Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2012

Mereka yang ada memohon Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) atau sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan dan telah menjalani proses temuduga dan Ujian Insak yang ditetapkan sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Keputusan Permohonan Program Perguruan

Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012

Semakan keputusan permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat melalui internet dan sms.

Semakan Melalui Internet

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

Semakan Melalui SMS

Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti:

  • MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.

Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :

  • MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Pengesahan dan Surat Tawaran

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi portal di atas.

Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Permohonan Rayuan

Sebagaimana tahun lepas tiada permohanan rayuan dijangka akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia,  Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar).

Pertanyaan

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

12 thoughts on “Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2012

  1. [...] Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2012 [...]

  2. ADE TAK AMBILAN KETIGA IPG 2012UTK LPSN SPM?KLU ADE BIASE BLN BPE EAK?

  3. bila boleh beli pin number itu?

  4. lepasan diploma memohon kemasukan ke maktab??

  5. adakah calon lepasan diploma layak memasuki ipg?

  6. syiqin zaini says:

    bagaimana cara permohonan lepasan stpm..

  7. FAHTIN AZTHIRAH says:

    bila intake for 2013?

  8. bila intake 2013…..dan bila kena pegi ambil n pin

  9. Hello,saya ada pertanyaan disini, Saya lahir pada tahun 1996 dan saya berminat untuk menjadi guru, jadi apakah langkah2 yang patut saya buat ?

    adakah terus masuk Maktab? Cikgu saya kata persaingan sangat hebat.. :) jadi apa yang perlu saya buat ? :)

  10. Sy lepasan spm 2012…cmne sy nk wt permohonan ke maktab…minta penjelasan detail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>