Keputusan e-Rayuan IPTA / Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM Sesi 2013

Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2013/2014 telah boleh dibuat mulai hari ini.

Keputusan Rayuan IPTA / Politeknik Premier

Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

  • Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di saluran berikut:
  • Semakan boleh juga dibuat secara SMS iaitu dengan menaip UPU RESULT No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

  • Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA atau Politeknik berkaitan seperti di atas.

Dasar Pemilihan Rayuan

  • Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
  • Mereka yang telah mendaftar di Kolej Matrikulasi tidak dipertimbangkan dalam pemilihan rayuan ini.

Peringatan

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua IPTA/Politeknik yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

Maklumat

3 thoughts on “Keputusan e-Rayuan IPTA / Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM Sesi 2013

  1. Assalamualaikum warga ePutra, saya merupakan pelajar lulusan a-level dan ingin memohon kemasukan ke ipta. Adakah terdapat sebarang untuk saya memohon kemasukan pada bulan 9,2013?

  2. Nue Zainal says:

    Assalamualaikum eputra sekarang saya membuat pre dip di kptm. Jika saya ingin memohon sekali lg untuk menyertai khursus dipoliteknik bg intake november masih sempat ke ?

  3. mohd edwan faizal says:

    saya berumur 28 thn,masih boleh tak saya memohon diploma di politeknik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>