Permohonan Kemasukan MTD 2013

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2013 sudah dibuka dari bulan Ogos lalu kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2012. Permohonan perlu dibuat berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012.

Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Permohonan MTD Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM.

Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2012.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2012 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2012 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2013 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2013 ditutup pada 28 September 2012.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

47 thoughts on “Permohonan Kemasukan MTD 2013

  1. NAK TANAYA KALAU ORANG TU BUTA SEBELAH TETAPI SEMANGAT TINGGI BOLEH X MASUK???SELALU SORANG BUTA SEBELAH NI LEBIH HIBAT DARI ORANG BATA NORMAL..nak tanya …

  2. kenapa iklan ini lambat dipaparkan?

  3. anak saya memakai cermin mata , dan power nye 300 …. dia memang nak masuk MTD…. boleh tak die memasuki MTD , dan keputusan Percubaan PMR die 6A 2B

  4. kalau pelajar sederhana akademiknya tapi dalam bidang sukan aktif boleh x dapat maktab tentera ini?

  5. RAJA MUHAMAD NASARUDIN BIN RAJA MASHOR says:

    klau dalam bidang akedemi sekadar B jea bleh x masuk maktab tentera saya teringin sangat nk masuk .

  6. Syazwan Amir says:

    adakah aliran bahasa arab tinggi diajarkan di maktab tentera diraja untuk tingkatan 4 bagi tahun 2013?

  7. adakah pelajar kputusan PMR nya sekadar lulus dan mendapat hanya 3A .. layak atau tidak untuk masuk MTD.. kerana saya minat untuk masuk MTD..

  8. saya nak tanya.saya seorang ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) dan keputusan percubaan PMR saya 2A,4B,2C melayakkan saya untuk memasuki MTD bagi tahun 2013?saya telah mempunyai asas ketenteraan melalui kem PKBM yang telah saya sertai?bolehkah permintaan saya diluluskan?

  9. kenape saye susah mendapat borang ini..
    saya amat berminat untuk masuk ke maktab tentera..

  10. knaper permohonan ini tamat awal…
    tak boleh lanjutkan lagi ker??
    saye sangat berminat untuk menyertai Maktab Tentera..

  11. saya ada asma tp x berapa truk dan memang aktif dalam kokurikulum dan saya merupakan ahli kadet polis di sekolah saya…. masalah saya adakah saya boleh mendaftar sekiranya tidak menepati syarat kemasukan

  12. Perempuan masuk MTD boleh ke?

  13. Ummer FenIX says:

    i love MTD !

  14. Amirul Fakhri Mafna says:

    MTD here i come!!!!

  15. erm, untuk perempuan tak ada ke?? semua nya PUTERA je…bagi la peluang untuk perempuan pula..

  16. nak tanya klu nk mintak PUTERA selpas keputusan PMR bolh tak dan menggunakan slip PMR?

  17. bley saya tau..ble pngambilan kdua akan dbuka??saye amat bmnt utk msk k mtd.kptusan pmr saya cume 8a1c jer.bley x sye msk??? saya mmg bmnt dri dluw lg.pmhonn ptame saya tlps..kputusan prcubaan saya 6a3b..

  18. saya sudah habis SPM di tahun 2010. sekarang saya nak mohon untuk MTD.
    dan bila ada pengambilan seterusnya boleh saya tahu tuan

  19. logenthiran says:

    sy nk masuk tentera

  20. tuan,sye memang nk msuk tentera tapi?sye ni rabun,sye nk mohon kt tuan jikalau sye dpt msuk MTD,sye akan belajar bersunguh2 sebab bidang ini yg sye minat,tuan tolong tunai kan permintaan kami semua

    • Nak masuk perlu ikut syarat..jika tidak penuhi syarat memang tak dapat….buatla rayuan macam mana pun…..paling utama dititkberatkan kesihatan dan akademik

  21. tuan,sye memang nk msuk tentera tapi?sye ni rabun,sye nk mohon kt tuan jikalau sye dpt msuk MTD,sye akan belajar bersunguh2 sebab bidang ini yg sye minat,tuan tolong tunai kan permintaan kami semua,sye bru msuk tingkatan 3 thn ni?sye nk mohon kt tuan awal2

  22. NURUL HASLIZA BT JAAFAR says:

    MACAM MNE KLAU NK MSUK MTD LPAS SPM

  23. adek yaya minat MTD baru2 ni dapt perpriksaan awl 8A agak2 bila sesi pengambilan ni..

  24. ahmad mustaqim says:

    saya dah lama minat nak masuk tentera saya harap tahun 2014 saya terpilih untuk masuk ke MTD.
    saya aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit berunirfon

  25. Sayed asraff says:

    Salam,macam mana nak masuk MTD ?? kerana saya tidak ada PMR, kerana kerajaan telah mengubah PMR tukar menjadi PBS iaitu Pernilaian Berasaskan Sekolah.

    • Anda harus mendapat band 6 dlm smua subjek…juga harus aktif dlm kokurikulum kerana pada masa ini kokurikulum dikira dlm pbs…tidak mempunyai rekod disiplin…tdak cacat anggota bdan…jadi,lakukan terbaik dlm pbs dan ujian dengan ini saya pasti anda boleh menyertai MTD…hanya perlukan usaha dan anda bisa melakukannya…

  26. salam,saya tingkatan 2 tahun ni.tahun depan saya tiada pmr.jadi macam mana nk tahu saya layak atau tidak.

  27. Did you have any second intake in this year? I'm 16 years old this year and really interested to be one of them (soldier).

  28. Anis Batrisyia says:

    Untuk Perempuan tak ada ka? Saya sangat berminat nk masuk MTD

  29. ikmal alif says:

    kalau x d a blh x masuk

  30. saya juga minat dalam memasuki bidang ketenteraan pada tahun 2014 kerana cita 2 saya ingin menjadi seorang tentera yang berjaya….bolehkah saya diterima dalam mtd jika keputusan saya hanya lah sejkadar 4a atau 5a tapi x termasok matematik…..

  31. [...] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai [...]

  32. Raiz Hakimi says:

    RAiz nak tanya skit raiz dapat x MTD sesi 2014… Sekian Terima kasih

  33. saya merayu sangat2 untuk memasuki ke MTD

  34. Untuk perempuan tiada ke? Saya teringin nak jadi tentera atau polis.

  35. Nak masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>