Keputusan e-Rayuan IPTA/Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM Sesi 2012

Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2012/2013 dijadualkan akan boleh dilakukan mulai 14 Jun 2012 pukul 12.00 tengahari. Terima kasih kepada Anak Rantau yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Keputusan Rayuan IPTA / Politeknik Premier

Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan di waktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

  • Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di salah satu saluran berikut:
  • Semakan boleh juga dibuat secara SMS iaitu dengan menaip UPU RESULT No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

  • Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA atau Politeknik berkaitan seperti di atas mulai 15 Jun 2012.

Dasar Pemilihan Rayuan

  • Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 Jun 2012, maka rayuan dianggap gagal.

Peringatan

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua IPTA/Politeknik yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

Maklumat

19 thoughts on “Keputusan e-Rayuan IPTA/Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM Sesi 2012

  1. yes!! akhirnya…esk mudah2an dpt berita baik amin….

  2. AMIN..yarabbalalamin….

  3. AMIN , INSYALLAH DPT :)

  4. Alhamdulillah, dpt Diploma Reka Bentuk Industri kt PIS! Da bole reject Diploma Perancangan Bandar & Wilayah POLIMAS…

  5. salam , nak tanya . saya dapat tawarn ke poli ungku omar n cos akauntasi dlm rayuan nih , masalah sy , ade kwn sy yg kputusan ryuan bagi poli adalah untuk sesi disember . btul ke ?

  6. bila boleh isi permohonan politeknik tu plak ek ? aritu sya tk sempat nk isi la , huhue . mcm mna ek ? ad sape2 boley bantu tak ? :(

  7. mat kebun says:

    kalau tak dapat rayuan, kene tunggu jugak ke sampai 30 julai 2012 ke?

    adakah terdapat kemungkinan untuk dapat masuk?

  8. akichokie says:

    Salam. Saya dapat dip kewangan dan perbankan di politeknik ungku omar bg intake december ni. Tapi saya nak tukar course lain. Diploma pelancongan. Mcm mane? Ada org ckp, tolak dlu tawaran yg ini, lepas tu try mohon utk intake ke 2 bln ogos nanti. Saya takut kalau saya tolak, intake ke 2 nanti terus tak dpt..harap beri maklum balas secepat mungkin. Terima kasih.

    • cuba call terus politeknik, tentu ada caranya.
      jangan nanti yg dikejar xdpt yg dikendong berciciran

  9. siti balqis says:

    salam saya x dpt politeknik sesi ryuan ni bile lg saya boleh mohon ek…

  10. sy nk mohon untuk kemasukan ipta ambilan disember camne ek??

    ipta mana yg buka twaran untuk ambilan disember?..:)

  11. SALAM NAK TANYA NAK ISI BORANG RAYUAN NI KAN ADA DISURUH PILIH KUMPULAN..KUMPULAN APA TU YER?YANG A B C D TU

  12. Arap2 ad rezeky esok . Nk masuk uuuuuu !!! Xmau dh duk goyang kaki at umh . Arap2 dpt . Amin . Sume2 , doakan sy ep . :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>