Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2012

Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2012/2013 dijadual boleh dibuat mulai 15 September 2012 pukul 12.00 tengahari.

Keputusan e-Rayuan UPU

Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan diwaktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

Surat Tawaran

  • Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA berkaitan mulai 18 September 2012.

Dasar Pemilihan Rayuan

  • Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 September 2012, maka rayuan dianggap gagal.

Peringatan

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua universiti yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767 atau Helpline 03 8870 6777 atau talian am 03 8870 6755 / 6766 atau faks 03 8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke universiti yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

One thought on “Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2012

  1. memang xde hrapan dh ke nk smbung degree bgi lpasan dip poli?? apply xdapat, rayuan pn xdapat, xdop cra laen dh ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.