Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2012/2013 dijadualkan akan boleh dilakukan mulai 14 Jun 2012 pukul 12.00 tengahari. Terima kasih kepada Anak Rantau yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan di waktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.
Semakan Keputusan e-Rayuan UPU
- Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di salah satu saluran berikut:
- Semakan boleh juga dibuat secara SMS iaitu dengan menaip UPU RESULT No.MyKad dan hantar kepada 15888.
- Semakan e-rayuan ini boleh juga dibuat terus di laman web IPTA atau Politeknik yang berkenaan seperti berikut;
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM) atau UPM
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM)
- Politeknik Premier
Surat Tawaran
- Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA atau Politeknik berkaitan seperti di atas mulai 15 Jun 2012.
Dasar Pemilihan Rayuan
- Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
- Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 Jun 2012, maka rayuan dianggap gagal.
Peringatan
- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua IPTA/Politeknik yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
- Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan e-rayuan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755/6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
- Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke IPTA/Politeknik yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
yes!! akhirnya…esk mudah2an dpt berita baik amin….
[…] upu.mohe.gov.my […]
AMIN..yarabbalalamin….
AMIN , INSYALLAH DPT 🙂
Alhamdulillah, dpt Diploma Reka Bentuk Industri kt PIS! Da bole reject Diploma Perancangan Bandar & Wilayah POLIMAS…
Untuk sesi disember kan kalau rayuan ??
salam , nak tanya . saya dapat tawarn ke poli ungku omar n cos akauntasi dlm rayuan nih , masalah sy , ade kwn sy yg kputusan ryuan bagi poli adalah untuk sesi disember . btul ke ?
salam… memang betul…
bila boleh isi permohonan politeknik tu plak ek ? aritu sya tk sempat nk isi la , huhue . mcm mna ek ? ad sape2 boley bantu tak ? 🙁
bulan ogos akan buka utk pengambilan sesi disember
kalau tak dapat rayuan, kene tunggu jugak ke sampai 30 julai 2012 ke?
adakah terdapat kemungkinan untuk dapat masuk?
Salam. Saya dapat dip kewangan dan perbankan di politeknik ungku omar bg intake december ni. Tapi saya nak tukar course lain. Diploma pelancongan. Mcm mane? Ada org ckp, tolak dlu tawaran yg ini, lepas tu try mohon utk intake ke 2 bln ogos nanti. Saya takut kalau saya tolak, intake ke 2 nanti terus tak dpt..harap beri maklum balas secepat mungkin. Terima kasih.
cuba call terus politeknik, tentu ada caranya.
jangan nanti yg dikejar xdpt yg dikendong berciciran
salam saya x dpt politeknik sesi ryuan ni bile lg saya boleh mohon ek…
salam, blh sesi pengambilan disember yg akan dibuka ogos nanti
sy nk mohon untuk kemasukan ipta ambilan disember camne ek??
ipta mana yg buka twaran untuk ambilan disember?..:)
SALAM NAK TANYA NAK ISI BORANG RAYUAN NI KAN ADA DISURUH PILIH KUMPULAN..KUMPULAN APA TU YER?YANG A B C D TU
tkkan lh kau x buat permohonan sbelum niee….yg D lah utk lepasn spm…………………..
Arap2 ad rezeky esok . Nk masuk uuuuuu !!! Xmau dh duk goyang kaki at umh . Arap2 dpt . Amin . Sume2 , doakan sy ep . 🙂