Keputusan Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2011
Para pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini. Kementerian Pelajaran menawarkan 4,500 tempat ke Tingkatan Empat di SBP tahun ini.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2010 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2010.
e-Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara online.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2010 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2010.
- Rayuan boleh dibuat mulai 15 Januari sehingga 8 Februari ini.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Pendaftaran Pelajar Baru
- Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 2 Februari 2010.
Sebanyak 46,318 permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2010 telah diterima oleh Kementerian Pelajaran, ini termasuk permohonan daripada 28,188 pelajar yang mencapai keputusan semua A dalam PMR tahun lepas. Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP.
Related posts:
- Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
- Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009







kpd afiq: mtd kene temu duga sebelum result keluar…
so kre ko x dpt lar…
untuk maklumat lanjut http://www.rmc.edu.my
Pomie,
Dijangka akan diumumkan dalam bulan Mac ini, semakan boleh dibuat secara online.
nama saya Nur Ayuni Fatihah Binti Abdul Rahman ,saya telah mendapat 7A 1B dalam PMR,tapi saya telah gagal masuk ke asrama penuh.saya mengambil sains kejuruteraan di sekolah saya,tapi saya telah tandakan sains tulen dalam borang asrama penuh,bolehkah saya menukar aliran ke sains kejuruteraan?saya amat berharap untuk masuk ke asrama penuh.saya harap rayuan ini dipertimbangkan.
Butter Scotch,
Biasanya pembetulan tidak boleh dilakukan selepas borang dihantar. Keputusan pengambilan kedua telah diumumkan, cuba buat semakan di Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 4 2010.
Saya mendapat 7A 1B dalam Keputusan PMR pada tahun 2009. Permohonan ke SBP saya tidak diterima pada ambilan pertama, tetapi pada ambilan kedua, saya diterima. SM(SAINS) ALAM SHAH yg terletak di Cheras tuh. Jadi sekarang saya keliru, sama ada hendek pergi ataupun tidak. Jadi saya ingitkan perndapat orang ramai, sama ada perlu saya pergi ataupun tidak. Lagipun, *teman perempuan saya agak membantah jika pindah sekolah* Tolong beri nasihat dan pendapat. lagi 3 hari untuk berfikir. Hum
Afif Fahmi,
Pertama kali anda perlu tanya diri anda kenapa anda memohon untuk belajar di SBP dan apakah punca anda merasa keliru apabila telah mendapat tawaran untuk ke SBP? Jawapan kepada dua persoalan ini boleh membantu anda membuat keputusan.
Anda juga perlu memikirkan apakah keutamaan diri anda sekarang. Sudah tentu sebagai pelajar, belajar untuk mencapai cita-cita dan masa depan yang cerah di tempat yang terbaik perlu terletak di antara perkara paling atas.
Di samping itu jika anda baca komen-komen di atas ramai yang merasa kecewa dan hampa kerana tidak dapat mendapat tawaran ke SBP. Jelaslah mereka yang mendapat tawaran ini merupakan mereka yang amat bertuah dan bernasib baik.
knapa x dapat ea??agak sdeyh jgak la bler sgt bharap dpt tapi x dapat..sy dpat 5a upsr then 9a untk pmr..xtau knp still x dplih..mungkin bkan rezeki sy..tapi kwn2 kat skola yg dpt 6a,7a,8a rmai yg dh pegi skola laen..kami bdk2 9a xda sorg pon yg dapat g skola laen..adoii..knpa mcm tu ek?
Amat kecewa permohonan kemasukan SBP dan MRSM tidak berjaya, hingga ambilan ke 2.
Saya dapat 9A.
Koko pun aktif.
Mula rasa sia-sia penat lelah 3 tahun yg lepas.
mane yg xdapat,bersyukur la weyh~~ingat best ke dapat sbp or mrsm?? aku yg baru duk sebulan ny pn,rase like hell kat sane…tv xde,ps,online sume xleh!!!!tension doe….tambah2 klu masuk2 skolah trus ade exam..xmasuk lg kena buli gn senior… lg penat doe….
so,kite kena fikir hikmah dy,reflect diri balik.kat mane2 pn still boley berjaya.. xkire la study kat sbp ke,mrsm or skolah harian,still boley berjaya..aku pn dari skolah kampung je,skolah org bagi image xbaek,tp sape sangka skolah kampung tu pn dapat top 10 ranking dlm daerah mase pmr last year..bukti paling senang, senior2 aku yg dari skolah kg tu,da ramai gler further study kat overc.so,jgn sedih2 k~
sya dpt 8a..tp xdpt skola mana2 pun…yg dpt twran ke sekolah taski abim,,, cmne nih??
saya ingin bertanya….bilakan tarikh keputusan kemasukan ke sbp 2011 akan keluar………….
terima kasih…
Biasanya pertengahan Januari
sy nak tnya…..klau sy x mohon sbp sblm PMR,slepas dpt kputusan PMR sy nak mohon boleh x ???atau dah terlambat untuk sy berbuat demikian….??
Selepas tarikh tutup biasanya memang tiada permohonan baru yang diterima.
mengapa xley bukak aplikasi dlm talian untk sbp tuh??slpas buka,hanya ade blank page jerr..adakah hari ini hanya khusus untk tingkatan 1 shj ataupun tingkatan 4 sekali??
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011
knapa surat x sampai lagi ni??? dah pukul 4 dah. Mungkin esok kan?? tolong bgtauku
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011