.
14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.
15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :
1. Internet :
- http://www.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://www.jpt.utm.my
2. SMS Taip UPU dan hantar ke 32300/32020
3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769
Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel upu@mohe.gov.my
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=0e9387ef-d97b-49b5-a62f-418bef1dd1da)




nilam, tumpang tanya leh tak?results saya teruk sgt2 tp saya nak mohon asasi tesl…layak ker tak ngan result sy nie?
bm-b+
bi-a
pai-a-
sj-b
math-b
add math-e
eko-c+
fizik-d
kimia-d
macam maner nih?:(
cam ner nih…satu ag,asasi tesl ni mmg wajib kena interview ker?biasanye interview die wat kat ner?
salam..tumpng tny..kalo dpt utk mtrik, upu ada pluang utk dpt gak ke??kalo boleh sy nak tggu upu..tp tkut kalo tolak mtrix,upu pown xdpt..
saya igin membuat pertukaran tempat ujian medsi.. adakah boleh?
hi,sy na tanya tentang ipts dan ipta.jika sy ambil foundation business dkt INTI college (IPTS),boleh ke sy ambil degree pada masa akan dtg di IPTA ?adakah ia terpulang kepada subjek yg kita ambil sama atau pointer yg tinggi perlu dicapai ?sy keliru
hi,
sy dpt dip. pengurusan teknologi pejabat,tujuan asal sy utk melanjutkan pelajaran dlm bidang teknologi maklumat atau yg berkaitan dngn komputer,tetapi atas sbb result sy yg sederhane(math d),sy tdak mncapai syarat minimum bgi kursus tersebut. Sy kurang arif tntang silibus yg akan diajar dlm kos ini..boleh tuan berikan sedikit info mengenai silibus pelajaran yg akan diambil oleh pelajar yg mengikuti kursus ini?
thx.
assalamualaikum…
saye nak tmpang tanye,
knp sye tak dpt sebarang tawaran MATRIKS ataupn IPTA
sdangkan saye mendpt 6A dlm SPM 09????
saya dapat
A utuk BM,MT,SJ,FIZIK,QURAN SUNNAH
A+ untuk sayriah islamiah
B+ untuk Bi, Kimia,AddMath,arab
C+ biology
teruk sgat ke result saye ni???
saya tol2 tension…
tak faham knp sye tak dpt …
adkah sebb parents saye penduduk tetap???
saya apply upu 1. asasi engeering,UITM 2. asasi law, UITM
saya harap Nilam dapat beri penjelasan…
N one more, bila keputusan rayuan ke ipta keluar???
syukran…
sweet92 , mgkin course tu ramai yg mintak kott . biasenye camtu la . ada yg dpt 9a pon xdapat . inikan pulak 6a . keputusan rayuan kluar 3mggu lepas pdaftaran bulan july . mgkin ujung bln 7 ataw awal bulan 8 .
salam,
ermm kalu kita buat diploma di “ipts” yg diiktiraf n then kita nk sambung ijazah di ipta cth upsi,adakah akan berlaku kesulitan disitu?
salam.,
sy dpt unimas..
tp kalau nk bkak surat twrn dia tu.,kna masuk kn no. ID BSN yg beli dlu mse nk dftr upu tu..,
tp mslh sy skrg.,no. tu da hilang..sy x igt la no. tu brape..
mcm mne sy nk dpt kn blk no. tu ye.??
plisss..need ur help so much..
salam.saya nak tanya.saya skarang mengambil bacelor sains pertanian.boleh tak saya nak tukar dari ijazah ke diploma sainspertanian di u8pm