Para pelajar PMR 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.
Mulai 13 Mac 2009 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2009 sudah boleh disemak melalui laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Mereka yang berjaya perlu mendaftar ke MRSM yang ditetapkan pada 23 Mac 2009.
Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







ad,,x pgllan selepas pglan ke-2????